|
SMS
Kaedah Penyampaian yang Berkesan
Telefon bimbit digital bukan hanya sekadar
untuk membuat panggilan telefon sahaja malah memiliki pelbagai keistimewaan lain
umpamanya Khidmat Pesanan Ringkas atau Short Messages Service, yang lebih dikenali
dengan singkatan SMS.
Jika dilihat dari aspek telekomunikasi, perkembangan ini adalah satu kemajuan
kerana penyampaian mesej menjadi lebih mudah. Malah terbukti kini bahawa SMS adalah
satu saluran telekomunikasi penghubung di antara dua individu atau dua pihak yang
berkesan dan cepat.
KOMUNIKASI BERKESAN
Mengambil kira keberkesanan ‘medium’ komunikasi ini maka kerajaan telah
bertindak menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai yang boleh dicapai
melalui SMS.
Terbaru ialah pengwujudan perkhidmatan inovatif ‘DAPAT’ yang dilancarkan
oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Kuala Lumpur baru-baru
ini.
Perkhidmatan SMS DAPAT akan membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat dan menghubungi
atau memaklumkan agensi tertentu berkenaan masalah yang mereka hadapi atau kejadian
perlakuan jenayah di sekitar mereka.
Menurut Datuk Seri Najib, produk dan perkhidmatan baru itu boleh digunakan untuk
menangani masalah sosial dengan membuat aduan kepada polis mengenai penderaan
kanak-kanak, kes rogol, cabul kehormatan dan sebagainya. Menurut Najib, SMS merupakan
alat komunikasi yang paling cepat dan cekap untuk memaklumkan kepada agensi-agensi
penguatkuasa seperti polis mengenai kejadian jenayah.
Tegas beliau lagi, sekiranya dimanfaat sepenuhnya, ia boleh menjadi alat berkesan
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang paling selamat untuk didiami.
Cepat dan Tepat
‘DAPAT’ merupakan nombor SMS berpusat yang digunakan oleh banyak agensi
kerajaan, sektor perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media yang boleh
memanfaatkan lebih 10 juta pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar pesanan
untuk mendapatkan maklumat melaluinya.
Melalui SMS ‘DAPAT’ pemilik telefon bimbit yang memerlukan maklumat
daripada sesuatu jabatan kerajaan, hanya perlu menaip kata laluan jabatan kerajaan
terbabit dan menghantarnya kepada ‘DAPAT’atau 32728. Sebagai contoh,
pelanggan yang ingin mendapatkan sesuatu
maklumat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya perlu menaip kata laluan
KDN sebelum menghantarnya kepada ‘DAPAT’ atau 32728.
Semua maklumat yang dikehendaki akan dihantar terus kepada pelanggan melalui telefon
bimbit (tidak melebihi 160 patah perkataan) manakala maklumat melebihi 160 patah
perkataan akan dihantar menerusi alamat e-mel. Setakat ini lebih 30 jabatan kerajaan
serta sektor perniagaan, NGO dan media menjadi menghantarnya kepada ‘DAPAT’
atau 32728.
Setakat ini lebih 30 jabatan kerajaan serta sektor perniagaan, NGO dan media menjadi
pelanggan kepada perkhidmatan itu. Antara jabatan kerajaan yang sudah menjadi
pelanggan perkhidmatan SMS ‘DAPAT’ ialah KDN, Polis Diraja Malaysia
(PDRM) - Kontinjen Kuala Lumpur, Kedah dan Perak, Badan Pencegah Rasuah (BPR)
dan Kementerian Sumber Manusia.
Akhbar The Malay Mail adalah pelanggan dari sektor media yang pertama menyertai
sistem perkhidmatan itu. Radio Malaysia Kuala Lumpur (RMKL), Polis Bandaraya Kuala
Lumpur, Majlis Bandaraya Alor Star dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula
adalah antara organisasi yang menggunakan ‘DAPAT’ sebagai alat untuk
memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
SMS bukan setakat untuk kepentingan dan kegunaan sendiri, tetapi ia merupakan
teknologi maklumat yang mempunyai faedah yang besar. Dalam konteks ini, SMS bukan
sahaja dapat meningkatkan interaksi antara jabatan kerajaan dan orang ramai, tetapi
juga mampu menjadi sistem penyampaian (delivery system) yang cekap seperti memaklumkan
mengenai kelulusan sesuatu permohonan tender atau bayaran
telah dikeluarkan.
Penggunaan SMS juga adalah mudah serta menyeluruh dan orang ramai boleh mendapat
maklumat dengan cepat.
Industri Jutaan Ringgit
Malah pada tahun lalu (2003) sahaja kira-kira enam bilion teks pesanan dihantar
melalui SMS, yang dianggarkan bernilai RM1.2 bilion pada harga standard 20 sen
bagi setiap mesej dan jumlahnya meningkat sekali ganda daripada tahun sebelumnya
(2002). Penggunaan yang meningkat itu menggambarkan ia begitu popular sebagai
salah satu cara berkomunikasi, selain membantu meningkatkan jumlah pelanggan
telefon mudah alih. Malah, pertumbuhan penggunaan SMS dikatakan meningkat lebih
cepat berbanding penggunaan telefon mudah alih itu sendiri, iaitu pada kadar 76
peratus bagi pengguna SMS berbanding hanya 20 peratus setahun bagi pengguna telefon
mudah alih.
Statistik yang diperoleh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) menunjukkan pada 2002, terdapat kira-kira 3.64 bilion SMS dihantar. Manakala,
pada 2003, kira-kira 4.5 bilion SMS dihantar sehingga akhir September. Perangkaan
untuk tiga bulan terakhir bagi tahun lalu belum disahkan (ketika artikel ini ditulis),
tetapi secara purata berdasarkan angka sembilan bulan sebelum itu, jumlah teks
pesanan yang dihantar melalui SMS sepanjang 2003 adalah kira-kira 6 bilion.
Jurucakap SKMM berkata, sukar untuk menentukan nilai sebenar SMS yang dihantar
itu kerana jumlah caj yang dikenakan adalah berbeza mengikut syarikat pengendali,
pakej telefon mudah alih, jenis perkhidmatan yang ditawarkan (peraduan, harga
saham, cuaca dan berita terkini,
atau sebarang perkhidmatan muat-turun). Pertumbuhan menghantar SMS agak luar biasa
kerana ia hanya wujud kurang daripada lima tahun
lalu, ia hanya diperkenalkan pada Oktober 2001. SMS dikatakan menarik perhatian
kerana ia cara mudah untuk menghantar dan menerima maklumat. Malah, mesej yang
sama boleh dihantar kepada ramai pengguna dan mereka pula ada pilihan sama ada
untuk membacanya atau dibiarkan saja.
Guna SMS Semak Saman Trafik
Menyemak saman trafik menerusi SMS adalah antara penggunaan awal perkhidmatan
seumpamanya, ia bagi memudahkan orang ramai menyemak saman trafik dengan lebih
cepat tanpa perlu ke kaunter polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Semakan
boleh dilakukan
dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris dengan menaip nombor pendaftaran
kenderaan.
Kini banyak sektor, sama ada agensi kerajaan atau swasta sejak kebelakangan
ini telah memanfaatkan pengunaan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) dalam usaha
penyampaian maklumat kepada pelanggannya. Misalnya: atau kad pengenalan atau
nombor pendaftaran syarikat, kemudian menghantarkannya ke nombor 1999 dan maklumat
mengenai saman hanya mengambil masa kurang 10 saat.
Guna SMS Semak Status Kemasukan Ke IPTA
Status kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini boleh
diketahui melalui SMS. Perkhidmatan yang dikenali sebagai perkhidmatan UPU -
SMS boleh digunakan oleh semua pengguna telefon bimbit. Bagi tujuan semakan
itu, calon hanya perlu memilih menu Write atau Create Messages pada telefon
bimbit, dan kemudian taip UPU diikuti Nombor Kad Pengenalan dan menghantarnya
ke nombor 70123 bagi pelanggan Celcom dan ke 17777 bagi pelanggan TimeCel. Guna
SMS
Dapatkan Maklumat Korporat
Ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula menyediakan perkhidmatan
maklumat korporat KWSP melalui SMS. Melalui perkhidmatan 24 jam ini ahli boleh
mendapatkan maklumat mengenai skim pengeluaran, pendaftaran sebagai ahli, penamaan,
alamat pejabat KWSP dan saluran untuk membuat pertanyaan.
Ahli perlu menaip KWSP MENU dan menghantarkannya ke 32728. Perkhidmatan automasi
ini akan memberikan jawapan segera kepada pertanyaan yang diperlukan ahli. Selain
itu, ahli juga boleh menerima mesej penting atau hebahan KWSP secara percuma
melalui perkhidmatan SMS ini dengan mendaftarkan nombor telefon bimbit mereka
dengan menaip KWSP DAFTAR dan menghantarkannya ke 32728.
Guna SMS Hantar Aduan Kepada LPKP
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pula sedia menerima aduan daripada
orang ramai melalui SMS dengan menghantarkannya ke 39900. Tujuan pelaksanaan
khidmat SMS itu ialah memudahkan orang ramai membuat sebarang aduan mengenai
tingkah laku pemandu atau lain-lain berkaitan dengan perkhidmatan teksi dan
pengangkutan awam lain di seluruh negara. Orang ramai yang mengirim SMS diminta
supaya menyatakan jenis kenderaan iaitu sama ada bas, lori atau teksi serta
kesalahan, tempat dan juga nombor pendaftaran bagi membolehkan siasatan berjalan
lancar.
Guna SMS Cegah Curi Kenderaan
Sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka,
CELCOM (Malaysia) Sdn Bhd (Celcom) telah memperkenalkan sistem keselamatan dan
pengesan lokasi kenderaan “Raptor” membolehkan pemiliknya menggunakan
SMS untuk membuat arahan kepada kenderaan mereka.
Menerusi Raptor, pelanggan Celcom boleh memberikan arahan untuk mengunci dan
membuka kereta atau menghidup serta mematikan enjin dan alat penghawa dinginnya
menerusi SMS.
Pelanggan hanya perlu menghantar SMS kepada kenderaan menggunakan rangkaian
GSM Celcom dan arahan terbabit akan diterima Raptor untuk dilaksanakan.
|