Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Sesi Percambahan Fikiran Bersama Timbalan Residen
Memastikan 100% Pelaksanaan Projek RMK8
Maklumat disediakan oleh Unit Pelaksanaan & Pemantauan Projek (PIMU), Jabatan Ketua Menteri

En. Ismawi pemudah cara pada sesi percambahan fikiran bersama Timbalan Residen di Pejabat Residen Sri Aman pada 21 Februari 2002

Pada 21 Februari 2002 yang lalu, satu sesi percambahan fikiran bersama Timbalan Residen telah diadakan di Pejabat Residen Sri Aman. Fasilitator sesi ini ialah En. Ismawi Haji Ismuni, Pengarah Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Projek (PIMU), Jabatan Ketua Menteri.

Sesi ini adalah sejajar dengan penstrukturan semula organisasi dan peranan Pejabat Residen seluruh Bahagian di negeri ini, Pejabat Residen kini melalui Bahagian Perancangan dan Pembangunannya (yang diketuai oleh Timbalan Residen) dipertanggungjawab-kan untuk memantau dan memastikan supaya semua program/projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun dan lain-lain rancangan dan pelan dilaksanakan mengikut jadual perancangan, kos dan kualiti yang telah ditetapkan.

Bahagian ini secara langsung bekerja rapat dengan PIMU. Dari semasa ke semasa, progres projek yang dilaksanakan dihantar melalui DPMS dan PMS bagi memudahkan urusan pemantauan. Selain daripada itu melalui lawatan kerja ke projek-projek yang dilaksanakan turut diatur bagi memastikan projek terbabit berjalan mengikut jadual di samping mengenalpasti masalah atau isu yang timbul yang boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek.

Pada sesi ini, beberapa perkara telah dapat dirumuskan dan dipersetujui iaitu:

Misi Bahagian Perancangan dan Pembangunan Pejabat Residen ditetapkan :

  • Untuk mencapai 100 peratus pelaksanaan projek-projek pemban-gunan di bawah RMK8

Bahagian ini juga menetapkan objektifnya iaitu:

1.

memantau dan memastikan supaya semua program/projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun dan lain-lain rancangan dan pelan dilaksanakan mengikut jadual perancangan, kos dan kualiti yang telah ditetapkan

2. memulakan dan menyediakan Pelan Pembangunan Bahagian yang sejajar, seimbang dan mapan dengan Dasar Pelan Pembangunan Negara dan Negeri
3. membangunkan, mengurus dan menyelenggara pangkalan data dan maklumat pembangunan di peringkat bahagian
4. menerajui, memastikan dan melaksanakan pentadbiran pemban-gunan yang cekap dan berkesan di peringkat Bahagian
5.

membangunkan, memudah-kan dan menjadi pemangkin pembangunan sosial dan sumber manusia ke arah kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat yang lebih terjamin

6. menilai keberkesanan/pelak-sanaan dan impak pelan/program/projek pembangunan terhadap golongan sasar

Fungsi

1.

memantau dan melaporkan status pelaksanaan pelan/program/projek di bawah Rancangan Malaysia Lima tahun dan lain-lain pelan/rancangan kepada PIMU dan Jabatan Pembangunan Negeri

2.

memastikan supaya semua agensi yang terlibat memastikan dan mengemaskini data pelaksanaan dan pemantauan program/projek ke dalam DPMS dan PMS mengikut jadual yang ditetapkan

3. memastikan supaya data pelaksanaan dan pemantauan program/projek yang dimasukkan dan dikemaskini ke dalam DPMS dan PMS adalah sahih dan berkualiti
4.

menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Pembangunan Bahagian dan lain-lain jawatankuasa/pasukan petugas yang berkaitan dengan pembangunan di peringkat Bahagian

5.

mengumpul, menganalisa dan mengurus data dan maklumat pembangunan di peringkat Bahagian

6. mewujudkan, mengemaskini dan mengurus Bilik Gerakan Pembangunan Bahagian
7. sebagai pengurus dan penghubung utama program/projek pembangunan di peringkat Bahagian
8.

mengenalpasti semua isu dan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan dan pemantauan program/projek pembangunan dan seterusnya mengambil tindakan penyelesaian

9. mengerakkan, memudah cara, merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti pembangunan sosial dan manusia
10. mengenalpasti, merangka dan menyediakan Pelan Pembangunan Bahagian
11. menyedia dan menyampaikan taklimat pembangunan Bahagian
12. menyampaikan maklumbalas mengenai isu dan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan dan pemantauan program/projek pembangunan
13.

menyalurkan maklumat tentang dasar, pelan, arahan prosedur dan garis panduan mengenai pembangunan dari agensi pusat kepada agensi-agensi di peringkat Bahagian

14. merancang dan mengadakan lawatan tapak/kerja sebagai salah satu kaedah pemantauan yang berkesan
15. memproses, menilai dan memperakukan cadangan permohonan yang berkaitan dengan pembangunan
16. menilai dan melaporkan keberkesanan pelaksanaan dan impak program/projek pembangunan
17. memberi input dan pandangan terhadap projek-projek yang memerlukan kajian Environmental Impact Assesment (EIA)
18. membimbing agensi-agensi di peringkat Bahagian mengenai kepen-tingan pelaksanaan dan pemantauan projek dan implikasinya terhadap prestasi pelaksanaan pembangunan Negeri

Selain itu sesi ini juga telah dapat merumuskan Sukatan Kerja Tahunan 2002 bagi semua Timbalan Residen iaitu:

Tugas utama :

1.

memantau dan melaporkan prestasi pelaksanaan projek/program pembangunan di bawah RMK8 dan lain-lain rancangan/pelan

2. urusetia kepada Jawatankuasa Pembangunan Bahagian dan lain-lain jawatankuasa/pasukan petugas yang berkaitan dengan pembangunan
3. mewujudkan, mengemaskini dan mengurus Bilik Gerakan Pembangunan Bahagian
4. mengumpul, menyelenggara dan mengurus pangkalan data dan maklumat pembangunan
5.

lain-lain arahan Residen dan pengurusan pejabat

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998