Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
“Turun Padang” Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi Kerajaan …
Mampu Mendekati dan Mengenalpasti Masalah Secara Berkesan


Lawatan “turun padang” seharusnya ditingkatkan bagi menilai pencapaian sebenar pembangunan di sesebuah kawasan
“Turun Padang” atau lawatan ke sesuatu tempat bagi memantau perkembangan pelaksanaan sesuatu projek dilihat sebagai salah satu pendekatan yang efektif kerana melalui lawatan seumpama itu, setiap pihak yang terlibat akan menyaksikan sendiri dan seterusnya cuba mencari jalan penyelesaian terbaik jika masalah timbul. Bagi agensi dan jabatan kerajaan, aktiviti sebegini sebenarnya mencerminkan peranan mereka sebagai pelaksana pembangunan.

Pada 11 Mac 2003, Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Tuan Haji Madehi Kolek bersama-sama ketua-ketua masyarakat, agensi kerajaan dan swasta telah mengadakan lawatan dan sesi dialog ke salah sebuah kampung dalam kawasan pentadbirannya mem-buktikan kesungguhan dan keprihatinan mereka ke arah usaha itu.

Antara agensi kerajaan yang turut serta ialah Lembaga Air Kuching (LAK), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta empat Bahagian dalam DBKU. Turut serta ialah syarikat pengendali pengutipan sampah, Trienekens.

Usaha ini membuktikan kesungguhan pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk. Lawatan ke kampung ini yang kemudiannya disusuli dengan sesi dialog juga memudahkan permasalahan diutarakan serta mendapat tindakbalas dan perhatian segera oleh agensi dan jabatan kerajaan.

Pada majlis sesi dialog tersebut, Datuk Bandar Kuching Utara menyarankan agar masyarakat kampung menganjurkan aktiviti kebersihan dan keindahan serta gotong-royong. Ini menurut beliau penting kerana masyarakat dapat bersama-sama menghargai kebersihan kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap kebersihan dan keindahan kampung.

Bagi memudahkan segala permasalahan dapat disalurkan, beliau menyarankan agar penduduk di kampung tersebut me-wujudkan jawatankuasa kerja di peringkat kampung. Melaluinya, penduduk kampung dapat mengumpul semua pandangan dan disalurkan kepada agensi yang berkenaan. Pada majlis yang sama, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM13,000 kepada penduduk Kampung Semariang Jaya Fasa II untuk pembinaan jalan kampung.

Kampung Semariang Jaya Fasa II adalah kampung pertama daripada sembilan buah kampung yang terlibat dalam lawatan seumpama ini pada tahun ini manakala pada tahun lepas, sebanyak sembilan buah kampung terlibat dalam aktiviti sebegini.

Jalinan kerjasama di antara pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta penglibatan masyarakat penting dalam memastikan pembangunan dapat diteruskan untuk kesejahteraan bersama.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998