Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Kempen "Say No To Crime"
Tanggungjawab Bersama Membanteras Jenayah: KM
Penglibatan aktif masyarakat dituntut...

Pelbagai pihak harus memainkan peranan dalam membanteras jenayah... Ketua Menteri telah merasmikan Kempen "Say No To Crime" di Miri baru-baru ini

Rakyat di negeri Sarawak diseru supaya menggembleng usaha dengan agensi penguatkuasa dalam membanteras sebarang bentuk jenayah. Setiap rakyat mempunyai peranan penting sebagai masyarakat yang bersatu dalam menjamin dan menghargai keamanan sebagai kepentingan bersama.

Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud menegaskan bahawa rakyat perlu menyedari bahawa jenayah dapat dibanteras sekiranya wujud usaha kolektif dari pelbagai peringkat masyarakat. Mereka seharusnya lebih peka dan bekerjasama dengan polis.

Walaupun bilangan anggota polis adalah kecil dalam masyarakat, namun keupayaan mereka dapat ditingkatkan sekiranya bekerjasama dengan masyarakat. Ini akan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh dan berkuasa dalam memerangi sebarang bentuk jenayah.

"Untuk memastikan kita terus menikmati keadaan kehidupan kita di negeri ini, ialah memastikan rakyat kita terus menghargai keselamatan sebagai kepentingan bersama. Inilah pelaburan untuk kemakmuran dan keamanan," tegas Ketua Menteri.

Masyarakat tidak seharusnya mengambil sikap sambil lewa dengan membenarkan jenayah berlaku tetapi membendungnya di peringkat paling awal. Jangan memberi ruang kepada jenayah ini berleluasa. Semua orang harus menyumbang kepada usaha mengurangkan kadar jenayah dan kita tidak mengizinkan jenayah dilakukan kepada masyarakat kita, tambah beliau lagi.

Ketua Menteri juga berharap agar masyarakat mengubah tanggapan bahawa jenayah berlaku seiring dengan pembangunan yang wujud. Jika sekiranya masyarakat masih beranggapan sedemikian, mereka akan menjadi masyarakat majoriti yang terasing dan takut kepada kelompok minoriti yang melanggar peraturan.

"Justeru itu, saya menasihatkan rakyat di negeri ini supaya berhenti mengasingkan diri mereka dalam usaha mencegah jenayah" tambah Ketua Menteri.

Ketua Menteri menegaskan betapa pentingnya rakyat mengubah pemikiran mereka terhadap aktiviti jenayah dan berusaha membanterasnya. Ketua Menteri berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Penutupan Seminar "Say No To Crime" yang berlangsung selama 2 hari di salah sebuah hotel terkemuka di Miri.

Semasa Majlis Pelancaran Kempen "Say No To Crime" pada hari yang sama sebelah petangnya, Ketua Menteri menegaskan betapa pentingnya masyarakat melibatkan diri dalam beberapa program pencegahan jenayah seperti menyertai kadet polis, seni mempertahankan diri dan sebagainya.

Ketua Menteri juga melahirkan harapan bahawa usaha program pencegahan jenayah ini akan mencapai kejayaan, pertama di Miri dan seterusnya di bandar lain apabila semua pihak menyedari bahawa tugas mencegah jenayah ini adalah tanggungjawab bersama.

Sikap peka dan sentiasa ingin tahu tentang perkara yang berlaku di sekitar kita juga dapat membantu dalam menghalang kegiatan jenayah terus bermaharajalela. Hampir seluruh penduduk di negeri Sarawak inginkan kehidupan suasana yang aman, tambah beliau.

Seramai 3,000 orang terdiri daripada pelbagai masyarakat menghadiri majlis pelancaran tersebut yang diadakan di Stadium Tertutup Miri. Kempen "Say No To Crime" anjuran kerajaan negeri Sarawak serta dikelolakan oleh Pejabat Residen Miri dan Angkatan Zaman Mansang (AZAM) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998