Welcome Rakan Sarawak March 2003

Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Keutuhan Pentadbiran Tunjang Pembangunan

Mungkin ramai di kalangan kita mengetahui akan wujudnya Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan oleh kerajaan. Namun mungkin tidak ramai yang mengetahui akan signifikannya diwujudkan jawatankuasa ini.

Mungkin ada yang menyatakan kewujudan jawatankuasa ini menggambarkan bahawa perkhidmatan awam kita dalam keadaan ‘tenat’ dan berlakunya gejala seperti rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta lain-lain lagi.

Mungkin benar dan mungkin juga sebaliknya. Jika benar perkhidmatan awam kita mengidap ‘penyakit’ berkenaan, ini tidak pula bermakna ia tidak dapat dikawal atau ‘dibuang’ terus.

Dalam teknologi perubatan moden, boleh dikatakan tiada sesuatu pun yang mustahil. Dari semasa ke semasa para saintis berusaha mencari dan mengenal pasti puncanya serta mencipta ubat dan kaedah baru untuk mengubati pelbagai penyakit.

Begitu juga dengan sistem pentadbiran kerajaan kita. ‘Penyakit’ dalam perkhidmatan awam sememangnya ada. Usaha mengesan, membuang dan merawatnya sentiasa dilakukan. Seperti juga para saintis dan doktor, para pentadbir kita juga telah berusaha mencari puncanya serta mencipta (menggubal) polisi dan prosedur untuk mengatasi ‘penyakit’ ini.

Mengapa ini perlu dilakukan. Ini penting kerana seperti mana penyakit lain seperti kanser dalam tubuh kita, sama ada kanser itu jenis yang tidak merebak ataupun yang merebak, apa yang pasti perjalanan sistem tubuh kita akan terjejas. Kita tidak akan menikmati lagi tahap kesihatan yang baik, kita akan sentiasa mengambil ubat untuk meringankan kesakitan yang kita alami. Keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan perjalanan hidup seharian kita selain memerlukan kita membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan ubat yang berkaitan.

Keadaan yang hampir sama berlaku pada sistem pentadbiran kerajaan jika ‘kanser’ yang terdapat dalam sistem pentadbiran kita itu tidak dibuang. Kanser yang dihidapi oleh seseorang individu itu mungkin menjejaskan orang yang berada di sekelilingnya (secara emosional dan mungkin fizikal) seperti ahli sekeluarga dan saudara maranya tetapi ‘kanser’ yang ada dalam sistem pentadbiran kita menjejaskan seluruh masyarakat.

Mengapa begitu? Sebagai anggota perkhidmatan awam, kita sebenarnya adalah pemegang amanah masyarakat yang memberikan mandat kepada kita untuk menguruskan segala peraturan, undang-undang serta pembangunan bagi pihak mereka, yang matlamat akhirnya untuk mencapai atau menikmati kemakmuran dan kebahagiaan hidup sejajar dengan kehendak atau keperluan emosi dan fizikal.

Sebagai pemegang amanah, secara logiknya kita haruslah amanah dan tidak sepatutnya ada nilai-nilai atau sifat-sifat negatif di dalam melaksanakan amanah itu.

Maka dengan wujudnya jawatankuasa ini, maka kerajaan dapat mengdiagnosnya dan mengetahui setakat mana merebaknya ‘kanser-kanser’ ini dan dalam masa yang sama mencari rawatan yang bersesuaian untuk membuangnya agar tidak menjejaskan ‘anggota’ perkhidmatan awam yang lain.

Jika ‘kanser’ ini tidak wujud, maka jawatankuasa ini berperanan sebagai ‘vitamin’ yang akan menguatkan sistem ‘anggota’ perkhidmatan awam kita.

‘Anggota’ yang sihat akan membolehkan segala perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Current Issue | Archives: 2003: February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | February 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | February 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | February 2000 | February 2000 | January 2000