Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Bintulu Bakal Menjadi Bandar Perindustrian

Bintulu boleh dianggap
sebagaisebuah bandar kosmopolitan.

Sejarah berkembang dari hanya sebuah pekan kecil, kini Bintulu telah bertukar wajah menjadi bandar perindustrian yang terkenal di rantau ini. Pembangunan di Bintulu sudah menjadi begitu pesat dan maju dalam pelbagai bidang. Bintulu mula bertukar wajah. Banyak bangunan yang lama telah diganti dengan bangunan yang baru dan moden. Kampung Dagang sudah menjadi pusat kommersil. Keadaan di sekeliling juga dibersihkan untuk memberi keselesaan kepada penduduk di sini.

Pelbagai pokok dan bunga ditanam di pembahagi jalan, di tepi-tepi jalan dan bulatan jalan untuk mengindahkan lagi persekitaran. Jalan raya berkembar dibina untuk menghubungkan bandar Bintulu dan Tanjung Kidurong. Lampu jalan didirikan di sepanjang jalan raya utama untuk mengindahkan lagi suasana pada waktu malam.

Rumah-rumah kediaman dan hotel-hotel disediakan untuk pengunjung dari luar. Seperti bandar-bandar lain, pusat membeli-belah tumbuh di serata tempat untuk memenuhi permintaan penduduk. Bintulu boleh dianggap sebagai sebuah bandar kosmopolitan. Terdapat juga ramai pekerja asing di sini.

Kedatangan mereka ini secara langsung menambahkan jumlah penduduk. Dari sebuah daerah, Bintulu telah diisytiharkan menjadi Bahagian pada 1 Januari 1987. Seterusnya jabatan dan agensi-agensi kerajaan juga ditingkatkan ke taraf Bahagian.

BDA (Lembaga Kemajuan Bintulu) telah menjadi agensi utama kerajaan untuk menggerakkan pembangunan Bintulu. Era baru bermula pada tahun 1978
dimana projek-projek raksasa mula dibina seperti : Loji Gas Cecair Asli Malaysia yang menelan belanja RM3,000 juta, Pelabuhan Air Dalam Bintulu (RM560 juta), Loji Baja ASEAN (RM739 juta), bekalan air (RM150 juta) dan Universiti Pertanian Malaysia (RM621 juta) yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

Di samping itu, disediakan juga tapak-tapak perindustrian di kawasan Kidurong untuk menempatkan industri ringan dan berat. Tapak yang turut dimajukan ialah Estet Perindustrian Kemena bagi menempatkan industri-industri berasaskan kayu.

Beberapa tempat peranginan telah dimajukan seperti pantai Similajau dan Pusat Rekreasi Tanjung Batu, Taman Botanikal, Taman Hidupan Liar, Tapak Perkhemahan dan Padang Golf.

Bintulu juga berpotensi menjadi pintu masuk ke Belaga menerusi Tubau di samping menjadi pintu masuk perjalanan ke Gua Niah, Taman Negara Lambir dan Bukit Setiam dengan jalan darat.

Rumah-rumah panjang Iban dan Orang Ulu yang terletak di pedalaman serta perkampungan tradisional seperti Kampung Kuala Nyalau, Kampung Kuala Segan, Kampung Jepak dan seumpamanya, sering menjadi tumpuan pelancong luar negeri. Pembangunan yang pesat dalam tempoh dua dekad yang lalu telah menjadikan Bintulu dikenali di seluruh dunia. Penukaran wajahnya akan berterusan pada masa akan datang.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998