A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Berperanan Sebagai Pemimpin

Setiap detik kita merasai dan melalui perubahan. Senario ini lebih hebat lagi sejak akhir-akhir ini terutamanya ketika kita mengharungi era teknologi maklumat dan globalisasi. Andai kata kita enggan berubah maka pastinya kita akan ketinggalan.

Bagi kita di dalam perkhidmatan awam, perubahan sememangnya tidak pernah kita abaikan. Sejak mencapai kemerdekaan, pelbagai perubahan telah kita lalui di dalam usaha untuk memperbaiki perkhidmatan kita agar lebih efektif dan efisen sejajar dengan matlamat untuk membawakan pembangunan yang lebih menyeluruh ke serata pelusuk negeri dan masyarakat kita.

Perubahan yang telah dirancangkan adalah untuk menukar corak dan budaya perkhidmatan awam supaya ianya bersedia menghadapi cabaran-cabaran baru.

Sejajar dengan itu peranan serta tugas yang kita laksanakan sebagai penjawat awam telah berubah, bukan sekadar sebagai pentadbir dan pelaksana polisi dan program pembangunan kerajaan malah turut memainkan peranan sebagai pemimpin.

Sebagai pemimpin kita harus bersikap profesional, proaktif dan berpandangan jauh. Pemimpin harus lebih berkualiti, berintegriti dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi supaya dihormati oleh pengikutnya dan juga masyarakat setempat.

Sungguhpun negeri Sarawak ini luas namun dengan struktur pentadbiran yang ada masa kini telah membolehkan pelbagai pembangunan dapat dilaksanakan. Wakil-wakil kepimpinan kita di peringkat Bahagian, Daerah dan Daerah Kecil yang diketuai oleh Residen, Pegawai Daerah dan Pegawai Tadbir Sarawak telah berusaha keras bagi memastikan kawasan dibawah pentadbiran masing-masing dapat ditabdir dengan berkesan dan maju.

Kita perlu meningkatkan kualiti kepimpinan pegawai perkhidmatan awam khasnya Pegawai-Pegawai Daerah di dalam tiga perkara iaitu :

1. Selaras dengan perubahan peranan Pegawai Daerah, keberkesanan peranan Pegawai Daerah sebagai perancang dan pelaksana perlu dipertingkatkan.

2. Peranan Pegawai Daerah bukan saja bertindak sebagai pelaksana, tetapi sebagai pemantau projek pembangunan.

3. Meningkatkan keupayaan Pegawai Daerah merumus strategi untuk mengagih dan memperuntukkan belanjawan secara efisien supaya semua projek dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasar.

Pada masa kini, banyak cabaran yang memerlukan kepimpinan yang mantap di peringkat bahagian dan daerah. Justeru, Pegawai Daerah harus perlu berusaha untuk meningkatkan nilai moral dan prinsip-prinsip dalam pentadbiran awam di samping giat meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Pegawai Daerah juga perlu mampu menggerakkan jentera pembangunan dan memainkan peranan yang lebih aktif serta berupaya memberi idea-idea baru dalam pembangunan semasa dan jangka panjang dengan menggunakan sumber-sumber yang sedia ada dengan optima.

Pegawai Daerah juga harus proaktif menggerakkan jentera kerajaan seperti ketua-ketua masyarakat agar dengan itu ketua-ketua masyarakat dapat memberi maklumat dan

bersambung di mukasurat 2

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998