Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Kerajaan Negeri Sasar Capai Keperluan Tenaga Kerja Mahir Menjelang 2020

Kerjasama di antara institusi pendidikan swasta dalam melahirkan tenaga kerja mahir amat dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri
Keperluan tenaga kerja mahir terutamanya dalam bidang teknikal menjadi semakin penting dan perlu diberi perhatian sewajarnya di negeri ini selaras dengan perkembangan yang pesat dalam sektor perindustrian.

Sehingga Disember 2002, kira-kira 12,099 kekosongan kerja di negeri ini yang didaftarkan dengan Kementerian Sumber Manusia yang mana kira-kira 9,738 daripadanya adalah dalam sektor Pengeluaran, Operator Peralatan Pengangkutan dan Buruh.

Malah, YAB Ketua Menteri Sarawak juga pernah menyuarakan hasratnya untuk melahirkan sekurang-kurangnya 10,000 jurutera bagi memenuhi keperluan di negeri ini menjelang tahun 2010.

Kerajaan Negeri yang menyedari perkara tersebut telah menetapkan visinya untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang mencukupi menjelang tahun 2020 bagi memenuhi keperluan pembangunan di negeri ini. Usaha telahpun dilaksanakan khususnya program pembangunan dalam sektor pendidikan bagi mencapai visi berkenaan.

Baru-baru ini, empat buah institusi yang menawarkan kursus Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) iaitu Kolej SATT, L&G Twintech Sarawak, Pusat Latihan Pembangunan Belia (PLPB) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) telah menyuarakan komitmen yang sama untuk bekerjasama dengan Institut Teknologi Swinburne Sarawak bagi menyahut hasrat kerajaan itu melalui satu Memorandum Persetujuan (MoA) yang diadakan antara mereka.

Majlis berkenaan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Haji Husain di Kuching.

Menurut YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz, usaha yang dilakukan melalui MoA berkenaan akan memberi jaminan kepada para pelajar dari empat buah institusi berkenaan menyambung pendidikan mereka di peringkat yang lebih tinggi, sama ada ke peringkat diploma mahupun ijazah di Institut Teknologi Swinburne Sarawak.

Katanya, ia amat penting bagi meningkatkan kemahir-an teknikal dan pengetahuan para pelajar ke tahap yang lebih baik.

Beliau turut melahirkan rasa penghargaannya kepada semua pihak yang terlibat dalam menja-yakan MoA ini kerana telah memberi komitmen dan kerjasama yang padu dalam pembangunan sektor pendidikan dan menyahut matlamat perancangan sumber manusia Kerajaan Negeri di Sarawak.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998