Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Koperasi Kampung Mongkos Proaktif Majukan Ekonomi Penduduk Kampung

Bangunan Koperasi Kampung Mongkos yang menempatkan sebuah kedai runcit, rumah penginapan dan restoran. Koperasi ini merupakan satu_satunya koperasi di Malaysia
yang menawarkan perkhidmatan tinggal bersama dan lancong tani. Bangunan Koperasi Kampung Mongkos yang menempatkan sebuah kedai runcit, rumah penginapan dan
restoran. Koperasi ini merupakan satu_satunya koperasi di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan tinggal bersama dan lancong tani.

Koperasi Kampung Mongkos Berhad telah didaftarkan sebagai koperasi pengguna pada 20 Disember 1979. Sejak penubuhannya, terdapat banyak kemajuan dan perubahan yang dibawakannya.

Antara yang paling nyata ialah koperasi ini kini mulai bergerak aktif menceburi kegiatan eko-pelancongan dan mengendalikan homestay. Kerjasama erat antara peserta koperasi dan agensi kerajaan khasnya Jabatan Pembangunan Koperasi Sarawak telah mencetuskan idea untuk membina kilang memproses air minuman semulajadi/mineral di kampung ini. Pihak koperasi sedang menunggu kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memulakan kegiatan ekonomi baru ini.

Dengan terbinanya kilang itu kelak, pastinya lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia kepada penduduk kampung yang berjumlah kira-kira 1,000 orang itu.

Lori sewa kepunyaan Koperasi Kampung Mongkos, antara yang menjana perolehan koperasi.
Aktiviti harian Koperasi Kampung Mongkos


Pengalaman Memacu Keinginan Untuk Maju Kampung Krangan

Pengalaman Memacu Keinginan Untuk Maju

Penyertaan dalam pembangunan tanah kendalian SALCRA telah banyak mengubah nasib dan kehidupan penduduk di Kampung Krangan, Balai Ringin, Serian. Penyertaan mereka sejak tahun 1994 mengusahakan tanaman kelapa sawit telah membuktikan kepada mereka bahawa memiliki tanah yang banyak tidak akan memberikan pulangan yang lumayan sekiranya tidak diusahakan.

Kini dengan penyertaan mereka itu, penduduk kampung bukan sahaja mendapat pulangan dividen tahunan yang memuaskan, malah menikmati kemudahan infrastruktur yang jauh lebih baik jika dibandingkan 15 atau 20 tahun yang lalu.

Bukan itu sahaja, kini mereka juga sudah mulai berfikir untuk mengusahakan sendiri tanah-tanah lain yang ada dengan tanaman kelapa sawit. Menurut KK Jambang ak Enjah, pengalaman mengusahakan tanaman kelapa sawit bersama SALCRA banyak memberikan keyakinan kepada mereka untuk mencuba mengusahakan tanaman kelapa sawit sendiri. Menurut beliau lagi, selama ini SALCRA telah banyak membantu memberikan mereka khidmat nasihat serta tunjuk ajar cara menguruskan ladang kelapa sawit dengan lebih cekap dan berkesan agar hasil yang dikutip kelak lebih lumayan.


Jambatan Baru Untuk Kampung Mentu Tapu

Kampung Mentu Tapu terletak kira-kira 40 km dari Serian. Majoriti penduduk di kampung ini adalah petani yang mengerjakan kebun lada dan juga terlibat dalam usahasama mengerjakan ladang kelapa sawit Estet Mongkos SALCRA. Penglibatan mereka sejak tahun 1993 dalam mengerjakan tanaman kelapa sawit secara besar-besaran ini telah membuahkan banyak hasil yang lumayan.

Secara amnya taraf hidup penduduk kampung semakin meningkat Kemudahan asas dan keperluan rumah boleh dikatakan kini serba lengkap.Setiap keluarga kini sekurang-kurangnya memiliki dua buah motosikal. Malah ada yang memiliki kenderaan pacuan empat roda – bukan sebuah tetapi dua buah walhal satu-satunya cara untuk masuk dan keluar dari kampung ini adalah melalui jambatan gantung yang berusia hampir 20 tahun dan hanya boleh dilalui oleh mereka yang berjalan kaki dan kenderaan kecil seperti motosikal dan basikal sahaja!

Maka kerana itu, penduduk kampung kini berhasrat untuk memohon kepada pihak yang berkaitan (kerajaan) untuk membina jambatan konkrit yang boleh dilalui bukan sahaja oleh kenderaan kecil dan kereta malah juga lori 10 tan.

Ini kerana rata-rata penduduk kampung bersetuju untuk membangunkan tanah milik mereka di belakang kampung yang sedia ada (di seberang sungai) dengan tanaman kelapa sawit secara komersil. Pengalaman menguruskan ladang kelapa sawit yang diperolehi hasil tunjuk ajar dari pihak SALCRA
memberikan keyakinan kepada mereka untuk mencuba sendiri usaha ini yang mereka yakin akan memberikan pulangan yang lumayan.

Kampung Mentu Tapu dihubungkan dengan jalan
raya oleh jambatan gantung yang telah dibina pada
tahun 1987. Jambatan ini hanya boleh dilalui oleh
mereka yang berjalan kaki dan kenderaan kecil
seperti motosikal dan basikal.
Kampung Mentu Tapu dihubungkan dengan jalan
raya oleh jambatan gantung yang telah dibina pada
tahun 1987. Jambatan ini hanya boleh dilalui oleh
mereka yang berjalan kaki dan kenderaan kecil
seperti motosikal dan basikal.
Pukul 11.00 pagi selepas hujan
semalaman. Jalan raya menuju ke
jambatan gantung ke kampung
Mentu Tapu telah ditenggelami air
hampir dua kaki


Dengan adanya jambatan baru itu kelak, maka mudah bagi mereka untuk membawa masuk kenderaan berat bagi membuka ladang dan seterusnya mengangkut buah sawit dari ladang ke kilang.


# Penduduk Kampung Mentu Tapu perlu melalui jambatan gantung ini jika ingin ke pekan. Jambatan gantung yang telah dibina pada tahun 1987. Jambatan ini hanya boleh dilalui oleh mereka yang berjalan kaki dan kenderaan kecil seperti motosikal dan basikal.


 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998