Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
State Secretary's View
Berkongsi Ilmu, Pengalaman & Maklumat

Ilmu, kemahiran, pengalaman dan kecekapan merupakan antara beberapa faktor yang menjadi input yang perlu ada dalam diri setiap anggota sesebuah organisasi ke arah penghasilan produktiviti yang tinggi.

Bagi kita di sektor awam, kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan akan sentiasa menjadi perhatian rakyat atau pelanggan yang berurusan dengan kita sejajar dengan kehendak serta keperluan mereka terhadap mutu perkhidmatan yang semakin tinggi.

Alat pengukur untuk menentukan baik (bermutu) atau sebaliknya perkhidmatan yang diberikan adalah bergantung kepada kepuasan hati pelanggan terhadap kualiti dan respon kakitangan awam itu sendiri untuk menyelesaikan urusan para pelanggannya.
Untuk mencapai tujuan ini, pelbagai pembaharuan telah diketengahkan ke dalam kaedah pentadbiran dan pengurusan pejabat.

Antaranya ialah untuk menjadikan perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Sarawak sebagai sebuah organisasi yang menerajui dalam arena E-Government. Untuk itu kemudahan komputer dan perisiannya sentiasa ditingkatkan bagi menjamin perkhidmatan yang cekap dan pantas seiring dengan pembangunan pesat yang berlaku di Sarawak.

Selain daripada itu, kursus dan latihan untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran kakitangan awam terus diadakan selaras dengan perubahan semasa.

Dalam pada itu, kakitangan awam juga digalakkan menimba ilmu pengetahuan secara berterusan selaras dengan konsep pendidikan sepanjang hayat (life long learning) dan melahirkan para pekerja yang berilmu (knowledge-workers).

Sehubungan dengan itu, ilmu yang kita pelajari atau diperolehi itu harus dapat kita terjemahkan kepada suatu keadaan yang nyata yang kemudiannya dapat kita gunakan sebagai asas bagi kita untuk memudahkan segala urusan atau tugas yang diserahkan kepada kita.

Di samping itu kita juga harus bersedia untuk berkongsikan segala ilmu dan pengalaman yang kita miliki itu dengan rakan sekerja. Jangan kita fikir dengan berbuat demikian kita akan rugi, sebaliknya ini adalah satu tindakan yang memberikan manfaat yang lebih besar kepada kita dan juga orang lain.

Lihat sahaja akan pelaksanaan MS ISO. Semua proses perlu kita dokumentasikan dengan tujuan setiap perkara yang kita lakukan itu adalah sentiasa mengikut piawaian yang telah kita tetapkan.

Dokumentasi yang dilakukan itu sebenarnya secara langsung memudahkan orang lain melaksanakan tugas yang kita laksanakan sekiranya kita tidak dapat melakukannya – andai kata kita sakit dan sebagainya.

Ini kerana pengganti kita akan dengan mudah dapat menyambung semua urusan yang patut dilaksanakan dengan hanya meneliti dan memahami dokumen yang telah kita sediakan.

Keadaan ini merupakan perkongsian maklumat yang produktif. Bayangkan jika hanya seorang kakitangan/pegawai sahaja yang tahu atau boleh melaksanakan sesuatu tugas. Pasti banyak kesulitan yang timbul sekiranya kakitangan atau pegawai itu bercuti atau sakit. Ini pasti menjejaskan produktiviti sesebuah organisasi itu.

Dalam banyak situasi, kita sebenarnya tidak dapat mengelakkan daripada berkongsi ilmu, pengalaman dan maklumat dengan orang lain.

Bagi kakitangan yang telah lama berkhidmat dengan sesebuah organisasi atau jabatan, tidak harus timbul perasaan yang kita tidak diperlukan atau sudah hampir masanya untuk kita 'memperlahankan' kerja kita.

Sikap atau perasaan ini harus dikikis. Sebaliknya, dengan tempoh masa untuk kita berkhidmat semakin singkat, ianya harus dijadikan dorongan untuk kita mencurahkan seberapa banyak pengetahuan dan pengalaman yang ada pada kita kepada kakitangan baru atau yang lebih muda daripada kita.

Ini penting bagi membolehkan mereka (kakitangan baru atau pegawai muda) meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam menjalankan tugas masing-masing.

Sebagai contoh, perhatikan bagaimana Residen dan Pegawai Daerah 'vateran' menjalankan tugas mereka. Melalui pengalaman mereka, mereka dapat berhubung dengan masyarakat di peringkat akar umbi untuk menyampaikan maklumat di samping memberikan kefahaman kepada masyarakat dengan cara yang paling mudah mereka (masyarakat) fahami tentang pelaksanaan pembangunan kerajaan.

Ini merupakan satu kemahiran yang tidak dapat kita pelajari dari mana-mana institusi pendidikan formal. Ini merupakan sumbangan terbesar mereka kerana hasil usaha mereka itu banyak membantu melicinkan pembangunan yang telah kerajaan rancang.

Mungkin ada yang menyatakan dahulu keadaannya lain dan sekarang lain. Namun adalah tidak salah jika kita mengambil sedikit pengalaman, cara dan kemahiran mereka dahulu dan kita integrasikan dengan kaedah pelaksanaan tugas kita masa kini. Hasilnya mungkin lebih baik daripada jika kita hanya menggunakan satu kaedah sahaja.

Bagi kakitangan baru atau pegawai muda pula, mereka seharusnya mempunyai sikap menghormati pegawai yang lebih senior dan sentiasa mengharapkan tunjuk ajar mereka di samping berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran baru yang mereka miliki.

Perkongsian ilmu, pengalaman & maklumat harus kita jadikan sebagai sebahagian daripada amalan kita melaksanakan tugas. Berbuat demikian kita tidak akan rugi apa-apa malah akan memberi lebih manfaat kepada orang lain.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998