Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Integriti Cemerlang, Negara Terbilang

Bagi penjawat awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan bagi kepentingan umum. Kerajaan melihat isu berkaitan pemantapan integriti bukan sahaja di kalangan penjawat awam malah seluruh masyarakat di negara ini adalah suatu yang amat penting dilaksanakan.

Ini kerana ianya adalah elemen yang menjadi ukuran penting dalam usaha kita untuk bersaing secara sihat dalam era globalisasi.

Maka kerana itu kerajaan telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia yang memainkan peranan untuk menyemai, menyuburkan dan memantapkan nilai-nilai integriti sebagaimana yang terkandung di dalam Pelan Integriti Nasional (PIN) di dalam setiap sektor dan segenap lapisan masyarakat. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan bagi tujuan ini yang antaranya ialah pelancaran dan penghayatan Hari Integriti Nasional pada 5 November setiap tahun dan menggalakkan penghayatan ini turut dilaksanakan di peringkat negeri dan jabatan.

Untuk itu pada 7 Februari 2006, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak, telah melancarkan Hari Integriti Peringkat Negeri Sarawak.

Dalam ucapan beliau yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang, beliau menyatakan bahawa melalui pengalaman nilai-nilai murni dan memantapkan integriti diri individu, ianya mampu membanteras gejala rasuah yang jika tidak dibendung akan menjejaskan kualiti hidup masyarakat.

Pehin Sri Abdul Taib seterusnya menambah bahawa mempraktikkan sepenuhnya nilai-nilai integriti sebenarnya akan melahirkan seorang individu yang cemerlang dan individu yang cemerlang akan menyumbang kepada produktiviti yang berkualiti dalam sesebuah organisasi.

Terdahulu dalam ucapan aluannya YBhg. Datu Wilson Baya Dandot, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Sumber Manusia) yang mewakili YB Datuk Amar Haji Dato Haji Husain, Kerajaan Negeri menyatakan menerapkan integriti bukanlah dapat dicapai singkat namun tetap utuh melaksanakannya yang digariskan di dalam PIN.Terdahulu dalam ucapan aluannya YBhg. Datu Wilson Baya Dandot, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Sumber Manusia) yang mewakili YB Datuk Amar Haji Dato Haji Husain, Kerajaan Negeri menyatakan menerapkan integriti bukanlah dapat dicapai singkat namun tetap utuh melaksanakannya yang digariskan di dalam PIN.

Pada majlis yang sama YAB Ketua Menteri turut menyampaikan Anugerah Integriti Cemerlang 2005 kepada 13 kakitangan awam yang terpilih.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998