Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

"Kajian Sosio-ekonomi, Kejiranan", Tingkatkan persepsi perkhidmatan DBKU

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran Am dan Sumber Manusia), YBhg Datu Haji Salleh Haji Sulaiman menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara DBKU dan SDI. DBKU diwakili oleh Datuk Bandar Kuching Utara, Haji Madehi Kolek manakala SDI diketuai oleh Penyelidik Kanan, Dr Daniel Chiew
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sentiasa berusaha untuk meningkatkan perkhidma-tan ke peringkat lebih baik dan memantapkan program pemban-gunan masyarakat setempat dalam kawasan pentadbirannya.

Atas dasar tersebut, satu kajian mengenai sosio-ekonomi dan kejiranan akan dilaksanakan bagi mengenal pasti dan menilai persepsi dan jangkaan warga kotanya terhadap DBKU.

Menurut Datuk Bandar, Haji Madehi Kolek, kajian yang akan mengambil masa selama 9 bulan tersebut dipertanggungjawabkan kepada Institut Pembangunan Sarawak (SDI). Kajian ini turut menganalisa tahap kejiranan di kalangan penduduk.

Kajian ini begitu penting kerana ia akan dijadikan garis panduan polisi bagi mengeratkan hubungan di antara masyarakat dengan DBKU. Ia juga turut membantu DBKU dalam memahami keper-luan dan jangkaan penduduk dalam usaha DBKU memainkan peranan lebih efektif sebagai pihak berkuasa tempatan dalam menye-diakan perkhidmatan berkualiti.

Selain itu, kajian ini turut memudahkan pihak DBKU dalam merangka penglibatan program pembangunan sosial masyarakat setempat melalui Program-Program Kejiranan. Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar yang diadakan selepas Majlis Menanda-tangani Perjanjian persefahaman men-genai "Kajian Sosio Ekonomi dan Kejira-nan di Kawasan Bandaraya Kuching Utara" di antara DBKU dan SDI pada 28 Mac 2002.

Datuk Bandar DBKU, juga menam-bah betapa pentingnya penglibatan dan kerjasama semua pihak yang akan terlibat terutamanya beberapa buah kampung bagi menjamin kesahihan hasil kajian ini.

Majlis ini disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran Am dan Sumber Manusia), YBhg Datu Haji Salleh Haji Sulaiman.

DBKU diwakili oleh Datuk Bandar Kuching Utara, Haji Madehi Kolek manakala SDI diketuai oleh Penyelidik Kanan, Dr Daniel Chiew.

Kerjasama yang wujud dan inisiatif pihak DBKU ini, membuktikan usaha berterusan pihaknya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan memastikan pandangan dan persepsi masyarakat turut dinilai.

Usaha dan aspek penerimaan masyarakat terhadap program kejiranan yang dikaji, turut memberi peluang bagi DBKU merangka program kejiranan yang lebih mantap.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998