Rakan Sarawak April 2001
   
 
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Hadapi tuntutan alaf baru...
Golongan setiausaha digesa tingkatkan profesionalisme diri

YB SUK memukul gong tanda perasmian Persidangan Setiausaha 2001
Golongan setiausaha diingatkan agar sentiasa mening- katkan profesionalisme, pendekatan dan sikap mereka bagi memenuhi perubahan tuntutan alaf baru.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aziz bin Haji Husain menegaskan bahawa era teknologi baru hanya sebahagian daripada persaingan perniagaan, justeru itu setiausaha harus sentiasa meningkatkan kemahiran mereka seiring dengan penggunaan kemudahan dan teknologi baru itu.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Setiausaha 2001 anjuran Centre For Modern Management (CMM) dengan kerjasama Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti, Jabatan Ketua Menteri, Majlis Daerah Miri dan Righa Royal Hotel di Miri baru-baru ini. Beliau mengingatkan para setiausaha perlu meningkatkan pengetahuan umum dan kemahiran baru untuk melengkapkan profesion mereka sendiri.

“Mereka harus membentuk standard profesionalisme yang tinggi, menaikkan imej profesion setiausaha dan mengikis tanggapan “tradisi” masyarakat” tambah beliau.

Tema persidangan kali ini, iaitu “Anda Tidak Boleh Mengubah Angin Tetapi Boleh Mengubah Pelayaran : Memperlengkapkan Setiausaha Untuk E-Dunia (Dunia Elektonik), dilihat bertepatan dengan perubahan teknologi yang pasti berlaku, terletak pada setiausaha itu sendiri sama ada ingin mengikuti arus tersebut atau sebaliknya. “Dalam erti kata lain, kita harus menerima perubahan dan menyediakan diri kita untuk menyertai arus perubahan tersebut,” jelas beliau.

Imej tradisi “setiausaha” juga turut berubah, kerana setiausaha pada hari ini mengendalikan lebih banyak tanggungjawab yang bukan hanya menjalankan tugas harian dan kerja pejabat yang biasa.

“Setiausaha pada abad ke-21 adalah seorang pengurus projek, penolong pengurusan, pengurus pentadbiran. Manakala majikan dan eksekutif abad ke-21 kini lebih kepada “pembantu” mereka bagi menjayakan tugas-tugas yang lebih kompleks dan pelbagai,” tegas beliau.

Sebilangan peserta persidangan khusyuk mendengar penerangan daripada penceramah
Beliau menam-bah, tugas menca-bar setiausaha hari ini, memerlukan lebih banyak ke-upayaan dalam pengurusan dan teknologi seperti pengurusan projek, penggunaan kom-puter bersepadu, melakukan pengan-juran dan pen-jadualan, komu-nikasi internet, intranet serta penyelidikan, penyediaan dokumen, penyimpanan dan rujukan, perkhidmatan pelanggan dan perhubungan awam.

“Kini lebih ramai setiausaha dikenali sebagai pengurus eksekutif dan pentadbir profesional bersesuaian dengan pening-katan peranan dan tang-gungjawab para setiausaha dalam persekitaran kerja yang serba moden,” jelas beliau.

Persidangan Setiausaha 2001 ini diadakan bertujuan membincangkan beberapa kertas kerja berkaitan, mendalami dimensi perubahan suasana persaingan untuk mengiktiraf tanggungjawab dan peranan baru setiausaha. Ia juga membolehkan setiausaha memperlengkapkan diri dengan kualiti yang diperlukan serta menjadi aset penting kepada organisasi mereka. Persidangan ini juga memberi peluang kepada mereka bertukar pendapat serta berkongsi kejayaan bagi menghadapi dunia elektronik.

Lebih 60 setiausaha daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah menghadiri persidangan setiausaha yang berlangsung selama 2 hari tersebut.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998