Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Penentu Rentak Kejayaan

Kejayaan bukan suatu yang datang bergolek. Apabila kita telah mengecapi kejayaan,ianya bukanlah suatu yang mutlak milik kita. Sebaliknya ia adalah pencapaian yang kita kongsikan bersama-sama dengan ramai lagi orang lain di sekeliling kita.Sudahlah ianya tidak datang bergolek,kejayaan itu juga boleh diumpamakan seperti panas setahun yang dilenyapkan oleh hujan sehari seandainya kita tidak memiliki sikap dan amalan (atau tabiat)yang betul dan positif untuk mengekalkannya.

Dalam mana-mana organisasi,sama ada besar mahupun kecil,sikap serta perwatakan atau sahsiah diri anggotanya merupakan antara faktor utama yang menjadi penentu kejayaannya.

Anggota organisasi yang berdisiplin,positif,bersih, jujur serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasannya di samping sentiasa peka dengan persekitaran,sentiasa ingin terus menimba ilmu dan pengalaman baru adalah aset penting kepada sesebuah organisasi.Ini kerana mereka inilah yang mampu merealisasikan sebarang impian organisasi menjadi kenyataan.

Setiap dari kita mempunyai sahsiah diri yang tersendiri.Namun ianya bukan suatu yang tetap dan kekal.Sahsiah diri boleh dibentuk sama ada menjadi positif atau sebaliknya bergantung kepada pendedahan yang kita terima dari persekitaran,pengaruh orang yang dekat dengan kita serta input-input lain seperti ilmu yang kita miliki serta pengalaman yang kita perolehi dalam kehidupan seharian.

Sahsiah diri juga boleh dibentuk dengan beberapa amalan/tabiat hidup yang positif.Amalan/tabiat hidup yang positif dalam sesebuah organisasi akan membantu membentuk budaya kualiti cemerlang dalam organisasi tempat kita bekerja.

Memiliki sahsiah diri yang positif sebenarnya membantu seseorang individu itu berupaya menghadapi pelbagai situasi dalam melaksanakan tugasannya terutama pada ketika berhadapan dengan saat-saat yang sukar.Ianya juga boleh diibaratkan sebagai tangga yang utuh yang menjadi penyokong kita apabila kita memanjat naik ke kemuncak kerjaya kita.

Dick Lyles dalam bukunya ‘Winning Habits ’ ada menyatakan bahawa amalan/tabiat hidup yang positif akan menjadikan kita sebagai penentu rentak (pacesetter )yang akan menjadi ikutan orang lain.

Beliau juga menyatakan bahawa belajar menjadi pacesetter adalah sama penting dengan belajar untuk menjadi pemimpin.Ini kerana kita perlu sentiasa ingat bahawa ada ketikanya kita berada pada kedudukan sebagai pemimpin dan ada ketikanya kita berada pada kedudukan sebaliknya namun kita sebenarnya sentiasa berada pada kedudukan sebagai pacesetter.

Sesebuah organisasi memerlukan pacesetter kerana mereka ini bukan sahaja akan melaksanakan tugasannya dengan tekun dan komited tetapi turut menjadi penyumbang terbesar dalam usaha organisasi berkenaan mencapai matlamat yang telah ditetapkan melalui kemampuan mereka bekerja dengan lebih gigih,berdaya saing dan inovatif.

Pacesetter mudah dikenal pasti.Mereka ini adalah golongan anggota organisasi yang menunjukkan kesungguhan dan ‘bertenaga ’ dalam melaksanakan tugasan mereka.Dalam banyak situasi,mereka ini yang akan diberikan pertimbangan utama untuk diberikan peluang kenaikan pangkat serta memikul tanggungjawab yang lebih besar untuk memajukan organisasi apabila peluang berkenaan muncul.

Dalam peningkatan kerjaya misalnya,kita tidak sepatutnya menjadikan peluang kenaikan pangkat untuk diri sebagai agenda utama kita.Sebaliknya kita harus melihat dan mengambil peluang-peluang yang ada di organisasi kita bekerja itu untuk diusahakan sesuatu yang akan memberikan manfaat terbaik kepada diri dan juga organisasi kita.Usah fikirkan tentang imbuhan dan ganjaran yang akan kita perolehi jika perkara itu berhasil kerana ianya akan menyusul kemudian tanpa kita pinta.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998