Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Pembangunan Modal Insan

Dalam konteks ekonomi,kepentingan sumber manusia dilihat secara perbandingan,iaitu dengan sumber semula jadi lain seperti tanah,hasil galian,dan pelbagai sumber kekayaan semula jadi lain lagi.

Semua ini hanya akan berfungsi dan bermakna,sekiranya usaha manusia dilibatkan secara langsung dalam mengendalikannya untuk mendapatkan hasil yang akan memberikan manfaat kepada semua pihak.

Manusia atau usaha manusia itu dilihat sebagai suatu jenis ‘modal ’ yang umumnya kita fahami sebagai ‘modal insan ’, iaitu sebagai suatu ‘aset tenaga ’ yang penting kepada kegiatan pembangunan ekonomi,negara,dan bangsa.

Oleh yang demikian,modal ini perlu dibangunkan dan diuji bagi menentukan kemampuannya. Untuk itu tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada pembangunan bidang pendidikan.Ini kerana bidang pendidikan berperanan sebagai ‘jambatan yang mampu membawa ’ pengetahuan,,latihan,potensi,minat,kemahiran dan segala kualiti yang ada pada manusia -yakni modal insan -ke suatu tahap lain. Seperti yang pernah dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato ’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi:

“Adalah penting sekali untuk mengimbangkan pencapaian kebendaan dengan kerohanian yang luhur, sekiranya kita ingin mencapai matlamat Wawasan 2020.Sehubungan ini,pembangunan modal insan akan terus menjadi agenda utama dan usaha-usaha akan ditumpukan ke arah pembentukan individu yang berketrampilan di tempat kerja dan dalam masyarakat.Rakyat Malaysia perlu menghayati nilai jujur,berintegriti,cemerlang dan bertanggungjawab serta memiliki pemikiran kelas pertama seiring dengan infrastruktur kelas pertama yang dimiliki sekarang. Rakyat Malaysia juga perlu terus berusaha untuk menjadi sentiasa relevan,berdaya tahan dan kompetitif.Kita perlu menyemarakkan semangat pembelajaran sepanjang hayat,senantiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan melaksanakan
kerja yang terbaik dan berkualiti.Kita harus mempraktikkannya budaya kerja cemerlang.Tugas kita untuk memastikan negara terus berada di landasan pertumbuhan ekonomi yang kukuh adalah besar dan mencabar.Namun,saya yakin kita akan mampu menjadi sebuah negara yang benar-benar maju dan kaya dengan nilai-nilai murni,jika kita mempunyai iltizam dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.”


Bagi tujuan ini,kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM29 bilion atau satu perlima daripada peruntukan Bajet 2006 untuk memberi pendidikan dan latihan kepada 5.7 juta pelajar.

Kesan dari pembangunan modal insan,bukan saja dapat dilihat pada tahap ekonomi,tetapi melangkaui ke bidang-bidang lain yang mana ianya boleh diibaratkan sebagai tapak asas kepada sesuatu binaan,yang darinya pula boleh dibina struktur-struktur lain.

Bagi kita dalam perkhidmatan awam,perkara ini harus kita berikan perhatian serius.Ini kerana sebagai penjawat awam,kita adalah adalah aset pembangunan yang menjadi pengerak,penterjemah atau pelaksana polisi dan program pembangunan yang dirancang oleh kerajaan melalui perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.

Dalam masa yang sama,setiap individu dalam perkhidmatan awam (sama ada di dalam Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan)kita mesti sentiasa melengkapkan diri kita dengan ilmu serta kemahiran baru dan terkini.

Apabila kita menggunakan dan menerima pakai ilmu dan kemahiran baru,bermakna kita telah berubah ke tahap baru dan ini akan membantu kita melaksanakan tugas yang diperanggungjawabkan dengan lebih berkesan yang mana secara langsung akan dapat meningkatkan keupayaan kita untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih bermutu dan cekap kepada pelanggan kita (iaitu masyarakat secara amnya).

Dalam situasi global yang penuh dengan cabaran, pembangunan modal insan yang mantap dan berterusan terutama bagi kita di dalam perkhidmatan awam amat penting kerana jika kita masih berada di takuk lama,besar kemungkinan kita tidak lagi relevan dan apabila kita sudah tidak lagi relevan,maka lambat laun akan berlakunya kepincangan dan kekacauan dalam pentadbiran negeri dan negara kita.

Pada ketika itu,semua pihak akan kerugian dan pada itu juga kita (anggota perkhidmatan awam)akan dipersalahkan kerana menjadi punca segala kepincangan dan kekacauan itu.Sudah pasti kita tidak mahu keadaan ini berlaku.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998