Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Julau … Projek Pembangunan di Julau Diteruskan

Rencana disediakan oleh SAO Ambrose L Danggat, Pejabat Daerah Julau, Sarikei

Tapak Dewan Masyarakat Serbaguna Julau … boleh memainkan peranan menyatupadukan rakyat berbilang kaum di daerah Julau serta terus menghayati taraf hidup sosial yang tinggi
Profail Ringkas Daerah

Salah satu daripada daerah-daerah yang terdapat di Bahagian Sarikei Sarawak ialah daerah Julau.

Terletak kira-kira 66 km dari bandar Sarikei, perjalanan ke Julau mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan menaiki kenderaan.

Daerah Julau mempunyai muka bumi yang beralun. Puncak tertinggi adalah Bukit Lanjak-Entimau yang terletak di ulu Sungai Kanowit. Kawasan paya adalah terhad di daerah ini.

Keluasan kawasan daerah Julau adalah 1703.39 km persegi dan mempunyai penduduk seramai 17,276 orang (Banci Penduduk & Perumahan Malaysia Tahun 2000).

Penduduknya adalah terdiri daripada kaum Iban (90%), kaum Cina (8%), dan lain-lain (2%). Kebanyakan mereka adalah petani.

Untuk membantu pentadbiran di peringkat akar umbi, terdapat lima orang Ketua Masyarakat bagi kaum Iban dan seorang bagi kaum Cina. Terdapat sebanyak 120 buah rumah panjang di daerah ini.

Daerah Julau mempunyai sebuah jalan daripada pekan Julau ke Ng. Entabai yang men-gambil masa perjalanan selama 1 jam.

Jalan ini sekarang sedang dinaik taraf ke jalan bitumin dan dijangka siap sepenuhnya dalam tahun ini (2003).

Pengangkutan sungai masih merupakan jenis pengangkutan utama bagi mereka yang tinggal di kawasan dari Ng. Entabai ke ulu Entabai, ulu Sg. Kanowit dan ulu Sg. Mujuk.

Dewan Serbaguna

Buat masa sekarang daerah Julau sangat memerlukan sebuah Dewan Masyarakat untuk digunakan sebagai tempat mengadakan pelbagai aktiviti keramaian, perhimpunan kaum, acara pertandingan sukan ‘indoor’ dan sebagainya.

Semua aktiviti tersebut sering diadakan di Dewan MAKSAK, gelanggang Bola Keranjang atau bekas Gudang Beras.

Majlis Daerah Meradong dan Julau telah menyediakan peruntukan di bawah RMK8 iaitu sebanyak RM500,000 untuk mendirikan sebuah Dewan Masyarakat Serbaguna dan kerja-kerja akan bermula pada tahun ini. Ianya berdekatan dengan kompleks sukan yang sedang dalam perancangan dan terletak tidak jauh dari Jambatan Julau di Jalan Entabai.

Namun demikian, apabila siap nanti Dewan ini dijangka akan menelan belanja yang dianggarkan sebanyak RM1.5 juta. Komponen projek tersebut termasuklah pembersihan tapak, pembinaan perparitan, 2 gelang-gang Badminton, sebuah pentas, sebuah pejabat, sebuah bilik VIP, dan tempat letak kereta.

Pekan Julau Perlu Diubahsuai

Pasar Julau perlu dibesarkan kerana bangunan-bangunan yang sedia ada tidak mencukupi untuk berniaga. Memindahkan pasar ke tempat yang lain adalah sangat sukar dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Cadangan telah diterima daripada orang ramai bahawa untuk menyelesaikan masalah seperti ini ialah untuk meninggikan kawasan yang sering dilanda banjir di Ng. Sungai Julau terus ke sempadan kawasan SJK St. Alphonsus.

Kerja meninggikan kawasan ini akan memerlukan perbelanjaan yang besar tetapi jika dibandingkan dengan kos memindahkan Pasar Julau ke tempat lain ia lebih murah dan sesuai.

Jika cadangan seperti ini dapat dipertimbangkan, masalah kekurangan bangunan untuk perniagaan dan mendirikan jabatan-jabatan kerajaan dapat diselesaikan dengan mudah.

Secara keseluruhannya, daerah Julau telah membangun seperti daerah-daerah yang lain meskipun kadar pembangunannya agak lambat sedikit. Namun demikian perubahan yang didapati di daerah Julau agak memuaskan.

Tiada masalah sosial yang serius didapati di Julau kerana jarang sekali dilaporkan berlakunya masalah seperti gejala pengambilan dadah, kecurian, pecah rumah dan sebagainya.

Apabila ditanya oleh si penulis hampir semua penduduk Julau berpendapat bahawa mereka mengharapkan supaya lebih banyak lagi pembangunan ditumpukan kepada daerah ini supaya daerah Julau akan bertukar corak kepada daerah yang tercantik, terindah, terbersih dan penduduknya yang sihat dan aman damai, berpendapatan sederhana, rajin, pandai serta turut serta mencapai hasrat Wawasan 2020.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998