|
382 Kakitangan Awam Menerima Pingat Perkhidmatan Setia
 |
| Tuan Haji Chaiti Bin Haji
Bolhassan, Setiausaha Tetap, Kementerian Tanah & Pembangunan Luar Bandar |
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan
Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah menyampaikan Pingat Perkhidmatan Setia kepada
382 penerima di majlis penganugerahan pingat di Dewan Banquet, Bangunan Dewan
Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya di sini, pada Februari lepas.
Penganugerahan pingat kerajaan itu diberikan kepada kakitangan perkhidmatan
awam di kedua-dua negeri dan pusat yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya
20 tahun sebagai mengenang jasa mereka kepada kerajaan dan dedikasi terhadap
tanggungjawab.
 |
| Cik Jemaiah Bt. Haji Jol,
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Sarawak |
Mengetuai senarai penerima pada hari
ini ialah Setiausaha Tetap kepada Kementerian Tanah dan Pembangunan Luar Bandar,
Haji Chaiti Bolhassan yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 23
tahun.
Sebelum menjawat jawatan sekarang, Haji Chaiti, 49, adalah Pembantu Ketua Setiausaha
di Unit Pengurusan dan Sumber Manusia dan kemudian Pengarah Unit Sumber Manusia
di Jabatan Ketua Menteri.
 |
| Tuan Haji Rabbani Bin Taib,
STIDC |
Manakala Majlis Penyampaian Pingat
Perkhidmatan Setia yang telah diadakan di Miri pada 30 Mac lalu menyaksikan
seramai 360 orang kakitangan awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 20
tahun daripada 18 buah agensi kerajaan termasuk badan berkanun telah menerima
pingat mereka pada majlis berkenaan.
 |
| En. Robert Lian Aran, Pengarah,
Jabatan Imigresen, Sarawak |
JKR adalah jabatan yang mencatatkan
jumlah penerima paling ramai iaitu seramai 114 orang.
Selebihnya ialah dari Jabatan Imigresen, Jabatan Pendidikan, Lembaga Kemajuan
Bintulu, Jabatan Kesihatan, Pejabat Residen dan Daerah Bahagian Bintulu, Jabatan
Hutan, Jabatan Kehakiman, Jabatan Kastam Di-Raja Malaysia, Jabatan Pertanian,
Majlis Perbandaran Miri, Jabatan Tanah dan Survei, Pejabat Residen dan Daerah
Bahagian Miri, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Penyiaran, Pejabat Residen
dan Daerah Bahagian Kapit, Pejabat Residen dan Daerah Bahagian Sri Aman dan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
|