Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Jambatan Durin Rancakkan Pembangunan Wilayah Tengah Sarawak

Lakaran artis Jambatan Durin
Jambatan Durin yang dijadual siap seawal September atau selewat-lewatnya menjelang Disember 2005 bakal merancakkan lagi pembangunan wilayah tengah negeri ini.

Jambatan sepanjang 1.25 km itu membabitkan kos kira-kira RM95.84 juta dan telah siap 78 peratus.

Projek tersebut kini diletakkan di bawah penyeliaan langsung Kementerian Kerja Raya Malaysia bagi memastikan ia siap mengikut jadual.

Kerajaan juga telah melantik sub-kontraktor yang baru, Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation yang berpusat di Kuching, selepas kontraktor utama gagal menyiapkan jambatan ini mengikut jadual. Brooke Dockyard akan meneruskan baki 21.6 peratus projek pembinaan berkenaan dengan kos kira-kira RM26 juta.

Pembinaan jambatan itu terlewat selama tiga tahun daripada jadual asal dan sepatutnya siap pada 30 Januari 2002.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah, kerajaan berusaha untuk melak-sanakan projek ini yang dilihat boleh menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.

Apabila siap kelak, Jambatan Durin boleh menjadi pemangkin pembangunan wilayah tengah negeri Sarawak khususnya Bahagian Sibu dan Bahagian Sarikei.

Jambatan tersebut juga bakal menjadi perintis kepada pembangunan bandar kembar Sibu yang dirancang disebabkan bandar yang sedia ada tidak mempunyai ruang untuk diperbesarkan.

Kegiatan di bandar seperti Kanowit akan menjadi rancak semula apabila corak jaringan perhubungan antara tempat berkenaan dengan bandar Sibu akan menjadi lebih baik.

Bagi pengguna rangkaian Lebuh Raya Pan-Borneo di negeri ini, ia turut memendekkan perjalanan sama ada dari utara ke selatan ataupun sebaliknya.

Keadaan ini pastinya menyelesaikan masalah kesesakan beratus-ratus kenderaan menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberangi Batang Rejang sama ada di Durin atau di Hulu Lanang.

Bandar Sibu turut tidak terkecuali menikmati faedah secara langsung daripada jambatan Durin ini yang akan mencapai status bandaraya menjelang tahun 2006.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998