Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Kunci Utama Sektor Awam Banteras Rasuah

Tanggapan masyarakat terhadap mutu perkhidmatan awam belum banyak berubah. Walaupun pelbagai kempen dan piagam pelanggan diperkenalkan oleh kerajaan tetapi masih ada kalangan penjawat awam yang tidak mematuhinya.

Masih ada yang pergi minum sedangkan pelanggan yang patuh waktu kerja sektor awam, menunggu mereka di pejabat.

Pelanggan juga tidak dibantu dalam urusan mengisi borang. Kesalahan dibiarkan, walaupun pegawai berkenaan boleh menyemak dan menerangkan kesalahan mengisi borang permohonan.

Kerja yang sepatutnya boleh ‘beres’ tidak lebih 30 minit jikapegawai kerajaan membuat semakan dengan teliti, terpaksa ditangguh berminggu atau berbulan lagi.

Ini menyebabkan rungutan daripada rakyat yang melihat perkhidmatan kerajaan penuh dengan birokrasi, lembap, tidak cekap dan profesional.

Dakwaan mutu perkhidmatan yang menyusahkan orang ramai masih didengar di sesetengah kaunter perkhidmatan jabatan kerajaan.

Lumrah tabiat manusia dalam perkhidmatan awam, ada yangmesra pelanggan, rajin, dedikasi tetapi tidak kurang juga yang pemalas, salah guna kuasa dan tidak amanah.

Imej kerenah birokrasi dan rasuah perkhidmatan awam yang seumpama inilah yang sedang diperangi habis-habisan di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tabiat di mana segelintir kakitangan awam yang sengaja melambat-lambatkan proses kerja memang ada.

Malah ada kakitangan jabatan kerajaan yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai didakwa menerima duit kopi dari pelanggan yang malas beratur dan menunggu lama di kaunter.

Bagi mereka yang mahu urusan dipercepatkan, mereka sanggup hulur rasuah dan yang menerima pula tidak ada rasa bersalah dari segi etika kakitangan awam. Di sini bagaikan ada layanan kasta.

Penggunaan komputer dalam urusan kerajaan juga dilihat kurang berkesan mempercepatkan urusan. Pelanggan masih terpaksa menunggu lama walaupun sistem nombor giliran diwujudkan. Proses menunggu keputusan juga mengambil masa lama.

Adakah kerja-kerja yang ‘terlengah’ ini juga sebahagian daripada kerenah birokrasi di kalangan penjawat awam.

Jadi apabila pelanggan bosan dengan birokrasi dan membuang masa berjam-jam, maka ada yang mengambil jalan mudah mengatasi masalah itu melalui pemberian rasuah kepada orang dalam.

Kalau hendak cepat, senang dan mudah, pelanggan perlu membayar harga tertentu sebagai ‘saguhati’ kepada penjawat awam melaksanakannya.

Sedangkan kerja itu adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu mereka laksanakan kerana khidmat mereka telah dibayar gaji.

Apa kesudahannya? Mungkin inilah kunci utama kenapa amalan rasuah di sesetengah jabatan kerajaan sukar dibanteras.

Gara-gara perbuatan orang tertentu yang tidak peduli kesannya kepada imej kerajaan, maka integriti kakitangan awam lain turut terpalit.

Walaupun pelaku yang tiada integriti itu tidak ramai tetapi dibimbangi ia boleh menghilangkan keyakinan usaha-usaha kerajaan membanteras rasuah.

Jadi peringatan Perdana Menteri, usah lengah-lengahkan kerja dan keputusan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya rasuah.

Masalah rasuah juga dapat dihindari jika proses kerja dapat dipercepatkan dengan komitmen dan kerja berpasukan semua kakitangan kerajaan.

Dengan tempat bekerja, kebajikan dan pendapatan bertambah baik, sepatutnya mutu kerja juga semakin cekap, pantas dan ada sikap ‘segera’ dalam diri kakitangan awam supaya kepentingan orang ramai tidak terabai.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998