![]() |
![]() |
| Home |
MEMANCING
KEGIATAN REKREASI SEISI KELUARGA
Konsep memancing bersama keluarga ini semakin popular sejak kebelakangan ini, khususnya memancing di kolam ikan komersil yang kini semakin banyak dibuka, khususnya di pinggir Bandaraya Kuching. Beberapa tempat memancing komersil dalam kolam yang terdapat di sekitar Kuching antaranya yang popular ialah Semaba Sondin, Batu 16 di Jalan Kuching-Serian, Kampung Kuang di Siburan, Kampung Menaul di Serian dan Pasir Pandak di Jalan Santubong. Kolam memancing komersil ini pada asalnya adalah dikhaskan bagi mereka begitu ‘gila’ memancing tetapi tidak dapat ke laut atau sungai dan memancing di kolam ini pun cukup untuk melepas ketagihan itu. Tetapi kini, selain menjadi tempat menghilangkan ketagihan di kalangan pemancing, ia juga telah menjadi tempat tumpuan riadah keluarga warga bandaraya yang gemar memancing. Pusat memancing komersil yang ada di sekitar Kuching biasanya mampu menampung sehingga kira-kira 50 pemancing pada satu-satu masa tidak termasuk isteri dan anak-anak mereka.
Tempat yang strategik di pinggir bandar membuatkan ia senang untuk dikunjungi kerana dihubungi oleh jalinan jalan raya yang baik serta disediakan tempat letak kereta berdekatan dengan kolam tempat mereka memancing. Pelbagai jenis ikan air tawar terdapat di dalam kolam yang disediakan, antara yang biasanya ialah ikan bawal merah (colossoma), tilapia, lee koh, ketutu, keli, sultan dan ikan patin yang pasti memberi kepuasan kepada pemancing.
Berbalik kepada topik kita iaitu memancing sebagai rekreasi seisi keluarga. Adalah jelas bahawa pendekatan yang mengetengahkan konsep ‘Riadah Keluarga’ ini sebenarnya membawa hasrat agar hobimemancing yang lazimnya diminati golongan bapa, turut disertai oleh isteri dan anak atau dalam kata lain diminati oleh seisi keluarga. Semua pihak (rasanya) pasti memberisokongan padu kepada usaha menjadikan kegiatan memancing sebagai riadah yang sihat termasuk memperkukuh silaturahim ahli keluarga dan masyarakat, ke arah mencapai keluarga bahagia dan hidup yang ceria. Keluarga Bahagia, Hidup Ceria Jadi, dengan berpegang kepada konsep untuk mewujudkan keluarga bahagia dan hidup ceria, kebanyakan pihak pengurus atau pemilik kolam memancing telah menyediakan seberapa banyak kemudahan untuk memberi keselesaan kepada orang ramai terutama bagi mereka yang datang bersama keluarga. Ini jelas, kerana pelbagai kemudahan yang ada di kolam memancing memang kelihatan menitikberatkan aktiviti bersama keluarga. Selain itu, kolam yang terletak tidak jauh dari bandar atau rumah ‘kaki pancing’ ini disediakan untuk membolehkan mereka memancing tanpa perlu risau akan soal keselamatan diri serta keluarga.
Setiap pemancing bagaimanapun dikehendaki membawa sendiri peralatan memancing, namun umpan serta bahan seperti arang, garam dan rempah ratus lain ada dijual di sini. Selain itu, tempat membersihkan ikan termasuk pisau bagi memotong turut disediakan malah tempat membakar ikan juga disediakan, namun tidak semua orang akan berpeluang untuk menggunakan, jadi ‘siapa cepat dia dapat’. Tempat ini sememangnya menjadi tumpuan masyarakat setempat di sini pada hujung minggu memandangkan tiadanya tempat untuk mereka berhibur bersama keluarga selepas masa ditumpukan di tempat bekerja sepanjang minggu. Dan sambutan yang diberikan oleh pemancing ikan terhadap pusat ini adalah menggalakkan, ini kerana setiap kali hujung minggu kolam-kolam memancing komersil ini pastinya dipenuhi oleh keluarga-keluarga pemancing yang seakan-seakan berkelah di sini.
|
Current Issue | Archives: 2005: May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005
2004: December 2004 | November 2004 | October 2004 | September 2004 | August 2004 | July 2004 | June 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004
2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003
2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002
2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001
2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000
1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999
1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998