| |
| Online Publisher: |
 |
| |
| Contents provided by: |
 |
| |
|
|
Jabatan Tanah dan Survei, Sri Aman Anjur Hari Bersama Pelanggan di Lingga
Pendekatan Proaktif antara Jabatan Kerajaan dan Masyarakat
 |
Aktiviti gotong-royong dapat
menjalinkan kerjasama |
Keberkesanan sesuatu perkhidmatan yang
disediakan kerajaan, bergantung kepada bagaimana masyarakat atau pelanggan mengetahui
tentang perkhidmatan tersebut serta memanfaatkannya. Maka kerana itu, kerajaan
telah mengambil langkah proaktif mengadakan beberapa aktiviti seperti Hari Bersama
Pelanggan.
Pendekatan ini secara tidak langsung membolehkan agensi dan jabatan kerajaan turun
padang dan datang kepada masyarakat serta menyebarkan maklumat yang berkaitan
agensi terbabit terus kepada golongan sasaran.
Baru-baru ini, Jabatan Tanah dan Survei, Sri Aman telah menganjurkan Hari Bersama
Pelanggan pada 23 Februari lepas di Pekan Lingga.
 |
| Penyampaian cenderahati kepada
Pegawai Daerah Sri Aman |
Usaha ini memperlihatkan kesungguhan jabatan ini melaksanakan tanggungjawab memberikan
perkhid-matan terbaik kepada penduduk di daerah kecil Lingga.
Program Hari Bersama Pelanggan Jabatan Tanah dan Survei yang diadakan
selama sehari ini juga adalah saluran bagi mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan
oleh jabatan kerajaan ini.
Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara kakitangan Jabatan Tanah
dan Survei dengan masyarakat di samping menyampaikan serta menjelaskan dasar serta
peranan kerajaan terutama berkaitan dengan tanah.
 |
Khidmat kaunter awam diserbu
oleh orang awam |
Seramai kira-kira 250 orang penduduk dari Kampung Lingga, Banting, Kerpok, Seduku,
Benan Batu, Tanjung Aboi, Sungak, Bakong, Pulau Seduku, Rumah Panjang Bakong dan
Stirau telah memberikan sambutan menggalakkan dengan datang beramai-ramai ke Program
Hari Bersama Pelanggan bagi mengetahui secara dekat Jabatan Tanah dan Survei Sri
Aman. Ia memberikan kesempatan kepada masyarakat mendapatkan penjelasan dan penerangan
secara terus dengan pegawai yang berkaitan.
Masyarakat juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang beberapa perkara antaranya
isu pengambilan tanah secara berkelompok, pengambilan balik tanah dan pengukuran
kampung tradisi dan hal berkaitan dengan tanah.
Pelbagai aktiviti telah disusun yang bermula seawal jam 6.30 pagi hingga 10.30
malam. Antara aktiviti tersebut ialah acara senamrobik, gotong-royong, pelancaran/
perasmian Hari Bersama Pelanggan, pameran mini, khidmat kaunter dan taklimat mengenai
polisi serta isu tanah.
Antara cawangan dalam Jabatan Tanah dan Survei yang terlibat pada hari tersebut
ialah cawangan penilaian, cawangan perancangan, cawangan tanah, cawangan survei,
cawangan penyelesaian, cawangan pendaftaran termasuk seksyen hasil dan unit perhubungan
awam.
 |
| Ceramah agama juga diselitkan
dalam program Hari Bersama Pelanggan |
Turut hadir pada Majlis Pelancaran Hari
Bersama Pelanggan tersebut ialah Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman, Encik
Brahim Lumpu, Pegawai Daerah Sri Aman, Encik Arfan Haji Ahmad dan Pegawai Tadbir
Daerah Kecil Lingga, Encik Awang Shukri Awang Arshad.
Upacara simbolik penanaman dan penyerahan pokok hiasan turut diadakan selepas
itu yang telah disampaikan oleh pegawai daerah Sri Aman kepada penghulu, ketua-ketua
kaum dan tuai-tuai rumah.
|
|
|