Semangat kerjasama berpasukan dan gabungan tenaga pelbagai agensi kerajaan memperlihatkan kejaya-an penganjuran Majlis Pelancaran Bahagian
Mukah dan Betong pada 1 dan 26 Mac 2002 lalu dan aktiviti berkaitan bersempena Pelancaran Bahagian tersebut.
Kesungguhan pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam menganjurkan program penana-man pokok sempena
Hari Arbor 2002 pada 3 Mac 2002 adalah suatu usaha murni yang perlu diteruskan dalam menjamin penghijauan alam sekitar.
Majlis Pelancaran Kejiranan Mesra Sungai Maong pada 24 Mac 2002 menan-dakan satu lagi kejayaan program Kejiranan Mesra kerana ini merupakan
kesinam-bungan aktiviti kedua program tersebut. Kejiranan Mesra Sungai Maong memilih tema P3K (Pameran Kesedaran, Keselamatan dan Kesihatan).
Pelancaran kejiranan Mesra di Kampung Patinggan pada 20 Februari 2002, sebelumnya memilih tema IT.