Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Taman Trafik Shell Tingkat Pengetahuan Lalu Lintas

Pewujudan taman trafik membantu meningkatkan etika
kepenggunaan ketika di jalan raya

Taman Trafik Shell Kapit yang sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap suku pertama tahun ini bakal menjadi tumpuan para penduduk khususnya golongan muda dari sekitar Bandar Kapit untuk meningkatkan pengetahuan mereka kepada peraturan lalu lintas.

Projek itu telah dirancangkan oleh Majlis Daerah Kapit untuk dibina berhampiran dengan SMK Kapit No. 2. Dengan peruntukan sejumlah RM1.2 juta bagi tujuan pembersihan tapak dan pampasan tanah, taman itu yang dibangunkan di atas tanah seluas kira-kira 33 ekar akan menyediakan tempat beriadah yang selesa untuk orang awam.

Turut dibina ialah trek untuk aktiviti jogging serta pelbagai bentuk replika hiasan. Membezakan taman itu berbanding taman lain di sekitar Bandar Kapit ialah terdapatnya prasarana untuk pembelajaran lalu lintas atau Taman Trafik Shell yang merangkumi kawasan seluas kira-kira lima ekar. Prasarana itu akan menyediakan lapangan tetap bagi acara tahunan Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Shell (SETG) diadakan.

SETG mula diperkenal di Sarawak pada tahun 1960-an, sentiasa mendapat penyertaan yang memberangsangkan dari pihak pelajar serta sekolah di negeri ini dan tidak ketinggalan di Peringkat Bahagian Kapit saban tahun.

Tahun lalu, sebanyak 12 buah sekolah menengah dan rendah sekitar Bandar Kapit telah menyertai pertandingan itu serta hampir semua sekolah menghantar lebih dari satu pasukan. Sehubungan itu, trek trafik yang bakal siap akan memudahkan penganjuran SETG di Bandar Kapit di samping membantu golongan muda meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka terhadap peraturan dan etika lalu lintas.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998