Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Sarawak Bakal Terima RM750 Juta Untuk Atasi Banjir Dalam RMK9

Jalan raya yang ditengelami air bukan sahaja merbahaya malah menyukarkan
usaha menyalurkan bantuan ketika banjir, khususnya di kawasan terpencil
Kerajaan Negeri Sarawak akan berusaha menangani masalah banjir yang telah melanda beberapa kawasan seperti di Kuching, Samarahan dan Sibu pada tahun awal 2003 dan 2004 yang lalu, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan.

Masalah itu hanya dapat dikendalikan dengan berkesan selepas Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) berakhir tahun ini di mana Kerajaan Persekutuan berjanji memberikan peruntukan lebih besar bagi tujuan itu.

Sarawak dijangka akan menerima peruntukan Persekutuan sebanyak RM750 juta bagi beberapa projek yang dicadangkan oleh Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang bermula pada 2006 nanti.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Adenan Satem, berkata oleh kerana faktor geografi negeri itu, Sarawak akan diberikan peruntukan yang lebih besar, dengan sebahagian daripadanya akan disalurkan untuk menangani masalah banjir termasuk pembinaan tambak.

“Sarawak patut diberikan peruntukan sewajarnya berdasarkan saiz, sungainya yang besar dan pesisir pantai yang panjang,” katanya.

Datuk Amar Dr Chan yang juga Kemudahan Awam Sarawak, berkata daripada jumlah berkenaan (RM750 juta) sebanyak RM632 juta akan diperuntukkan bagi menangani masalah banjir, RM36 juta bagi pengurusan hakisan sungai dan RM7juta bagi kajian kemungkinan di negeri ini.

Di bawah rancangan itu, setakat ini kerajaan persekutuan membelanjakan RM23.7 juta bagi beberapa projek yang sudah siap, sebanyak RM51.3 juta lagi akan dibelanjakan bagi projek yang sedang dilaksanakan dan baki RM17.3 juta bagi projek yang akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata langkah itu diambil berikutan perakuan kajian yang dikendalikan oleh JPS tahun lalu bagi membina tebatan banjir yang berdaya maju untuk Sungai Sarawak.

“JPS berhasrat membuat pemetaan tempat yang sering dilanda banjir sepanjang kawasan tadahan Sungai Sarawak di samping memberikan kategori terhadap tahap bahaya banjir bagi membolehkan pihak berkuasa yang berkaitan melaksanakan perancangan dan kegunaan tanah untuk keseluruhan lembangan sungai,” katanya lagi.

Beliau menambah, langkah jangka pendek dan panjang yang diambil seperti pembinaan terowong pintasan banjir, akan meminimumkan risiko terhadap nyawa manusia dan bahaya ke atas harta benda.

“JPS akan kaji apa yang kita boleh buat untuk membaiki tebing di samping memantau rapi kejadian tanah runtuh di kawasan di sepanjang pantai seperti Pasir Pandak dan Kampung Tambirat di Asajaya, terutama semasa musim hujan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penduduk yang tinggal terlalu hampir dengan tebing sungai atau di kawasan rizab sungai supaya berpindah bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini terutama semasa hujan lebat atau banjir.

Banjir pada 2003 adalah yang terburuk pernah berlaku di Sarawak dalam tempoh 40 tahun, manakala banjir pada tahun 2004 tidak kurang teruknya, tetapi
langkah berjaga-jaga lebih awal berikutan pengalaman tahun sebelumnya, berjaya meminimumkan kesannya.
Banjir yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda yang merugikan pelbagai pihak


Bandaraya Kuching, Samarahan dan Sibu paling teruk dilanda banjir pada waktu itu, memaksa lebih 1,000 penduduk berpindah ke beberapa pusat pemindahan.

Keadaan bertambah teruk dengan kejadian beberapa tanah runtuh akibat banjir yang mengancam nyawa penduduk yang tinggal di lereng bukit dan tanah tinggi.

Banjir turut menyebabkan beberapa sekolah rendah dan menengah di kawasan rendah di Kuching dan Samarahan ditutup beberapa hari.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998