|
Lawatan Kerja Residen Di Bintulu
Sempena MesyuaratTimbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Perancangan & Pemban-gunan) Bersama Residen Bil 1/2002 di Pejabat Residen Bintulu, 13 Mac 2002 yang lalu, YBhg. Datu Wilson Baya Dandot bersama Pengarah Project Implementation & Monitoring Unit (PIMU), En. Ismawi Ismuni dan Residen seluruh Bahagian telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa projek di Bintulu pada 12 Mac 2002.
 |
 |
| Datu Wilson dan rombongan menumpukan perhatian ke atas taklimat yang diberikan oleh pihak Austral Enterprise Berhad |
Datu Wilson mengadakan perbincangan dengan semua Residen |
Lawatan kerja yang diatur pada 12 Mac 2002 lalu melibatkan lawatan ke Ladang Austral yang bertujuan untuk mengetahui tentang status, isu dan masalah dalam pembangunan ladang dan meninjau serta mendengar taklimat tentang status, isu dan pelaksanaan Pembinaan Projek SMK Baru, Bintulu
Pandangan di sekitar ladang Austral
 |
|