Bagi yang sudah membuat persediaan awal, khususnya dari segi kewangan, detik usia 55 tahun amat dinanti-nantikan
kerana selepas ini mereka berpeluang untuk melakukan apa yang selama ini tidak boleh dibuat kerana terikat dengan
tugas harian.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam usaha melaksanakan tanggung-jawabnya sentiasa berusaha memastikan semua pekerja di negara
ini mempunyai simpanan untuk kegunaan di hari tua mereka.
Lanjutan daripada pengumuman Menteri Kewangan semasa membentangkan belanjawan 2001 pada 27 Oktober 2000 untuk meluaskan empat skim
pengeluaran KWSP, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan keputusan tersebut berkuatkuasa pada 2 Januari 2001.