Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Jabatan Bomba dan Penyelamat
Iktiraf Sumbangan dan Pengorbanan Anggotanya

Kepakaran dan pengetahuan semata-mata tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan sikap dan etika yang positif di kalangan semua pegawai dan lain-lain anggota kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato' Jaafar Sidek bin Tambi.

"Kualiti kerja yang cemerlang merupakan asas yang kukuh bagi meningkatkan imej jabatan di peringkat antarabangsa di samping mesra rakyat. Dengan itu jabatan amat menekankan aspek penerapkan nilai-nilai yang dinamik dan bertindak proaktif serta melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kemahiran."

YAS Prof. Dato' Jaafar Sidek bin Tambi sedang memeriksa perbarisan kehormat sempena Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Bomba di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Kuching Penyampaian Pingat PCB kepada salah seorang ahli bomba kanan
"Kewujudan satu set nilai yang dikongsi dan diamalkan bersama oleh anggota adalah asas bagi mengekalkan imej jabatan yang cekap, berkesan, bersih, dan berdisplin. Pemupukan nilai positif ini adalah pemangkin ke arah perubahan sikap yang perlu bagi menjayakan usaha-usaha pembaharuan."

"Hasil yang diharapkan ialah pembentukan satu budaya prihatin kepada kehendak pelanggan di samping mempunyai hasil kualiti kerja yang cemerlang dalam jabatan," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Peyampaian Pingat Kebesaran Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Negeri Sarawak di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Negeri Sarawak, Saruji bin Hj Asri, dalam ucapan aluannya berkata, setiap pegawai dan anggota hendaklah mempunyai kualiti kerja yang cemerlang agar kita dapat meningkatkan imej jabatan di mata masyarakat dan di Sarawak ini khasnya.

Dalam majlis itu seramai 20 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terdiri daripada pegawai dan lain-lain anggota menerima pingat kebesaran iaitu seorang penerima Pingat Jasa Bomba (PJB), Pingat Setia Bomba (PSB) enam orang dan 13 orang penerima Pingat Cemerlang Bomba (PCB).

Penganugera-han pingat kebe-saran ini adalah satu penghargaan kepada anggota yang telah ber-khidmat dengan baik di samping telah memberikan sumbangan serta pengobanan yang bernilai kepada jabatan.

Berikut adalah senarai penerima Pingat Kebesaran Bomba :

1. Zamri bin Ibrahim (Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan;

Bekas Tim. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak) PJB

2. Rashid bin Suhaili (Pusat Latihan Bomba Wilayah Sarawak) PSB

3. Sylvester Gak Ak Atong (Balai Bomba Saratok) PSB

4. Wasli bin Nor (Balai Bomba Kapit) PSB

5. Khoo Lam Sin (Balai Bomba Serian) PSB

6. Rawan bin Karti (Balai Bomba Marudi) PSB

7. Lawrence Lugap (Balai Bomba Sarikei) PSB

8. Hj Maydan bin Awang Amat (Balai Bomba Miri) PCB

9. John Ding (Balai Bomba Miri) PCB

10. Kho Tow Ming (Balai Bomba Petra Jaya, Kuching) PCB

11. Sahdan bin Salleh (Balai Bomba Limbang) PCB

12. Lee Sze Leong (Balai Bomba Batu Lintang, Kuching) PCB

13. Chee Wee Liam (Balai Bomba Sarikei) PCB

14. Sapuan bin Bakot (Balai Bomba Padungan, Kuching) PCB

15. Wong Peng Soon (Balai Bomba Sibu) PCB

16. Yupat ak Yambun (Balai Bomba Limbang) PCB

17. Brahim bin Ariffin (Balai Bomba Simunjan) PCB

18. Mohamad bin Sahari (Balai Bomba Padungan, Kuching) PCB

19. Jaree bin Mohamad (Balai Bomba Batu Lintang, Kuching) PCB

20. Kathy Kiew Siew Hua (Balai Bomba Padungan, Kuching) PCB

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998