Home
Ibu Bapa Gagal Daftar Sekolah Anak Boleh Didenda

Ibu bapa yang gagal mendaftarkan persekolahan anak mereka di bawah rang undang-undang baru yang telah dirangka oleh Kementerian Pendidikan (Kementerian Pelajaran kini),boleh dikenakan penalti antara RM3,000 dan RM5,000 dan penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Penalti atau denda terhadap ibu bapa itu biasanya dikuatkuasakan di bawah Akta Pendidikan yang sedia ada.

Beliau dengan itu,tidak menolak kemungkinan akta berkenaan akan diseragamkan meliputi rang undang- undang baru itu,sekiranya tidak ada cadangan lain dikemukakan untuk meminda hukuman berkenaan.

Sebelum ini,Kementerian Pendidikan bercadang meminda undang-undang bagi mewajibkan kanak-kanak berusia tujuh tahun bersekolah,namun tidak pernah memperjelaskan penalti yang hendak atau akan dikenakan kepada ibu bapa yang gagal berbuat demikian.

Rang undang-undang baru yang telah dilaksanakan mulai tahun 2003 lalu itu mewajibkan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan rendah,iaitu dari Tahun 1 sehingga Tahun 6.

Sementara itu,Menteri Pendidikan (ketika itu),Tan Sri Musa Mohamad berkata melalui penguatkuasaan undang-undang baru ini,ibu bapa yang gagal mendaftar persekolahan anak masing-masing bagi sesi persekolahan peringkat rendah, boleh didakwa.

Katanya,setiap tahun,kira-kira 400,000 kanak-kanak layak memasuki sekolah rendah di negara ini,tetapi hanya 97 peratus sahaja didaftarkan untuk men- gikuti sesi persekolahan berkenaan.

Mewajibkan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan adalah usaha bagi memberi peluang pendidikan kepada semua rakyat di negara ini

Perangkaan rasmi menunjukkan tiga peratus kanak-kanak di negara ini tidak didaftarkan untuk memulakan persekolahan mereka, dan kebanyakan kanak-kanak malang ini tinggal di kawasan pedalaman.

Matlamat undang-undang baru itu ialah ‘memberi peluang pendidikan ’ kepada semua kanak--kanak di negara ini,dan memastikan mereka ‘berpelajaran ’.

Penguatkuasaan undang-undang itu tegas beliau,mengkehendaki ibu bapa mendaftarkan anak mereka di sekolah,dan andainya mereka gagal berbuat demikian tanpa sebab-sebab yang munasabah,mereka boleh didakwa di mahkamah.


Current Issue | Archives: 2005: May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | November 2004 | October 2004 | September 2004 | August 2004 | July 2004 | June 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998