Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

PUSAKA : Tunjang Pembangunan Industri Perkayuan Sarawak

En. Len Talif Salleh, Pengurus Besar PUSAKA
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) telah ditubuhkan pada Jun 1973 di bawah Ordinan Perbadanan Perusahaan Kemajuan Kayu Sarawak 1973. Penubuhannya dilaksanakan di atas saranan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Bangsa-Bangsa Bersatu setelah menjalankan inventori hutan secara menyeluruh pada tahun 1968 hingga 1972.

PUSAKA antara lain mempunyai fungsi bagi mengiatkan perkembangan industri perkayuan seperti yang dirancangkan di seluruh Sarawak mengikut kadar kepentingan ekonomi, kewujudan modal dan kepakaran teknikal serta pengurusan sumber hutan secara berkesan.

Usaha PUSAKA

Selaras dengan tujuan penubuhannya, PUSAKA sentiasa memainkan peranan penting dalam merangka dan melak-sanakan dasar, pelan dan strategi untuk pembangunan industri perkayuan selaras dengan visinya sebagai pemimpin dan penggerak in-dustri perkayuan di Sarawak.

Pemandangan di kaunter Ibu Pejabat PUSAKA di Wisma Sumber Alam
Justeru, PUSAKA telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan seperti pem-bangunan infra-struktur, insentif kewangan, latihan industri, program pembangunan industri kecil dan sederhana, pendaftaran, pemeringkatan, projek usahasama, program kesihatan dan keselamatan serta projek penanaman ladang hutan.

Pelaksanaan, penyelarasan dan pengumpulan data-data serta pengawalan aktiviti-aktiviti berkaitan perdagangan kayu juga dilakukan oleh agensi ini. Ia selaras dengan tanggungjawab PUSAKA untuk membangun dan memajukan industri berasaskan kayu secara moden merangkumi bidang pembuatan dan pemprosesan yang bertujuan mengeluarkan barangan kayu yang bermutu agar dapat bersaing di pasaran tempatan dan di luar negara.

Usaha membangunkan sosio-ekonomi dan sumber manusia di negeri ini juga tidak ketinggalan. Malah, PUSAKA sentiasa membuka peluang usahasama dalam industri perkayuan di negeri ini melalui misi perdagangan dan risikan maklumat yang dianjurkan ke luar negara.

Peranan dalam Industri Kecil dan Sederhana

PUSAKA turut berperanan dalam melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang dinamik dan berdaya saing dalam industri berasaskan kayu-kayan selaras dengan Wawasan 2020.

Bagi melaksanakannya, PUSAKA berganding bahu dengan Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri dan Jabatan Kerja Raya melalui 'Program Pembangunan Vendor Perabot'. Ia disokong dengan aktiviti-aktiviti termasuklah penyediaan 'Kompleks Industri Perkayuan' untuk menempatkan para usahawan menjalankan operasi mereka, memberi khidmat nasihat teknikal dan bimbingan, mengadakan latihan dan kursus dalam bidang pengurusan dan teknikal serta mempromosikan produk usahawan melalui ekspo dan pameran.

Bandar Baru Tanjung Manis

Sebahagian daripada produk industri perkayuan yang dipamerkan di Muzium PUSAKA
PUSAKA terlibat secara langsung dalam pembangunan Bandar Baru Tanjung Manis, 13 km dari muara Batang Rajang.

Bandar ini merupakan Kompleks Perkayuan Bersepadu yang pertama di Malaysia dengan tujuan membangunkan industri perkayuan melalui penggunaan kayu secara optimum, mengurangkan eksport balak dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Beberapa industri baru juga telah dan akan terus dimajukan di sini. Antaranya ialah Kompleks Perikanan Laut Dalam, industri perkapalan, pusat eksport hasil pertanian dan perikanan, akuakultur dan industri pelancongan.

Syarikat-syarikat asing yang melabur di sini juga diberi insentif daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan bagi menarik minat pelabur.

Perasmian Lapangan Terbang Tanjung Manis pada 14 September 2001 juga merupakan detik membang-gakan kerana telah meman-tapkan serta memudahkan sistem perhubungan ke bandar baru ini, terutamanya kepada pelabur serta pelawat.

Serentak dengan tarikh perasmian tersebut, PUSAKA juga telah dianugerahkan Sijil MS ISO 9000 yang telah disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak di atas kejayaan mencapai dasar kualitinya iaitu 'Komited ke arah memberi perkhidmatan yang berkualiti secara profesional selaras dengan objektif PUSAKA demi kepuasan pelanggan'.

Pada masa hadapan, PUSAKA akan terus komited dan memainkan peranan aktif bagi memantapkan perkhidmatan serta peranannya dalam mem-bangunkan negeri ini, khususnya dalam industri perkayuan ke arah yang lebih cemerlang.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998