Aktiviti Latihan INTILA Sepanjang Tahun 2000
oleh Dusit Jaul
INTAN Wilayah Timur Laut (INTILA) hampir menjangkau usia 2 tahun (INTILA dilancarkan penubuhannya pada 26 Mac 1999).
Dalam masa yang agak singkat ini, kehadiran INTILA sudah dirasai umum, terutamanya oleh penjawat-penjawat awam.
Sepanjang tahun 2000, INTILA telah mengadakan sebanyak 71 kursus di Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak yang melibatkan seramai 3,348 orang peserta. Kursus-kursus yang terlibat ialah kepimpinan dan penyeliaan, siri ceramah integriti, kerajaan elektronik, bengkel pelaksanaan MS ISO 9000, bengkel audit dalaman dan pekej PC.
Aktiviti-Aktiviti Penting INTILA Sepanjang Tahun 2000
1. Ceramah integriti bulanan. Sepanjang tahun 2000, sebanyak enam siri ceramah seumpama ini telah diadakan di Auditorium Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching.
2. Seminar Penandaarasan untuk Ketua-ketua Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan Sarawak. Seminar ini telah diadakan di Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) Cawangan Sarawak pada 8 Julai 2000 dan telah dihadiri seramai 135 peserta. Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman ketua-ketua jabatan tentang konsep penandaarasan, aplikasi dan pelaksanaannya di peringkat jabatan dan juga untuk memberi pendedahan tentang bagaimana agensi dapat menjalankan aktiviti penandaarasan terbabit.
3. Persidangan Knowledge Management Readiness for Electronic Management. INTILA telah men-gadakan dua persidangan terbabit iaitu yang pertama pada 14 dan 15 Ogos 2000 di Kuching yang dihadiri oleh 150 pegawai-pegawai kanan dan ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Sarawak. Mana-kala persidangan kedua pula telah diadakan pada 17 dan 18 Ogos 2000 di Kota Kinabalu yang telah dihadiri oleh 256 pegawai-pegawai kanan dan ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Sabah. Tujuan seminar ini adalah untuk memberi maklumat perkembangan terkini tentang aplikasi-aplikasi kerajaan elektronik serta memberi pendedahan tentang persediaan pengurusan ilmu terhadap kerajaan elektronik.
4. Minggu Pengurusan Kewangan. Aktiviti ini telah dijalankan di Kuching pada 18 hingga 22 september 2000 dengan tema Ke Arah Meningkatkan Akauntabiliti dan Integriti Pengurusan Kewangan sektor Awam. Objektif aktiviti ini ialah untuk meningkatkan akauntabiliti, integriti dan kesedaran tentang perlunya menambah pengetahuan dan meningkatkan kecekapan dan pengurusan kewangan kepada semua lapisan anggota perkhidmatan awam. Selain itu, bertujuan juga memberikan peluang kepada pegawai awam untuk mengetahui bidang-bidang latihan berkaitan pengurusan kewangan anjuran INTAN.
5. Kursus Isteri Pegawai dan Pegawai Wanita jabatan Perseku-tuan Sarawak. Kur-sus yang dihadiri oleh 30 peserta ini telah dijalankan dengan kerjasama pejabat Setiausaha Persekutuan Sara-wak dan Gabungan Isteri Pegawai dan Pegawai Wanita jabatan Perseku-tuan Sarawak pada 9 hingga 13 Oktober 2000. Objektif kursus ini adalah memberi penerangan terhadap pembaharuan dalam dasar-dasar kerajaan selain memberikan penekanan pegawai pegawai wanita dan isteri ketua jabatan sebagai agen perubahan, pengerak dan sumber motivasi dalam memupuk integrasi nasional.
Pogram Latihan Dalam Bulan Januari 2001
INTILA telah mengadakan lima kursus pada Januari 2001 yang dimulakan dengan Bengkel pengrurusan Integriti di Kundasang, Sabah dari 15 hingga 17 Januari diikuti Kursus Tatacara Kewangan pada 16 hingga 18 Januari di Kuching. Pada 29 hingga 31 Januari pula telah dijalankan tiga kursus di Kuching iaitu Kursus Kepimpinan dan Penyeliaan, Kursus pengurusan Harta Modal dan Strategic Management (untuk pegawai-pegawai pra-gred 1).
Program latihan yang dijalankan oleh INTILA akan dipergiatkan mulai Februari ini. Pengurusan INTILA berasa optimis bahawa tahun 2001 akan membawa kejayaan yang lebih besar dibandingkan dua tahun sudah. Ini selaras dengan matlamat pengurusan INTAN dan INTILA untuk mengembangkan aktiviti latihan ke peringkat akar umbi.
Sebahagian daripada peserta-peserta Bengkel Pengurusan Integriti yang telah berlangsung di Kundasang, Sabah dari 15-17 Januari 2001.
Peserta-peserta Bengkel Pengurusan Integriti yang telah berlangsung di Kundasang, Sabah dari 15-17 Januari bergambar beramai-ramai dengan Pengarah INTAN, YBhg Dr Zulkurnian Hj. Awang dan Pengarah INTILA, YBhg Dr Halim b. Man
|