|
Daerah Kecil Engkilili
 |
|

|
| Pejabat Daerah Kecil Engkilili |
Terletak di Bahagian Sri Aman, Daerah Kecil Engkilili yang seluas 1,715 km
persegi merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun dan menyenangkan bagi
melapangkan pemikiran khususnya bagi penduduk kota kerana kawasan ini dilalui
oleh Batang Ai.
Daerah Kecil ini yang terletak sejauh 37 kilometer dari Bandar Sri Aman, atau
210 km dari Bandaraya Kuching merupakan satu-satunya Daerah Kecil dalam Daerah
Lubok Antu. Perjalanan untuk sampai ke sini ialah kira-kira setengah jam menggunakan
jalan darat dari Bandar Sri Aman.
Bagi yang pernah ke sini pastinya mengetahui bahawa 'Engkilili' sebenarnya merupakan
nama sejenis pokok yang banyak terdapat di Pekan Engkilili. Pokok ini tumbuh
rendah dan mempunyai buah yang bertangkai dan berwarna seperti buah anggur.
Pekan Engkilili dipercayai mengambil nama bersempena nama pokok berkenaan.
Ketika ini, Daerah Kecil Engkilili ditadbir oleh SAO En. Philip Peter Salam
yang beroperasi di Pejabat Daerah Kecil Engkilili. Pejabat berkenaan mula memberikan
perkhidmatan kepada penduduk Engkilili seawal tahun 1960'an.
Sehingga kini, Daerah Kecil Engkilili didiami oleh kira-kira seramai 20,249
orang penduduk. Majoriti penduduk di sini erdiri daripada etnik Iban (84.53%),
Melayu (1.08%) dan lain-lain (0.02%).
Pelancongan
Lokasi Pejabat Daerah Kecil Engkilili yang terletak di atas sebuah bukit kecil
di Jalan Selindong, mempunyai pemandangan yang cukup menarik kerana menghadapi
Batang Ai. Sesiapa sahaja yang melihat senario di kawasan ini pastinya akan
berasa tenang memerhatikan persekitaran yang masih terpelihara keaslian keindah-annya.
Bangunan Pejabat Daerah Kecil itu sendiri mempunyai ciri-ciri sejarah kerana
merupakan sebuah bangunan kubu lama peninggalan zaman penjajahan yang dikenali
sebagai 'Kubu Leonora'. Ini pastinya menjadi tarikan kepada peminat senibina.
Beberapa buah rumah panjang di sepanjang Ulu Sungai Skrang dan Sungai Lemanak
dalam Daerah Kecil Engkilili juga merupakan tumpuan pelancong-pelancong dari
dalam dan luar negara. Kewujudan rumah panjang lama kaum Iban yang kaya dengan
budaya dan adat tradisinya merupakan tarikan utama pelancong ke sini.
|
|
|
Engkilili mendapat namanya sempena pokok Engkilili
|
 |
| Antara projek pembangunan infrastruktur di Engkilili |
Kemudahan Awam
Bagi mereka yang berhajat untuk datang ke sini, di Pekan Engkilili terdapat
Rumah Rehat yang juga merupakan satu-satunya tempat penginapan bagi pengunjung-pengunjung
dari luar yang ingin bermalam di Pekan Engkilili.
Rumah Rehat yang diuruskan oleh Pejabat Daerah Kecil Engkilili ini mempunyai
3 bilik tidur iaitu 1 bilik VIP dan 2 bilik biasa. Tempahan untuk menggunakan
Rumah Rehat ini boleh dibuat di Pejabat Daerah Kecil Engkilili.
Terdapat juga sebuah Dewan Serbaguna milik Majlis Daerah Lubok Antu yang merupakan
satu-satunya dewan yang boleh digunakan untuk pelbagai acara rasmi, sosial dan
riadah bagi penduduk di Pekan Engkilili.
Di samping itu, terdapat juga dua buah Taman Permainan Kanak-Kanak yang lengkap
dengan kemudahan permainan dan mempunyai lanskap yang menarik. Kemudahan ini
telah dibina oleh Majlis Daerah Lubok Antu.
Pembangunan
Projek Kecil Luar Bandar Daerah Kecil Engkilili bagi tahun 2000 telah melibatkan
perbelanjaan sejumlah RM954,920.72. Daripada jumlah itu, RM687,920.72 merupakan
Peruntukan Persekutuan dan jumlah perbelanjaan daripada Peruntukan Negeri ialah
RM267,000.00.
Projek-projek pembangunan ini melibatkan Projek Jalan Kampung, Projek Bekalan
Janakuasa Projek Keagamaan, Projek Jambatan dan Projek Membersih Sungai.
Tahun 2001 menunjukkan peningkatan daripada segi jumlah perbelanjaan untuk projek-projek
pembangunan iaitu perbelanjaan sebanyak RM104,998.60 daripada peruntukan Persekutuan,
RM1,281,908.65 daripada pakej Pre-Emptive dan RM432,849.30 daripada peruntukan
Negeri.
Antara Projek Kecil Luar Bandar yang dijalankan sekitar tahun 2000 2001
ialah menaiktaraf jalan Rh. Sujang (Sedarat Salin), Rh. Ulin (Sedarat Baru),
Rh. Assan (Sedarat Mawang), Rh. Andam (Sedarat Simpang), Rh. Engkabi (Semanju),
Rh. Gerang (Sg. Keroh), membaiki jambatan belian Merio Sedan dan jalan simen
Kampong Paoh.
Pejabat Daerah Kecil Engkilili,
Jalan Selindong, 95800 Engkilili, Sri Aman.
Tel: 083-563001
Faks: 083-563079
Laman web Daerah Kecil Engkilili: www.engkililido.sarawak.gov.my
| Keluasan |
1,715 km persegi |
| Bilangan Penduduk |
20,249 orang |
| Kumpulan Etnik |
Iban (84.53%), Cina (14.37%), Melayu (1.08%)
dan lain-lain (0.02%) |
| Ketua Masyarakat |
Pemanca - 1 (Cina), Penghulu - 8 (7 Iban, 1 Melayu)
|
| Bil. Ketua Kaum |
173 orang |
| Bil. Rumah Panjang |
166 buah
|
| Bi. Pintu / Rumah |
3,579 buah
|
| Bil. Penempatan Cina |
6 kawasan
|
| Bil. Kampung Melayu |
Sebuah |
| Perkhidmatan agensi |
Pejabat Pertanian Daerah (Ibu Pejabat bagi Daerah Lubok Antu),
Majlis Daerah Lubok Antu (Ibu Pejabat bagi Daerah Lubok Antu),
Balai Polis, Klinik Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara, KEMAS,
SALCRA, Pertubuhan Peladang Kawasan, Pos Malaysia, Sekolah Rendah
(20 buah) dan Sekolah Menengah (sebuah) |
| MP/ADUN |
YB Encik Jawah ak. Gerang (P.177 Lubok Antu)
YB Encik Toh Heng San (N.24 Engkilili) |
|