Rakan Sarawak March 2001
   
 
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Kekalkan Profesionalisme Dalam Perkhidmatan Awam

Lawatan PM... eratkan lagi hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam di negara ini disaran mengekalkan terus sikap profesionalisme mereka di dalam menjalankan tugas.

Perdana Menteri, Datuk Patinggi Dr. Mahathir Mohamad berkata demikian pada majlis perjumpaan dan sesi dialog bersama pegawai kerajaan di Kuching, 24 Februari 2001.

Menurut Dr. Mahathir lagi, terdapat golongan tertentu yang sedang berusaha menghasut anggota-anggota perkhidmatan awam agar tidak setia dengan kerajaan yang memerintah bermatlamat untuk menjatuhkan kerajaan.

“Kita jangan mudah terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh mereka yang tamak kuasa dan ingin mendapat tempat bagi diri mereka sendiri.”

“Bukan kerana fitnah itu mempunyai asas tetapi kerana ia merupakan satu pendekatan untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan sekaligus menjatuhkan kerajaan,” katanya.

“Malang bagi kita kerana ada usaha ini di Malaysia dan usaha ini berkesan juga kerana kita dapati bukan sahaja ada orang yang tidak menyokong urusan kerajaan bahkan juga cuba menggagalkannya.”

“Ini akan menjadikan sistem pentadbiran kita lemah dan kita tidak dapat menyalurkan pembaharuan untuk kemajuan rakyat dan negara.”

Perdana Menteri berkata apabila pegawai-pegawai pentadbiran awam terpengaruh dengan hasutan golongan itu maka matlamat kerajaan untuk membangunkan negara akan terbantut dan seterusnya menghalang negara daripada mengejar kemajuan.

Terdapat ramai juga yang tertipu dengan helah mereka akan tetapi rakyat Malaysia masih lagi berfikiran waras dan tidak mudah terpengaruh dengan mereka.

Disanjungi... orang ramai menyambut mesra kedatangan PM yang mengadakan lawatan rasmi ke Sarawak baru-baru ini.
Sehubungan itu kata Perdana Menteri, pegawai kerajaan perlu bersikap profesional dan tidak mudah terpengaruh dengan fahaman politik tersebut sehingga boleh menggagalkan segala rancangan pembangunan yang dirancangkan untuk kemajuan negara.

“Mereka berpen-dapat bahawa tugas mereka ialah menyokong kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat mempunyai keteguhan perundangan yang dihormati oleh semua pentadbir sama ada di dalam pentadbiran awam mahu pun tentera.”

“Pentadbiran kita adalah pentadbiran yang profesional yang men-gikut arahan atau keputusan yang dibuat oleh kerajaan pilihan rakyat. Oleh kerana di Malaysia, kita faham dengan peranan masing-masing dan pentadbiran negara kita adalah pentadbiran yang pro-fesional yang melak-sanakan segala keputusan dan dasar yang telah diputuskan.”

Itu yang membolehkan negara ini dapat dibangunkan dengan baik. Walaupun terdapat beberapa kele-mahan dalam sistem pentadbiran, tambah Dr. Mahathir, kita tidak salahkan pegawai atau kakitangan sebaliknya berusaha untuk mem-baikinya dan berusaha memastikan sistem itu membekalkan apa yang diperlukan oleh negara. Ini adalah cara kita dan kita berjaya kerana pentadbir-pentadbir kita bersikap profesional dan menjalankan tugas seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang atau perlembagaan kita.

Dr. Mahathir berkata, negara yang pentadbirannya tidak profesional bukan sahaja boleh melemahkan kerajaan malah segala arahan yang diputuskan tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sekaligus akan membantutkan pembangunan negara.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998