Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Agensi Dadah Kebangsaan (ADK)

Program ujian air kencing di tempat kerja
Penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) telah diluluskan oleh Kabinet pada 7 Februari 1996. ADK yang akan bertanggungjawab sebagai Urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan dan bertang-gungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah.

Misi ADK ialah untuk memerangi dadah bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah.

ADK selaku ‘lead agency’ yang dipertanggungjawabkan untuk membasmi masalah dadah di negara ini telah menetapkan wawasan bahawa, Malaysia bebas daripada dadah menjelang 2015. Untuk mencapai wawasan ini dadah mesti diperangi secara total meliputi orang yang mengambil dadah (drug abuse) dan orang yang bergantung kepada dadah (addict/habit), pengedar dan pembuat dadah.

Strategi utama ADK untuk memerangi dadah ialah menghapuskan permintaan kepada dadah melalui pendidikan pencegahan dadah kepada pelajar sekolah,pendidikan serta kempen kesedaran kepada belia, ibu bapa, majikan dan masyarakat dan memutuskan pergantungan penagih kepada dadah (menerusi rawatan dan pemulihan).

Strategi menghapuskan bekalan pula meliputi pencegahan kemasukan, pengedaran serta pembuatan dadah, dilaksanakan oleh pihak polis, kastam dan Kementerian Kesihatan. Kedua-dua strategi ini diperkukuhkan dengan mengadakan undang-undang menghukum pengedar dadah dan penagih dengan hukuman yang berat.

Pencegahan adalah strategi jangka panjang bagi mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah. Ia dibahagikan kepada pencegahan awalan dan pencegahan umum.

Pencegahan umum memerlukan pembabitan masyarakat keseluruhannya, ia digerakan melalui kegiatan penerangan, pencegahan di tempat kerja, geraksaraf dan publisiti. Usaha ini boleh digiatkan melalui penglibatan pihak seperti agama, pertubuhan organisasi, badan bukan kerajaan, sektor swasta dan awam, serta tindakan bersepadu daripada semua agensi kerajaan. Program penerangan dan publisiti umum pula dilakukan melalui media massa.

Dalam pencegahan umum, usaha untuk melibatkan semua lapisan masyarakat secara menyeluruh perlu diperhebatkan. Masyarakat secara aktif perlu terlibat dalam semua usaha pengawalan dan pencegahan dadah.
Ceramah anti dadah kepada pelajar-pelajar sekolah


Selain itu kita juga perlu sedar bahawa kita tidak mungkin dapat menghapuskan sama sekali bekalan dadah dalam negara kerana corak penyeludupan dan pengedarannya amat sofistikated. Ini kerana jika bekalan dadah utama seperti heroin sukar diperoleh penagih akan beralih kepada dadah jenis lain.

Bagi mengatasi masalah ini pendekatan yang diambil untuk membebaskan individu, masyarakat dan negara daripada gejala penagihan dadah ialah melalui pencegahan awalan.

Pencegahan awalan adalah strategi pencegahan jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang daripada terlibat dengan dadah. Dengan itu, seseorang itu perlulah mempunyai kefahaman serta kesedaran dalam dirinya yang boleh mencegahnya daripada dipengaruhi oleh anasir-anasir yang menyebabkan dirinya terperangkap dengan dadah.

Misalnya Program Pintar atau Program Intelek Asuhan Rohani, adalah pendekatan terbaru ADK untuk melahirkan generasi bebas dadah. Program ini bertujuan menghindari murid daripada terjebak dalam penagihan dadah apabila dewasa kelak.

Kurikulum Pintar mengandungi 13 perkara, khususnya berkaitan dadah dan dimasukkan dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Antaranya, masalah dadah di Malaysia, jenis dan kesan penggunaannya, kemahiran cara mengatakan tidak ke atas dadah, kemahiran membuat keputusan dan undang- undang dadah di negara ini.

Peserta kem motivasi diseru mengamalkan cara hidup sihat bagi menghindari dadah
Dalam program ini, 12 waktu pengajaran telah dikhaskan kepada pelajar untuk mengikuti pelbagai aktiviti seperti ceramah dari Pegawai ADK, Pegawai Polis dari Jabatan Narkotik dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Pintar dilaksanakan oleh ADK dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Polis DiRaja Malaysia. Rasional program itu ialah pendidikan pencegahan dadah perlu bermula di peringkat sekolah rendah untuk memupuk sikap dan tingkah laku positif murid.

Pada tahun 2002 di Sarawak, program ini telah dilaksanakan di sejumlah 25 buah sekolah rendah dengan jumlah pelajar yang mencecah 8,000 orang.

Jelas bahawa tujuan utama program pencegahan awalan seumpamanya adalah untuk membentuk pemikiran generasi muda yang akan datang supaya membenci dadah. Ini memerlukan pendidikan awal yang baik dan teratur dari kecil hingga dewasa. Peranan serta tanggungjawab masyarakat amat penting khususnya ibu bapa dengan itu mereka seharusnya tidak bergantung kepada sistem pendidikan semata-semata untuk membentuk nilai dan sikap yang cemerlang di kalangan anak-anak masing-masing.

Mengubah sikap dan persepsi masyarakat terhadap kegiatan dadah. Dalam usaha pencegahan pembabitan masyarakat keseluruhannya diperlukan dengan mengambil berat terhadap jiran serta rakan mereka agar tidak mengambil dadah.

Menyediakan alternatif untuk menyekat ahli masyarakat daripada terlibat dengan dadah. Ini penting bagi membolehkan golongan belia menggunakan masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah seperti sukan, kebudayaan, pendidikan dan agama. Kegiatan sihat seumpamanya boleh menghindar-kan mereka dari-pada terjebak da-lam kancah dadah.

Penguatkuasaan digerakan antara lain adalah bagi menyekat kemasukan dadah ke negara ini dengan mengambil tinda-kan meningkatkan benteng penguatkuasaan baik melalui jalan darat, laut dan udara.

Penguatkuasaan undang-undang bagi menyokong usaha pencegahan penggunaan dadah, misalnya mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang terbabit dengan dadah dan merampas harta benda yang diperoleh daripada kegiatan pengedaran dadah.

Risikan juga perlu, maklumat yang dikumpul dari dalam dan luar negeri akan dijadikan senjata bagi menentang individu yang terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah, khususnya dengan mewujudkan Pasukan Risikan Khas di kawasan sempadan negara.
Seminar pencegahan dadah di tempat kerja YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melawat Pameran Anti Dadah selepas merasmikan Hari Anti dadah Kebangsaan di Dewan Suarah Kuching tahun lalu (2002)





















Pemulihan
(reformatif), bertujuan untuk menghapuskan pengantungan kepada dadah dan mencegah penagihan semula. Usaha pemulihan dadah adalah berbentuk reformatif di mana penagih dipulihkan daripada satu penagihan kepada suatu perwatakan yang bebas daripada pengaruh dadah.

Keseluruhannya, jelas bahawa ADK adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab menangani pema-salahan dadah di negeri ini. Memandangkan masalah pena-gihan dadah di negeri ini tidak begitu serius sebagaimana negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, maka ADK Negeri Sarawak (ADKNS) memberi tumpuan utama fungsinya kepada soal pencegahan terhadap mereka yang tidak terlibat dengan dadah di samping tidak mengabaikan tugas pemulihan kepada mereka yang sudah terlibat dengan dadah berlandaskan hasrat supaya mereka pulih dan tidak menagih semula.

Justeru itu, ADKNS memainkan peranan secara tidak langsung dalam usaha pembangunan negeri ini kerana semakin kecil bilangan penagih dadah, maka rasionalnya semakin ramai guna tenaga yang berkualiti dapat diwujudkan untuk membangunkan negeri ini.

Apa pun, sumbangan ADK lebih membawa makna apabila dapat meningkatkan pengaruhnya kepada masyarakat, keluarga, individu, pemimpin masyarakat, agensi-agensi kerajaan, swasta serta badan-badan bukan kerajaan untuk menjadi ejen dalam memerangi masalah dadah di negeri ini, dan usaha inilah yang sedang giat dilaksanakan oleh ADKNS di sini.

Jelas bahawa perancangan masa depan ADKNS adalah untuk meningkatkan usaha-usaha dalam menangani masalah dadah di negeri Sarawak dengan kerjasama semua badan kerajaan dan badan bukan kerajaan. Semoga matlamat untuk mewujudkan masyarakat bebas daripada dadah menjelang 2015 dapat dicapai.

Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (Nadi) dalam statistik penagih di Negeri Sarawak dari Januari sehingga 31 Disember 2002 memaparkan bahawa di seluruh Negeri Sarawak terdapat 417 kes keseluruhannya, iaitu 396 kes baru dan 21 kes berulang.

Bagi kes penagih baru, Sibu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 134 kes, diikuti Kuching 93 kes, Lawas (40 kes) dan Limbang (31 kes). Dari sejumlah 417 kes keseluruhannya hampir kesemuanya lelaki iaitu 373 berbanding hanya 44 perempuan.

Mengikut pecahan bangsa, keturunan Cina mencatatkan kes tertinggi berhubung kes penagihan dadah iaitu 178 orang diikuti Melayu 142 orang dan 68 orang pula dari keturunan Bumiputera Sarawak yang lain. Selebihnya 24 orang adalah keturunan Bumiputera Sabah serta lain-lain keturunan.

Mengikut pecahan umur pula, mereka yang berumur antara 20 hingga 24 tahun adalah kumpulan yang paling banyak terlibat dalam kes penagihan dadah iaitu sebanyak 110 kes, diikuti oleh kumpulan umur 25 hingga 29 tahun sebanyak 92 kes, 30 hingga 34 tahun (68 kes), 35 hingga 39 tahun (40 kes) dan termasuk golongan remaja yang berumur 16 hingga 17 tahun (28 kes) serta 18 hingga 19 tahun (29 kes) dari keseluruhan 417 kes.

Manakala jenis dadah yang paling popular diambil oleh penagih kini adalah jenis Metamphetamine, Cannabinoids, Amphetamine, Kodein, Morfin dan Heroin.

Dadah jenis Metamphetamine yang paling popular, keseluruhannya Sibu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 115 kes, diikuti Lawas (45 kes) dan Limbang (31 kes). Diikuti oleh Cannabinoids, Kuching mencatatkan 80 kes, Sibu (35 kes) dan Sarikei (9 kes). Manakala kes dadah jenis Kodein pula paling banyak di Miri iaitu 40 kes dan Amphetamine pula mencatatkan sejumlah 50 kes di Sibu.






 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998