Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
E-Syariah Tingkatkan Kecekapan Mahkamah Syariah Di Malaysia
…Bukti Kepakaran Tempatan, Perisian Aplikasi Dibangunkan oleh SAINS


E-Syariah…suatu usaha ke arah kerajaan elektronik

Penggunaan teknologi moden seperti teknologi maklumat dan komunikasi tidak dapat dinafikan mampu meningkatkan kualiti dan kecekapan sesuatu perkhidmatan. Perkara inilah yang ingin dicapai dalam pengenalan aplikasi E-Syariah yang menandakan kemajuan dalam pentadbiran hal-ehwal Islam terutama keberkesanan pengendalian kes-kes perundangan di Mahkamah Syariah di negara kita.

E-Syariah telah dilancarkan pada 7 Februari 2003 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, di Putra Jaya.

E-Syariah adalah hasil kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selaku agensi peneraju pembangunan aplikasi E-Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) selaku agensi pelaksana, Sarawak Information System (SAINS) serta anak syarikatnya, SiliconNet Technology diberi kepercayaan selaku pihak yang membangunkan sistem tersebut.

Perdana Menteri berkata pelancaran E-Syariah ini bertujuan memastikan pentadbiran hal-ehwal Islam terus dilengkapkan dengan teknologi terkini untuk menjadikannya sesebuah organisasi dan jentera kerajaan yang mampu menangani cabaran dan harapan baru.

Menurut Perdana Menteri, lebih membanggakan, aplikasi E-Syariah merupakan satu-satunya aplikasi Mahkamah Syariah yang terbukti mampu dibina oleh kepakaran anak tempatan (SAINS) tanpa memerlukan kepakaran luar negara.

Selain itu, Perdana Menteri menyeru umat Islam supaya menguasai bidang ICT bukan sahaja bagi memanfaatkan kehidupan mereka, malah untuk membuktikan keupayaan kita bersaing dan tidak seharusnya menjadi pengguna semata-mata.

YAB Perdana Menteri Malaysia diberi taklimat tentang sistem ‘E-Syariah’

E-Syariah menurut Perdana Menteri, mampu menegakkan keadilan kerana ia mampu mempercepatkan sesuatu kes itu diadili kerana kelewatan mengadili sesuatu kes akan menidakkan keadilan. Menurut beliau lagi, penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat adalah sebahagian daripada penyelesaian tersebut.

Sementara itu menurut Ketua Pengarah MAMPU, Dr Muhammad Rais Abdul Karim, E-Syariah direka khusus bagi mempertingkatkan pengurusan sesuatu kes, penyeragaman proses melibatkan pendaftaran peguam syarie menerusi enam aplikasi.

Secara keseluruhannya, dengan adanya E-Syariah ia dapat meningkatkan kecekapan operasi Mahkamah Syariah di negara ini.

Terdapat 6 aplikasi di bawah E-Syariah yang dibangunkan oleh SAINS iaitu

- Sistem Pengurusan Mahkamah, yang membolehkan pentadbir (Mahkamah Syariah) menyeragamkan proses pendaftaran kes bagi mengurangkan karenah birokrasi dan mempercepatkan perjalanan sesuatu kes.

- Sistem Automasi Pejabat. Sistem ini mengandungi aplikasi helaian kerja, pemprosesan kata serta beberapa aplikasi lain yang mampu meningkatkan kecekapan operasi harian khasnya bagi Hakim, Pendaftar dan Kakitangan Mahkamah Syariah.

- Sistem Pendaftaran Peguam Syarie, yang akan memudahkan urusan permohonan dan pembaharuan sijil amalan peguam syarie.

- Sistem Pengurusan Perpustakaan, yang lebih berasaskan laman web akan membolehkan pengguna mencari maklumat, urusan pemulangan dan peminjaman buku secara dalam talian.

- Portal E-Syariah, sebuah gerbang maklumat yang menyediakan khidmat maklumat terkini kepada orang awam membuat pertanyaan dan mengira faraid (pembahagian harta pusaka) secara talian.

- Rantaian Elektronik, yang menghubungkan secara elektronik semua Mahkamah Syariah dengan agensi lain seperti Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Imigresen dan Polis.

E-Syariah kini berada dalam fasa kedua pelaksanaannya dan akan melalui sebanyak 6 fasa lagi yang akan berakhir pada pertengahan 2005. Semua Mahkamah Syariah akan dihubungkan dengan sistem ini dan dijangka dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan di Mahkamah Syariah di negara ini.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Current Issue | Archives: 2003: February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | February 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | February 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | February 2000 | February 2000 | January 2000