A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
ransformasi Perkhidmatan Awam

Majlis Perjumpaan kita pada petang ini merupakan yang julung kali pernah diadakan sejak saya memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan saya rasa pertemuan seperti ini sangat penting kerana memberi peluang kepada kita untuk mengenal pasti isu-isu dan masalah-masalah yang saya rasa perlu kita tangani.

Majlis seumpama ini boleh menyemarakkan lagi semangat perkhidmatan bersepadu tidak kira sama ada kita pegawai persekutuan atau negeri. Apa yang penting ialah kita dapat mencapai tujuan dan wawasan yang kita mahu.

Majlis seperti ini juga dapat mempertingkatkan jalinan mesra dan semangat kerjasama di kalangan kita lebih-lebih lagi apabila kita dapat mengamalkan konsep organisasi tanpa sempadan.

Pertemuan seperti ini juga merupakan landasan untuk kita bertukar-tukar fikiran dan idea. Kita mahu sesi ini merupakan dialog dua hala membolehkan kita berkongsi fikiran, pengalaman atau pun masalah yang kita rasa tidak dapat diatasi tanpa dengan adanya perbincangan di antara satu sama lain. Mungkin ada di antara kita yang mempuyai pengalaman yang sama dan telah dapat mengatasi masalah itu dan mungkin dengan itu kita dapat menyelesaikan banyak masalah dengan pertemuan dan perbincangan dan saya rasa juga banyak di antara kita yang belum mengenali di antara satu sama lain dan ini merupakan peluang terbaik untuk kita berkenalan terutama di antara pegawai kerajaan negeri dengan pegawai kerajaan persekutuan.

Di dalam perutusan saya hari ini, saya ingin menyentuh tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan disiplin, keselamatan maklumat dan kerja berpasukan.

Perkara pertama ialah mengenai imej perkhidmatan awam kita. Bagaimanakah kita dapat mempertingkatkan perkhidmatan awam kita? Kebelakangan ini ramai yang menyatakan bahawa Perkhidmatan Awam telah meningkat mutu perkhidmatannya kerana kita telah berusaha ke arah itu. Kita telah melaksanakan MS ISO 9000 misalnya, kita telah buat pelbagai proses reenginering dan sebagainya dan kita juga telah mengadakan program pembangunan sumber manusia dengan lebih gigih lagi. Terdapat ramai kakitangan awam kini yang memiliki ijazah sarjana dan cekap di dalam pelbagai bidang oleh kerana usaha-usaha tersebut.

Pada masa yang sama, ada juga kita mendengar komen yang menyatakan bahawa Perkhidmatan Awam tidak seperti Perkhidmatan Awam dahulu. Anggota Perkhidmatan Awam kita sekarang lebih meterialistik dan tidak peduli lagi tentang memberikan perkhidmatan berkualiti, bersikap tidak prihatin, kurang disiplin dan sebagainya. Perkara seperti ini mungkin kita dengar, dan kekurangan atau kelemahan ini boleh menjejaskan imej kita. Maka oleh itu patut kita berfikir bagaimana caranya kita dapat menangani keadaan ini, melawan dan seterusnya membendung imej negatif sebegini daripada berlaku.

Saya dapati kini semakin banyak kes disiplin yang telah dilaporkan. Kes-kes disiplin ini juga telah bertambah dari setahun ke setahun. Mengapakah ini berlaku? Mungkinkah benar apa yang dikatakan bahawa Perkhidmatan Awam kita kurang disiplin. Ini mungkin berlaku kerana kini kita lebih cekap menangkap mereka yang membuat salah atau lebih ramai yang berani membuat laporan. Mungkin juga pada masa sekarang lebih banyak peluang untuk melakukan penyelewengan. Lebih banyak peluang kerana kakitangan kerajaan telah diberikan lebih banyak tugas bukan sahaja sebagai pentadbir tetapi juga pelaksana projek, kini kita diberi tanggungjawab untuk melakukan pembangunan dan kadang kala keadaan ini membuka ruangan dan peluang kepada pegawai-pegawai awam untuk menyeleweng.

Sebagai pegawai tinggi kita harus memikirkan bagaimana kita boleh meningkatkan imej Perkhidmatan Awam. Kita mesti memiliki nilai-nilai murni seperti keutuhan, kreadibiliti, bersih, cekap dan amanah. Mereka yang tidak ada kreadibiliti, yang tidak bersih, yang tidak amanah tidak harus berada di dalam Perkhidmatan Awam.

Ini adalah kerana mereka boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam. Tanpa nilai-nilai ini, Perkhidmatan Awam kita akan terumbang-ambing, akan tidak tentu arah seperti yang kita lihat di negara lain. Kita boleh saksikan situasi di negara di mana perkhidmatan awamnya korup ... apa yang berlaku di sana? Amat sukar bagi pelancong untuk ke sana apa lagi pelabur? Keadaan seperti ini yang harus kita jaga daripada berlaku.

Dengan penerapan nilai-nilai baik di dalam perkhidmatan awam kita, anggota Perkhidmatan Awam akan dapat menjalankan kerja mereka dengan penuh dedikasi, beriltizam dan beretika.

Saya juga ingin menekankan tentang nilai keutuhan dan ketelusan. Seperti yang kita tahu kebelakangan ini kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri telah mengambil langkah yang serius terhadap isu keutuhan dan ketelusan di dalam perkhidmatan awam.

Apakah yang dimaksudkan dengan ketelusan? Adakah ia bermaksud orang awam perlu tahu setiap apa yang kakitangan awam lakukan? Saya harap tidak kerana jika demikian, kita akan melanggar akta rahsia rasmi.

Adakah apa sahaja keputusan kita buat perlu diketahui oleh orang ramai? Saya rasa ini juga bukan. Apa yang perlu telus ialah proses kerja kita iaitu orang awam yang memerlukan perkhidmatan daripada kita tahu apa proses yang perlu dilalui dan bagaimana mendapatkannya. Proses ini tidak patut kita sembunyi daripada umum. Masyarakat perlu tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan.

bersambung di muka surat 4

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998