| |
| Online Publisher: |
 |
| |
| Contents provided by: |
 |
| |
|
|
 |
Taman Danau…tempat tumpuan pengunjung di hujung minggu
untuk berekreasi dan bersiar-siar dengan
keluarga dan teman-teman |
Daerah Serian merupakan sebuah daripada empat daerah dalam
Bahagian Samarahan. Daerah Serian pada awal penubuhannya dalam tahun 1901 dikenali
sebagai Daerah Sadong. Pada Februari 1955, ia dikenali sebagai Serian ( Upper
Sadong) setelah Simunjan (Lower Sadong) dipisahkan dan masing-masing dinaiktaraf
sebagai daerah penuh.
Daerah Serian meliputi kawasan seluas kira-kira 2,106 kilometer persegi dan terletak
kira-kira 64 kilometer ke selatan Bandaraya Kuching. Kedudukannya yang strategik
di laluan utama perjalanan dari selatan ke utara negeri Sarawak menjadikan pekannya
tempat persinggahan yang popular baik untuk berehat seketika sebelum meneruskan
perjalanan, membeli-belah di pasar tamunya atau mengisi minyak kenderaan.
Daerah Serian mempunyai sebuah daerah kecil, iaitu Daerah Kecil Tebedu yang merupakan
Pintu Masuk Utama (International Border Crossing) bagi Malaysia/Indonesia (di
Sarawak). Pekan Tebedu yang dulunya berimej pekan koboi kini berwajah baru dengan
gelaran Bandar Mutiara.
Laluan perhubungan dan pengangkutan bagi daerah ini ialah menggunakan jalanraya.
Kira-kira 95 peratus kampung-kampung di daerah ini dapat dihubungi melalui jalanraya.
Jalan yang utama ialah Jalan Serian/Tebedu, Jalan Serian/Mongkos, Jalan Serian/Mantung
Marau, Jalan Baki/Riih, Jalan Ensengai, Jalan Tebedu/Pangkalan Amo, Jalan Kuching/Serian
dan Jalan Serian/Sri Aman.
Mengikut banci tahun 2000 jumlah penduduk Daerah Serian ialah seramai kira-kira
82,042 orang dan suku kaum Bidayuh adalah penduduk majoriti diikuti
kaum Iban dan kaum Cina. Pada keseluruhannya terdapat kira-kira 222 buah kampung
dan rumah panjang Kaum Bidayuh, Iban, Melayu dan Cina terletak di bawah pentadbiran
Daerah Serian.
Dalam Daerah Serian terdapat tujuh buah bandar atau pekan yang menjadi pusat urusniaga
penduduk daerah ini. Bandar atau Pekan berkenaan ialah seperti berikut: Serian,
mengambil namanya sempena sebatang sungai yang mengalir di hadapan Mission St.
Theresa. Ia adalah pusat pentadbiran bagi daerah ini. Dengan lokasinya yang strategik
maka tidak hairanlah Bandar Serian membangun dengan pesat. Selain menempatkan
pejabat bagi jabatan atau agensi kerajaan, terdapat juga beberapa buah institusi
kewangan yang beroperasi di sini.
 |
| Peta pentadbiran Daerah Serian |
Selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan keperluan, Bandar Serian juga
indah. Di tengah-tengah bandarnya dihiasi dengan lanskap yang cantik, serta terdapat
sebuah tasik yang dinamakan Taman Danau berdekatan bandarnya yang menyejukkan
pemandangan. Pekan Tebedu Lama mempunyai kira-kira 20 buah rumah kedai kayu. Manakala
bandar barunya yang lebih di kenali sebagai Bandar Mutiara terletak kira-kira
3 kilometer dari Kompleks Imigresen Tebedu. Bandar baru ini menempatkan pusat
pentadbiran bagi Daerah Kecil Tebedu. Ia mula dibina pada tahun 1993, dan mempunyai
kira-kira
68 unit kedai bangunan konkrit dua tingkat.
Pekan Baki Lama dan Pekan Baki Baru, Batu 32 Jalan Kuching/Serian; Pekan Balai
Ringin, Batu 29, Jalan Serian/Sri Aman; Pekan Tarat, Batu 34, Jalan Kuching/Serian;
Pekan Mongkos; dan Pekan Tebakang.
Sektor Ekonomi
Majoriti penduduk di kawasan pedalamannya terlibat dengan aktiviti pertanian.
Hasil pertanian yang dikeluarkan ialah lada hitam, kelapa sawit, koko, padi, teh,
getah dan buah-buahan. Ladang kelapa sawit mulai dibuka di kawasan Taee, Mongkos,
Melikin dan Tebedu sekitar awal tahun 1990 oleh SALCRA dengan keluasan lebih kurang
10,000 hektar dan pembukaannya berjaya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan.
Pada 10 Ogos 1996 sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit iaitu Sarawak Palm
Oil Mill yang berharga RM20 juta telah memulakan operasinya di
Mongkos. Sebuah Estet Perindustrian seluas 150 hektar telah dirancang di Bandar
Baru Mutiara, Tebedu. Kerja-kerja merata tapak untuk fasa I projek telah bermula
dan dijangka siap pada tahun ini. Jenis-jenis industri yang dicadangkan ialah
elektronik dan berasaskan kayu.
Daerah ini juga terkenal dengan pengeluaran hasil ternakan iaitu ayam dan khinzir.
Ladang-ladang ternakan ini kebanyakannya terdapat di kawasan Baki dan Tarat. Pada
tahun 2002 ladang-ladang ini mengeluarkan sebanyak 143,969 ekor khinzir dan 4,424,400
ekor ayam pedaging dengan nilai RM43 juta bagi khinzir dan RM36.55 juta bagi ayam
pedaging.
 |
| Bandar Mutiara Tebedu…berpotensi untuk berkembang
maju pada masa hadapan |
Identiti Daerah Serian
Buah durian dan Taman Danau adalah mercu tanda bagi Daerah Serian.Daerah Serian
mempunyai beberapa buah tempat yang menarik untuk dikunjungi, misalnya Ranchan
Pool and Resort yang diusahakan oleh Majlis Daerah Serian.
Pengunjung boleh mandi-manda di sini. Taman rekreasi ini mempunyai air terjun
dan kolam (pool) yang besar dan dalam. Pada penghujung minggu taman ini penuh
sesak dengan pengunjung.
Ladang Teh Mayang;
Ladang Teh ini terletak 20 kilometer dari Bandar Serian. Pengunjung boleh melihat
kebun teh dan cara bagaimana daun teh diproses.
Bandar Baru Mutiara,
Tebedu; Terletak 40 kilometer dari Bandar Serian dan hanya 3 kilometer dari Kompleks
Imigresen Tebedu - Pengunjung boleh membeli-belah di Entikong, Kalimantan Barat
Indonesia.
Kampung Kujang Mawang;
 |
| Pejabat Daerah…Pusat Pentadbiran Kerajaan di Daerah
Serian |
Tempat bersejarah bagi kaum Bidayuh. Di situlah tempat penempatan pertama suku
kaum Bidayuh apabila mereka berpindah dari Kalimantan Barat Indonesia sebelum
berpindah ke kawasan lain seperti Bukar Sadong dan Annah.
Maklumat disediakan untuk RAKAN Sarawak oleh SAO John
Awan, Pejabat Daerah Serian.
|
|
|