Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Buang Tabiat Lama Amalkan FOLO

Untuk berjaya dalam hidup dan kerjaya anda,kita perlu memiliki beberapa nilai dan amalan/tabiat hidup yang baik yang pada asasnya tidaklah sukar untuk diperolehi.

Sungguhpun tidak sukar,namun ada syarat yang harus kita penuhi iaitu kita harus memiliki kemahuan serta kesungguhan yang tinggi untuk berjaya.

Apabila kita berada dalam sesebuah organisasi, mempunyai nilai dan amalan/tabiat hidup yang baik bukan bermaksud ianya adalah tiket untuk kita dinaikkan pangkat.Namun dengan memiliki ciri-ciri itu,ianya sebenarnya boleh membantu kita dalam menjalankan tugasan kita dengan lebih produktif dan efisien.

Ini kerana amalan/tabiat hidup yang positif akan menjadikan kita sebagai penentu rentak (pacesetter ) yang seterusnya akan menjadi ikutan orang lain.

Pacesetter adalah golongan anggota organisasi yang menunjukkan kesungguhan dan ‘bertenaga ’ dalam melaksanakan tugasan mereka selain mempunyai daya saing yang tinggi dan inovatif dalam tugasnya.Mereka juga adalah golongan anggota organisasi yang sanggup berusaha atau bekerja lebih keras dalam menyiapkan tugasan mereka dengan sempurna.

Lihat sahaja mereka yang berjaya,misalnya dalam sukan seperti dalam pemain tenis,golf atau bola sepak. Pencapaian atau kejayaan seorang juara itu bukanlah sekadar kerana individu berkenaan mempunyai bakat tetapi adalah mereka bekerja keras dalam usaha mereka untuk menjadi yang terbaik dalam bidang mereka ... lama sebelum dinobatkan sebagai juara.

Bekerja keras di sini bukan bermaksud kita sibuk memanjang,tetapi ianya lebih merujuk kepada keupayaan kita melaksanakan tugasan-tugasan kita seberapa cepat yang boleh dalam masa yang singkat dengan kualiti kerja yang terbaik.

Untuk mencapai ke tahap ini kita harus memiliki amalan/tabiat :pertama sampai dan yang terakhir keluar (first on last off [FOLO ]).

Ini bermakna kita harus menjadi orang pertama sampai di pejabat,mesyuarat,pembentangan, perbincangan,temujanji dan sebagainya dan adalah orang yang terakhir keluar/balik sehingga segala urusan yang berkaitan telah diselesaikan.

Amalan/tabiat ini melibatkan kesungguhan yang tinggi daripada diri kita.Amalan/tabiat ini sebenarnya merujuk kepada keupayaan dan kemahuan kita untuk melakukan sesuatu itu atau bekerja lebih keras, berusaha lebih sedikit berbanding orang lain.Dalam erti kata lain,kita akan berusaha atau bekerja lebih untuk menghasilkan sumbangan yang terbaik kepada organisasi kita asal sahaja usaha itu tidak menyalahi peraturan atau prosedur organisasi dan undang-undang negara.

Apabila amalan/tabiat ini ada pada diri kita,ianya akan membantu dalam karier kita terutama apabila kita diberikan sesuatu tugasan.Apa tidaknya,amalan/tabiat ini akan secara otomatik menjadi peringatan kepada kita untuk melakukan usaha yang lebih sedikit bagi memastikan produk kerja yang diharapkan daripada tugasan itu adalah yang terbaik atau lebih baik daripada yang diharapkan.

Bekerja dalam sesebuah organisasi,keupayaan kita melaksanakan tugasan yang diberikan sebagaimana yang diperincikan adalah suatu yang penting.Dalam erti kata lain :Ikut Arahan .Namun sebagai anggota organisasi yang berjaya dan inovatif,penumpuan juga harus diberikan kepada usaha untuk melakukan penambahbaikkan.Ini memerlukan usaha yang lebih walaupun ada ketikanya ianya tidak membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan.

Ini kerana dengan usaha lebih sedikit itu akan menjadi nilai ditambah kepada produk tugasan yang diberikan kepada kita.Ini yang akan menjadi garis pemisah di antara kita dengan orang lain!Ini yang akan menjadikan kita lebih menonjol daripada orang lain!

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998