Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Penguatkuasaan Logo Halal Tingkatkan Keyakinan Pengguna

Penguatkuasaan logo halal Sarawak yang baru akan mampu mengatasi masalah kebimbangan pengguna berhubung pelbagai tanda halal yang digunakan oleh golongan peniaga di negeri ini, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal-Islam), YB Haji Daud Abdul Rahman

Logo halal baru yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2004, jelas beliau adalah bertujuan bagi meningkatkan keyakinan pengguna beragama Islam di negeri ini di samping mengelakkan penyelewangan pelbagai tanda halal daripada terus berlaku.

Logo halal ini adalah sebahagian daripada proses penyeragaman logo halal di seluruh negeri yang diharap dapat memudahkan usaha pemantauan dilaksanakan.

Antara ciri-ciri utama logo halal Sarawak adalah tertera kod 13 yang membezakannya dengan logo halal dari negeri lain.

Serentak dengan penguatkuasaan tersebut, menurut beliau, logo lama pihak JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) tidak lagi digunakan dan sebaik sahaja tamat tempoh penggunaan logo tersebut mereka hendaklah beralih kepada penggunaan logo halal Sarawak yang baru.

Namun begitu, pengecualian hanya diberikan kepada syarikat multi-nasional dan para pengeksport yang masih tertakluk di bawah bidang kuasa pihak JAKIM.

Jelas beliau lagi, terdapat beberapa garis panduan perlu dipatuhi bila menggunakan logo tersebut, ini termasuklah mempamerkan logo halal tersebut bersama-sama dengan sijil halal.

Kegagalan berbuat demikian, tegas beliau hanya akan mengakibatkan tindakan keras diambil ke atas mereka. Kesalahan lain seperti memalsukan logo tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 18 (1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman denda RM100,000 atau tiga (3) tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Malah, tindakan turut boleh diambil sekiranya terdapatnya di kalangan peniaga melakukan penyalahgunaan logo halal tersebut, tidak menjual produk halal atau menggunakan logo yang telah tamat tempohnya.

Menurut YB Haji Daud, beberapa prosedur memohon logo dan pensijilan halal turut digariskan.

“Sebaik sahaja menerima permohonan untuk mendapatkan logo halal, pihak kami akan memproses permohonan tersebut dan menghantar pegawai ke premis berkenaan bagi tujuan pemeriksaan,” jelas beliau sambil menambah sekurang-kurangnya tempoh maksimum kelulusan diperolehi adalah selama dua (2) bulan.

Mengenai bayaran yang dikenakan pula adalah berbeza mengikut jenis perniagaan, jelas beliau.

“Bayaran permohonan bagi penjaja adalah sebanyak RM50 setahun manakala bagi perniagaan yang besar boleh mencapai sehingga RM700 setahun,” tambah beliau sambil berkeyakinan bayaran yang disifatkan rendah tersebut mampu meningkatkan bilangan mereka yang memohon logo halal.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998