Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA),
Sarawak
 |
| Para peserta sedang mengikuti
Kursus Asas Pengenalan RELA Siri 4/5/2003 |
Objektif Penubuhan RELA
Membentuk sebuah jentera keselamatan berbentuk sukarela sebagai usaha mengembeleng
penglibatan rakyat dalam membantu memelihara keamanan dan keselamatan negara
Visi RELA
Negara sentiasa dalam keadaan aman dan kesejahteraan
Misi RELA
Membantu agensi keselamatan supaya keamanan dan keselamatan negara terkawal
melalaui peglinbatan rakyat dalam pasukan RELA
Perjuangan rakyat dalam menegakkan keselamatan
dan kedaulatan negara tidak seharusnya dipandang ringan.
Penubuhan RELA dilihat sebagai memberi kesempatan kepada rakyat jelata yang taat
setia untuk tampil ke hadapan menganggotai sebuah Agensi Keselamatan Kerajaan
yang diwujudkan bagi membantu memelihara dan mempertahankan keselamatan dan keamanan
negara.
Penubuhannya adalah selaras dengan falsafah dan keyakinan bahawa tanggungjawab
mem-pertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara adalah di tangan rakyat Malaysia
sendiri dengan setiap rakyat memainkan peranan masing-masing
RELA ditubuhkan pada 11 Januari 1972 di bawah Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat
1964 Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia) 1974.
Penubuhan RELA berobjektifkan untuk membentuk sebuah jentera keselamatan berbentuk
sukarela bagi menjaga atau memelihara keselamatan dan keamanan negara.
RELA merupakan salah sebuah daripada agensi dalam Kementerian Dalam Negeri.
Keanggotaan RELA Di Sarawak
Di Sarawak, operasi RELA terbahagi kepada 32 daerah (sila rujuk Jadual 1) dengan
bilangan anggota seramai 43,690 orang.
Daripada jumlah itu, 84.3% adalah lelaki (Relawan) dan 15.7% adalah wanita (Relawati).
Peranan Utama RELA
Peranan RELA terbahagi kepada dua iaitu :
- peranan semasa darurat dan
- peranan semasa aman
Peranan Semasa Darurat
 |
| Antara projek kebajikan yang
dijalankan RELA dalam menaiktarafkan kemudahan di luar bandar |
Anggota-anggota RELA yang telah dilatih
diberi kesedaran bahawa kewujudan pasukan RELA adalah sebagai langkah kerajaan
untuk mengembeleng tenaga rakyat jelata dalam menghadapi situasi kecemasan/darurat
yang boleh mengancam kedaulatan dan kemerdekaan negara.
Peranan Semasa Aman
Peranan RELA semasa aman terbahagi kepada :
- bidang keselamatan
- mengumpul dan menyampaikan maklumat penting kepada agensi-agensi kerajaan
seperti jabatan Kastam DiRaja Malaysia, PDRM, Jabatan Imigresen dan lain-lain
agensi kerajaan.
- menjalankan rondaan/membantu pencegahan jenayah
- membuat tangkapan (jika perlu) untuk diserahkan kepada pihak berkuasa
Projek Bakti RELA
RELA turut memainkan peranan sebagai
agensi yang membantu membangunkan masyarakat melalui aktiviti-aktivitinya seperti
Projek Bakti RELA.
Projek Bakti RELA merangkumi aktiviti menderma darah, pemulihan/pembinaan rumah
orang daif/miskin.
Melalui projek ini juga RELA membantu dalam menyediakan beberapa kemudahan asas
seperti sistem bekalan air bersih, membantu membina taman rekreasi serta titi
dan jeti.
Selain itu RELA turut terlibat dalam membantu menangani serangan musuh tanaman
selain turut terlibat aktif dalam projek penjagaan alam sekitar terutamanya
menanam pokok.
 |
| Jalinan kerjasama antara
RELA bersama pasukan polis dalam mengadakan operasi sekatan jalan raya |
Projek Ekonomi RELA
RELA turut berusaha membantu anggota-anggotanya dalam meningkatkan tahap hidup
dan ekonomi keluarga.
Untuk itu RELA Sarawak telah menjalankan beberapa projek seperti:
- Projek kolam ikan
- Projek kolam udang
- Projek menanam sayur
- Projek tanaman limau dan
- Perusahaan kecil membuat kuih
Latihan
Untuk mempertingkatkan kemantapan dan kewibawaan, beberapa rancangan dan pendekatan
telah dilaksanakan seperti pakaian seragam, alat-alat dan kelengkapan dan lain-lain.
Latihan juga diperhebatkan bagi mewujudkan satu pasukan yang terlatih dan berwibawa
melalui program-program yang bersuaian dengan keadaan semasa secara berterusan.
Setiap tahun RELA mengendalikan kira-kira 14 jenis kursus/latihan kepada anggotanya.
Antara kursus/latihan terbabit ialah :
- Kursus Asas Pengenalan
- Kursus Asas RELA
- Kursus Gerak saraf/Perang saraf (RELA) bersama Jabatan Kastam, Imigresen dan
Agensi Dadah Kebangsaan
-
Kursus Ulangkaji Pengenalan Senjata Api
- Kursus Kawalan Pantai
Di Sarawak sejak 1999, seramai kira-kira
10,344 anggota RELA telah menjalani kursus.
Pusat Operasi RELA - Pasukan Kawalan
Sempadan/Pantai
 |
| Nekad bagi memastikan negara
sentiasa dalam keadaan aman dan sejahtera |
Sejajar dengan peranannya membantu
memelihara keselamatan dan mengekalkan keamanan, RELA turut menyumbang bakti
mengadakan kawalan di beberapa kawasan di sempadan dan juga pantai.
Bagi kita di Sarawak, RELA Sarawak akan menempatkan beberapa anggotanya di beberapa
kawasan sempadan seperti di :
- Telok Melano
- Biawak
- Serikin
- Tebedu
- Bunan Gega
- Lachau
- Batu Lintang
- Lubok Antu
- Long Semado
Kira-kira 160 anggota RELA Sarawak di daerah berkenaan telah dipilih untuk menjalani
latihan yang berkaitan.
Perancangan Stategik RELA Sarawak
Pentadbiran
RELA Sarawak telah merancang beberapa aktiviti untuk bahagian ini bagi tahun
2003, antaranya ialah akan mengadakan mesyuarat Ketua Perhubungan RELA Malaysia/Ketua
Platun Malaysia selain menganjurkan sambutan Hari RELA Ke-31 Peringkat Negeri.
Latihan
Melatih lebih ramai anggota RELA Sarawak.
Projek Bakti RELA
Meluaskan lagi projek sebegini ke kawasan-kawasan lain.
Aktiviti Keselamatan
Meningkatkan lagi kerjasama dengan pasu-kan keselamatan lain
Perakam Waktu
- Mengadakan Hari Keluarga RELA.
- Memperbanyakkan Projek Ekonomi RELA
- Projek Ekonomi RELA adalah salah satu aktiviti yang dijalankan bagi membantu
ahli-ahli RELA untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing melalui beberapa
kegiatan ekonomi seperti berkebun sayur dan sebagainya. Di sini, RELA akan membantu
misalnya dari segi pemasaran, khidmat nasihat dan sebagainya.
Cabaran
Seperti juga organisasi lain, RELA Sarawak turut mengenalpasti beberapa cabaran
yang harus ditangani dengan sempurna bagi membolehkan ia berfungsi dan beroperasi
dengan lancar.
Antaranya ialah :
- menguruskan pentadbiran pasukan keselamatan bercorak sukarela ini semasa aman.
- memberikan latihan yang sem-purna, cukup dan bersesuaian kepada semua anggotanya.
- mengekalkan minat ahli-ahlinya.
- memupuk kerjasama di antara ahli yang berbilang kaum.
- masalah pelepasan anggota RELA yang berkhidmat di dalam perkhidmatan awam dan
swasta.
Jadual 1
| Bahagian |
Bilangan Daerah |
| Kuching |
5 |
| Samarahan |
4 |
| Sri Aman |
2 |
| Betong |
2 |
| Sarikei |
3 |
| Sibu |
4 |
| Mukah |
5 |
| Kapit |
3 |
| Bintulu |
1 |
| Miri |
1 |
| Limbang |
2 |
| Jumlah |
32 |
|