Majlis ini merupakan satu forum penting untuk kita bersama kerana
ianya memberi peluang untuk saya berjumpa dengan semua pegawai kanan dari Perkhidmatan
Awam di awal tahun ini. Majlis ini diadakan untuk menyampaikan arah tuju perkhidmatan
awam, strategi dan dasar jangka pendek dan panjang ke arah pencapaian wawasan
kita bersama. Dengan ini diharap kita semua akan sealiran dan mempunyai hala
tuju yang sama di dalam usaha mencapai matlamat kerajaan kita.
Perkhidmatan Awam Negeri perlu ditukar atau harus melalui proses
transformasi untuk menjadi sebuah Perkhidmatan Awam yang berasaskan ilmu (knowledge
based civil service). Ia haruslah bertukar menjadi tonggak utama atau tulang
belakang kerajaan untuk mengasaskan ekonomi yang berasaskan ilmu (k-based economy)
Ia juga harus mempamerkan keupayaan dan kesediaan dalam menempuhi cabaran alaf
baru, cabaran globalisasi, liberalisasi dan ekonomi yang terbuka. Justeru itu,
fokus strategik yang perlu ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke-8, adalah
untuk mewujudkan transformasi budaya dalam perkhidmatan awam negeri.
Apakah peranan-peranan yang patut dijalankan oleh perkhidmatan awam dalam
usaha kita menuju kepada ekonomi yang berasaskan ilmu ini?
Pertama sekali, perkhidmatan awam perlu menjadi pemangkin atau catalyst untuk
proses perubahan di dalam perkhidmatan awam dan juga di dalam masyarakat dan
seterusnya mempertingkatkan jentera pembangunan supaya negeri kita dapat mencapai
tahap negeri membangun dalam tahun 2020.
Kedua, perkhidmatan awam hendaklah mentadbirkan kerajaan negeri dengan cara
yang boleh menyegerakan pembangunan ekonomi yang berasaskan ilmu. Ia hendaklah
merancang, mengatur dan memantau program yang boleh mengubahkan perkhidmatan
awam dan masyarakat kita. Usaha yang tulin diperlukan untuk memastikan bahawa
program dan projek Rancangan Malaysia Kelapan akan dirancang dan dilaksana dengan
mengambil kira objektif ini.
Ketiga, kita hendaklah mengeratkan perhubungan di antara perkhidmatan awam dengan
swasta di dalam penggunaan dan pembangunan ICT. Jalinan ini perlu untuk mempercepatkan
pengunaan perkhidmatan secara elektronik di bawah program e-government oleh
orang ramai atau pelanggan kita.
Kerajaan Negeri Sarawak merupakan salah sebuah negeri yang menjadi pengguna
ICT pertama di negara kita untuk mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan jentera
kerajaan dan memberi perkhidmatan yang lebih baik. Pelaksanaan program ICT telah
mula dibangunkan secara yang lebih teratur dengan tertubuhnya Majlis IT Negeri
dan Syarikat SAINS Sdn Bhd dalam tahun 1993. Penubuhan SITRC dalam tahun 1999
melicinkan lagi agenda ICT di Sarawak di dalam usahanya untuk memberi kesan
yang maxima dari sumber yang terhad.
Beberapa projek sedang dijalankan oleh SAINS di bawah agenda E-Government Kerajaan
Negeri yang selaras dengan agenda E-Government Kerajaan Pusat di bawah NITA
(National IT Agenda). Lebih kurang 200 aplikasi telah dibangun dan disiapkan
oleh SAINS termasuk PMS, State Financial Management and Information system,
LASIS, GIS, LMS, EBPPS.
Usaha E-Government tidak hanya merupakan penam-bahbaikan jentera kerajaan dengan
menggunakan komputer, tetapi juga untuk menjalinkan hubungan elektronik di antara
sektor swasta dan masyarakat dengan kerajaan menerusi media elektronik. Perkhidmatan
yang diberi secara elektronik dijangka akan menambah kecekapan, kualiti dan
produktiviti perkhidmatan. Penggunaan elektronik akan juga meninggikan kepuasan
pelanggan oleh kerana perkhidmatan tersebut boleh didapati pada bila-bila masa
dan di mana sahaja asalkan kita mempunyai komputer dan jaringan internet.
Banyak usaha yang telah diambil kerajaan untuk meningkatkan kompetensi pegawai
perkhidmatan awam terutama skali di dalam penggunaan ICT. Beberapa program latihan
anjuran SAINS dan CMM telah dijalankan dan lebih 18,000 orang pegawai telah
mengikuti modul anjuran SAINS. Selain itu kompetensi juga dipertingkatkan dalam
bidang lain seperti pembangunan diri, kepimpinan, kerja berpasukan, pengurusan
proses, komunikasi, etika kerja, pembangunan organisasi dan lain lain lagi.
Banyak program yang telah dijalankan di dalam RMK8 untuk membantu Perkhidmatan
Awam Negeri untuk mencapai matlamat menjadi perkhidmatan berasaskan ilmu. Ini
termasuk inisaitif kualiti seperti TQM, dan pelaksanaan Sistem ISO 9000 yang
sekarang di tingkatkan kepada ISO 9000 (2000). Kita telah memulakan pelaksanaan
Balance Scorecards di empat buah agensi perintis, memperluaskan penubuhan KMK
dan pengubalan rancangan strategik organisasi.
Pada masa yang sama prasarana untuk ICT telah juga ditambah di mana jaringan
Fibre Optik yang menjadi tulang belakang Sarawaknet akan dinaik taraf dari 2Mbps
kepada 8 Mbps. Sambungan jaringan ini ke tempat lebih kecil dan jauh adalah
dengan menggunakan VSAT dan talian Telekom. Pada masa sekarang talian ini boleh
berfungi memberi sambungan Sarawaknet tetapi ianya tidak mencukupi dan lambat
dan tidak akan dapat menampung permintaan pengguna yang semakin meningkat.
Kemajuan yang ketara telah dicapai oleh Perkhidmatan Awam negeri di dalam usahanya
mempertingkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan di dalam usaha untuk mencapai
objektif menjadi perkhidmatan awam yang berasaskan ilmu. Tetapi banyak lagi
pembaharuan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan. Pada masa yang sama Perkhidmatan
Awam perlu menjadi lebih telus, lebih fleksible dan tidak terkungkung .
Kerajaan Negeri akan membangunkan sebuah Perkhidmatan Awam yang berkompetensi
tinggi, berteraskan nilai murni dan proaktif, yang setanding dengan mana-mana
perkhidmatan lain didunia ini.
Kompetent :
Produktif, berilmu, belajar berterusan dan berasaskan ICT.
Bernilai tinggi :
Mempunyai prinsip, ketelusan, berintegriti
Proaktif :
Berinovasi, boleh berubah dan bertindak mengambilkira permintaan pelanggan.
Strategi
Sebagai menyahut cabaran untuk mempercepatkan perubahan
Perkhidmatan Awam dan disertai oleh tren global yang semakin ketara pengaruhnya
terhadap perkhid-matan awam negeri, maka beberapa strategi perlu digubal dan
dilasanakan bersama untuk pencapaian wawasan tersebut. Strategi ini boleh dibahagi
kepada empat bahagian :
a. Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia yang lebih intensif.
b. Perubahan kepada Organisasi dan struktur organisasi
c. Pembaikan proses Kerja dengan reengineering
d. Penggunaan dan perluasan ICT.
a) Pembangunan Dan Pengurusan Sumber Manusia
1. Pembangunan Sumber Manusia Berasaskan Kompetensi
Pada penghujung tahun 2002, perkhidmatan awam di seluruh negara telah diperkenalkan
dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Implikasi pelaksanaan SSM ini telah menampakkan
perubahan dalam struktur organisasi setiap jabatan dan agensi kerajaan. Dengan
demikian pengamalan pergerakan gaji secara mendatar, menegak dan melintang tidak
akan dipraktikkan lagi. SSM memberi anjakan gaji yang bersamaan dengan pergerakan
gaji secara melintang berdasarkan kepada keputusan ujian dan penilaian yang
sesuai.
Dengan pelaksanaan strategi ini, semua jawatan akan diisi oleh pegawai yang
kompeten sahaja dan kompetensi ini akan dipertingkatkan sepanjang masa, malah,
selagi ia nya berada di dalam perkhidmatan awam. Tumpuan utama di sini adalah
penekanan kepada life-long learning.
Semua agensi dikehendaki membuat compentenscy profile untuk jawatan atau kumpulan
jawatan di bawah tanggungjawab mereka. Pengawas akan menggunakan profil ini
untuk menempat dan menilai mereka yang akan mengisinya. Langkah seterusnya ialah
untuk menilai jurang kompetensi competency gap untuk setiap individu yang diadakan
bersama dengan penilaian prestasi setiap tahun. Data ini akan digunakan untuk
membangun program latihan supaya tidak ada jurang kompetensi untuk semua individu.
Semua inisiatif Pembangunan Sumber Manusia seperti latihan, seminar, belajar
di tempat bekerja, latihan dalam perkhidmatan akan diasaskan kepada kompetensi.
Semua pengambilan, penempatan kerja, penilaian prestasi, kenaikan pangkat, anugerah
dan pemberian galakan akan diasaskann kepada kompetensi yang tertentu.
Kompetensi kumpulan di tiap-tiap gred akan dibangunkan dan ditetapkan sebagai
kompetensi teras core competencies dan setiap pegawai yang berada di gred tersebut
hendaklah mempunyai semua kompetensi sebelum ianya boleh dinaikkan pangkat.
Proses ini akan di masukkan di dalam sistem Pengurusan Sumber Manusia PMS dan
HRMIS.
2. Pembentukan Sebuah Perkhidmatan Yang Boleh Menarik Talents
Hala tuju dan polisi pembangunan sumber manusia dalam konteks pelaksanaan SSM
turut beralih fokus. Selain itu, tumpuan juga diberikan terhadap peningkatan
dan pengukuhan kompetensi dan peningkatan prestasi. Perhatian yang lebih mendalam
juga akan diberi terhadap keberkesanan dan kecekapan dalam membangunkan sumber
manusia bagi memastikan tenaga kerja yang lebih bermotivasi dan mempunyai kepuasaan
bekerja yang menghasilkan perkhidmatan yang lebih berkualiti. Ini akan manarik
mereka yang berkebolehan dan bekelayakan tinggi untuk memasuki perkhidmatan
awam.
Pengambilan pekerja baru akan berasaskan syarat-syarat yang lebih ketat dan
memberi keutamaan kepada kompetensi yang bersesuaian.
Untuk meluaskan lagi jumlah pemohon, pengiklanan jawatan kosong boleh dibuat
melalui internet. Begitu juga borang permohonan dan pemberitahuan akan dibuat
secara online.
Usaha akan dibuat untuk penyelarasan supaya pegawai di dalam skim perkhidmatan
yang sama di agensi berlainan akan dimasukkan dalam satu kumpulan untuk membolehkan
penempatan pegawai di berbagai agensi dan lebih penting untuk pembangunan kerjaya
pegawai.
Usaha juga dibuat untuk menukar jawatan di peringkat atas kepada jawatan
terbuka supaya jawatan tinggi akan dibuka lagi kepada lebih ramai pegawai
untuk memastikan pegawai yang betul-betul cekap berpeluang dinaikan pangkat.
Membolehkan lantikan terus ke gred yang sesuai untuk membuka jawatan tinggi
dalam perkhidmatan awam kepada pegawai dari swasta.
Dasar Kerajaan untuk memastikan supaya tiap-tiap pegawai akan diberi peluang
untuk berkhidmat di pelbagai jawatan supaya mereka berpeluang membangun kompetensi
yang berlainan untuk pembangunan pegawai multi-discipline.
Kerajaan juga akan terus menyediakan suasana kerja yang lebih baik dari segi
prasarana fisikal seperti tempat kerja yang sesuai, peralatan yang lebih canggih,
tempat ibadah, rekreasi dan tempat rehat.
Satu sistem galakan akan digubal di mana markah point system akan diberi kepada
mereka untuk digunakann sebagai asas naik pangkat, pemberian hadiah, medal dan
lain-lain pengiktirafan.
Proses pembangunan wawasan dan misi agensi, pengubalan strategi dan dasar hendaklah
dibuat dengan menggunakan kumpulan, menerusi sesi percambahan fikiran dan bengkel.
Agensi digalakkan men-gadakan Hari Keluarga bagi tujuan mempereratkan salitul-rahim,
menambahkan jaringan dan persafahaman dan memberi kesejehteraan kepada keluarga
pegawai.
3. Penstrukturan Dasar dan Program Latihan
Polisi pembangunan sumber manusia seterusnya juga diperkukuhkan dan dibawa ke
satu tahap yang tinggi untuk membawa perubahan yang diperlukan. Dasar ini akan
memberi faedah kepada individu dan organisasi, menggalak dan memudah cara pembelajaran
berterusan serta pembangunan di kalangan anggota perkhidmatan awam melalui latihan
serta aktiviti pembangunan kendiri (self development). Usaha ini diharap akan
dapat membangun learning organisasi untuk memudah cara dan menyokong usaha mewujudkan
individual dan organisational learning.
Selaras dengan pelaksanaan SSM, kemajuan teknologi serta keperluan pengetahuan
dan kemahiran di era pengurusan ilmu, peranan HR Focal Person juga perlu dikaji
semula, diperkembang dan diper-kukuhkan. Sekarang, mereka bukan sekadar memegang
peranan tradisional sebagai koordinator, pentadbir dan pegawai penghubung (liaison)
bagi program dan aktiviti pembangunan sumber manusia, malah juga memainkan pelbagai
peranan baru yang lebih dinamik termasuk perekabentuk kuri-kulum, penggubal
dan penilai soalan-soalan peperiksaan, jururunding dalaman, fasilitator, jurulatih
dan pengajar, pegawai penilai, pembimbing pendidikan dan kerjaya, dan juga sebagai
perancang.
Peranan HR Focal Point di peringkat Jabatan akan dikaji semula untuk memastikan
wujudnya pembangunan model kecekapan bagi HR Focal Point dalam perkhidmatan
awam negeri Sarawak. HRD Focal Point juga akan menjadi asas kepada penubuhan
Unit HRD di peringkat agensi.
Rancangan Latihan (Training Plans) tahunan adalah tanggungjawab ketua Jabatan
dan agensi dan HR Focal Point hanyalah bertindak sebagai koordinator untuk memastikan
rancangan tersebut dibuat dan dihantar kepada Unit HRD, Jabatan Ketua Menteri.
Program Latihan Teras seperti Management Development Program (MDP), Executive
Development Program (EDP), Supervisory Development Program (SDP) dan Support
Staff Development Program (SSDP), perlu mengalami perubahan sejajar dengan keperluan
dan perkembangan semasa, terutama dari aspek kandungan kursus, metodologi pengajaran
dan pembelajaran dan pengukuran dan penilaian
Selaras dengan matlamat SSM yang mengutamakan pembelajaran berterusan dan peningkatan
kecekapan, keperluan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri yang berada di dalam
Kumpulan Artisan and Tradesman turut diberi perhatian. Demi melahirkan pekerja
mahir dan separa mahir, Perkhidmatan Awam Negeri akan melaksanakan program Pentauliahan
Pencapaian Terdahulu (PPT) supaya membolehkan mereka yang mahir tetapi tiada
pengiktirafan dapat ditauliahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Dengan pendekatan ini, tenaga pekerja
terbabit hanya perlu mengemukakan bukti-bukti kecekapan, iaitu pengalaman dan
pencapaiannya, untuk diukur, dinilai dan seterusnya untuk diperakui. Justeru
itu, pekerja ini bolehlah ditauliahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia. Program
PPT akan dilaksanakan ke seluruh Negeri dan akan bermula dengan mengenalpasti
kumpulan pekerja ini di semua agensi atau jabatan, mengendali kempen memupuk
kesedaran terhadap program ini dan seterusnya mengikuti program yang dirangka.
Kesemua program ini sewajarnya bukan lagi menumpukan kepada elemen-elemen
yang berkaitan pengurusan secara umum, pengetahuan serta kemahiran tentang kepimpinan
malah seharusnya menekankan kepada aspek kompetensi dan pembelajaran berterusan
yang kini menjadi fokus utama pembangunan sumber manusia.
Mulai Ogos 2003, Kursus Modul Induksi Kumpulan I dilaksanakan
selama tiga bulan secara terus-menerus, berdasarkan arahan Surat Pekeliling
Bil. 13/2002 bertarikh 29 Jun 2002. Objektif utama pelaksanaannya antara lain
adalah untuk memberi pendekatan menyeluruh kepada pegawai yang baru memasuki
Perkhidmatan dalam pengetahuan asas pengurusan dan kesedaran terhadap disiplin,
membolehkan peserta menguasai kemahiran, kompetensi dan pengetahuan yang boleh
digunakan untuk menjalankan tugas dengan lebih efisien dan efektif dan seterusnya
membolehkan peserta menjiwai budaya kerja cemerlang, berdisiplin, bertanggungjawab,
akauntabiliti dan taat setia kepada Perkhidmatan Awam;
Kursus Induksi ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu
:
1. Bahagian I - Asas Induksi di bawah Sistem Saraan baru (SSB),
selama satu bulan;
2. Bahagian II - Executive Development Program (EDP) untuk pegawai Kumpulan
Pengurusan dan Profesional, selama satu bulan dan Supervisory Development Program
(SDP) untuk pegawai Kumpulan Sokongan dalam gred-gred yang setaraf dengannya,
selama satu bulan. Kedua-dua program ini memberi penekanan terhadap pengurusan
secara menyeluruh dan kemahiran dalam penyeliaan; dan
3. Bahagian III - Latihan Askar Wataniah untuk semua peserta kursus
yang berkelayakan, selama satu bulan. Program ini memberi fokus terhadap disiplin
serta jati diri pegawai. Bagi mereka yang tidak layak, mereka akan terlibat
dalam program kerja amal.
Mulai tahun 2003 juga sekiranya terdapat peruntukan yang mencukupi,
Kursus Induksi ini juga dihadiri oleh pegawai yang memegang jawatan sementara
dalam Perkhidmatan Awam Negeri.
Selain memberikan tumpuan terhadap program latihan teras, kerajaan
juga turut memberi penekanan terhadap program latihan teknikal. Intergrated
Technical Training ini merupakan jalinan kerja Unit HRD, Jabatan Ketua Menteri
dan Centre for Modern Management (CMM) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan
Pertanian dan Jabatan Tanah dan Survei dan ia amat perlu diperkukuhkan lagi
untuk mempertingkatkan keberkesanan program latihan teknikal yang lebih berintegrasi.
Pihak CMM akan memegang peranan sebagai pelaksana semua program teknikal ini.
Seiring dengan kemajuan teknologi juga, satu sistem pengurusan
latihan baru yang berasaskan IT yang dikenali sebagai Course Application Management
System (CAMS) akan diperkenalkan kepada kerajaan Negeri. Sebagai permulaan,
sistem ini akan menghubungkan Unit HRD, JKM dengan lima jabatan utama dan juga
CMM secara on-line. Dengan ini, semua permohonan untuk mengikuti kursus yang
dianjurkan oleh Unit HRD akan dapat dibuat melalui sistem ini. Beberapa pegawai
berkaitan dari setiap jabatan utama serta CMM akan melalui sesi latihan bagi
memastikan mereka dapat menguasai penggunaan sistem ini dengan sebaiknya. Titik
tolak dari sini juga semua HR Focal Point dinasihatkan untuk memberi perhatian
dan sokongan terhadap sistem ini. Semua Ketua Jabatan juga dinasihatkan untuk
memberikan kerjasama sewajarnya bagi memastikan sistem ini dapat dilaksanakan
di jabatan masing-masing dengan sempurna.
Kerajaan negeri juga terus berusaha menyediakan ruang kepada semua
anggota perkhidmatan awam yang berhasrat untuk memajukan diri serta kerjaya
mereka. Justeru itu, Skim Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang selama ini telah
melahirkan ramai graduan berwibawa di kalangan anggota perkhidmatan awam, akan
terus dipertingkatkan kualitinya dengan usaha menambahbaik polisi serta strateginya.
Ini termasuklah skim pelajaran lanjutan ke peringkat sarjana yang dianjurkan
oleh CMM.
Polisi dan strategi ini perlu mengalami perubahan kerana era pengurusan
ilmu kini memerlukan tenaga kerja yang bukan sekadar berilmu malah berkemahiran.
Selain itu, perubahan ini juga disebabkan wujudnya pelbagai kaedah pembelajaran
seperti konsep pengajian maya (virtual learning), pengajian separuh masa, pendidikan
jarak jauh dan sebagainya. Penekanan organisasi terhadap pembelajaran sepanjang
hayat (life-long learning) turut menyumbang kepada perubahan terhadap polisi
dan strategi ini.
4. Membangun Budaya Kualiti
Dalam usaha melahirkan The New Civil Service serta transformasi
budaya kerja, kita tidak boleh tidak mengamalkan ciri-ciri berkualiti dalam
melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan. Kita seharusnya
lebih peka dan sedar bahawa semua inisiatif kualiti yang diperkenalkan kepada
kita sewajarnya dipraktik, demi mewujudkan anggota perkhidmatan awam yang lebih
dinamik dan berdaya saing serta dapat membantu jabatan atau organisasi kita
agar sentiasa meniti kemajuan dan mengamalkan budaya kerja yang positif.
Gerakan mempertingkatkan kualiti di semua agensi akan dilaksanakan
secara berterusan dan kerajaan amat memandang serius dan bersungguh-sungguh
meningkatkan kualiti untuk menghasilkan pembaharuan dan perubahan dalam perkhidmatan
awam negeri Sarawak.
Pembaharuan pentadbiran (administrative reforms) yang dihasilkan
atau diperolehi membolehkan agensi Negeri menjadi lebih berdaya saing, mengurangkan
kos, serta boleh mencapai dan melebihi kehendak pelanggannya.
Beberapa inisiatif dan program kualiti telah, sedang dan akan
diperkenalkan kepada kita. Antaranya adalah Total Quality Management (TQM),
MS ISO 9000, Balanced Scorecard, Business Process Reengineering (BPR) dan Benchmarking.
Untuk makluman, sebanyak 85 buah agensi yang mewakili 75% agensi negeri telah
mendapat Sijil MS ISO 9000 (1994). Pemantauan ke atas agensi yang belum mendapat
persijilan masih diteruskan. Walau bagaimanapun, tahun 2003 adalah tahun akhir
bagi pelaksanaan MS ISO 9000 (1994). Mulai tahun 2004, semua agensi dikehendaki
melaksanakan standard MS ISO 9000 (2000).
Untuk memudah cara pelaksanaan menukar (convert) ke standard MS
ISO 9000 (2000) pihak HRD akan mengambil kira strategi seperti berikut:
bekerjasama dengan pihak MAMPU bagi membantu agensi;
agensi-agensi yang mampu dari segi kewangan akan diberi
kelonggaran untuk melantik pakar runding luar bagi membantu mereka, tertakluk
kepada kelulusan kerajaan negeri; dan
menganjur sesi latihan melalui CMM
Hala tuju kita sekarang ini adalah memberi pendekatan terhadap
pengamalan Go Back to Basics dengan memastikan pengurusan dan operasi diasaskan
kepada suatu sistem kualiti menyeluruh, misalnya TQM. TQM melibatkan transformasi
budaya yang berterusan, di mana trait pada masa kini diadaptasikan, diubah atau
diperkukuhkan dengan amalan-amalan baru dan yang lebih efisien. Amalan-amalan
tersebut melibatkan perubahan sikap dan nilai, sistem dan prosedur, prosedur
operasi serta struktur organisasi.
Kita perlu meneliti kembali tentang perlunya Manual Prosidur Kerja
(MPK) sebagai satu usaha untuk memperbaiki proses kerja untuk memberi consistency
kepada kepuasan pelanggan kita. Berikutan dari ini, semua pegawai kerajaan sepatutnya
mempunyai Fail Meja yang sekarang ini dibuat dalam bentuk elektronik. Standard
Operational Procedures (SOP) juga memberi ketelusan didalam menjalankan kerja
dan proses, senang diaudit dan kesinambungan perkhidmatan yang diberi kepada
pelanggan.
Kita juga perlu membangun sistem pengurusan berkualiti yang lebih
berintegrasi, selain memformulasikan qualitative dan quantitative monitoring
and evaluation system dan melaksanakannya untuk memantau dan menilai pelaksanaan
inisiatif kualiti ke atas seluruh agensi kerajaan negeri Sarawak. Kejayaan pelaksanaan
inisiatif-inisiatif kualiti dalam organisasi memerlukan penglibatan aktif serta
komitmen pengurusan atasan, seluruh kakitangan dan semua pasukan kerja.
5. Pembentukan disiplin yang tinggi
Disiplin merupakan satu perkara yang penting yang patut diamalkan
oleh pegawai kita yang berprinsip dan untuk membangunkan peribadi atau character
seseorang pegawai. Banyak isu-isu disiplin telah diketengahkan termasuk disiplin
kehadiran di pejabat, disiplin di dalam pengawalan harta kerajaan. Di sini saya
ingin menyentuh tentang tiga perkara: Kehadiran di Majlis Kerajaan, Dress Code
dan Aduan Awam
Sebagai pegawai dalam perkhidmatan awam negeri, kita seringkali
diundang untuk menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan. Dari pemerhatian yang
dibuat serta maklum balas yang saya terima, didapati bahawa majlis yang dianjurkan
kurang mendapat sambutan daripada tetamu yang diundang. . Dianggarkan peratusan
kehadiran tetamu ke majlis-majlis rasmi adalah di antara 20-30 peratus daripada
jumlah jemputan keseluruhannya. Terdapat banyak kekosongan tempat duduk yang
secara tidak langsung menampakkan pembaziran.
Pemantauan kehadiran tidak dapat dibuat dengan berkesan kerana
kebanyakan dif kenamaan dan tetamu mengesahkan kehadiran mereka di saat akhir.
Kes seperti Jawab Hadir tetapi tidak Hadir sering berlaku dan dialami
oleh penganjur.
Saya juga ingin memberi amaran bahawa pegawai yang didapati gagal
menghadiri majlis-majlis rasmi sebanyak LIMA (5) kali berturut-turut tanpa alasan
yang munasabah akan dikeluarkan daripada senarai jemputan dan tidak akan dijemput
ke majlis-majlis rasmi untuk satu tempoh tertentu. Peraturan ini akan dikuatkuasakan
mulai tahun ini. Kegagalan ini juga akan mengakibatkan penolakan point (minus
points) bila point system ini dilaksanakan.
Dengan kemajuan yang serba canggih kini, sistem jemputan elektronik
(E-Invitation) akan dilaksanakan pada tahun ini juga. Surat pekeliling telahpun
dihantar untuk makluman awal kepada semua Jabatan Kerajaan dan agensi. Semua
jemputan untuk majlis-majlis rasmi kerajaan akan dihantar kepada tetamu melalui
e-mail masing-masing. Jawapan ke atas jemputan ini juga hendaklah dihantar balik
dengan cara yang sama (e-mail).
Saya juga ingin mengingatkan setiap pegawai agar mematuhi Dress
Code yang ditetapkan untuk menghadiri majlis-majlis tertentu termasuk Majlis
Istiadat, di mana pakaian istiadat (Civil Service Uniform) hendaklah dipakai
semasa menghadiri majlis tersebut.
Aduan awam merupakan satu sukatan kasar tentang persepsi pengguna
dan pelanggan kita terhadap perkhidmatan awam. Hingga ke hari ini, terdapat
peningkatan dalam aduan awam terhadap perkhidmatan jabatan-jabatan kerajaan
dan agensi awam. Justeru itu, maka adalah perlu setiap Kementerian/Jabatan/Agensi
mewujudkan Seksyen Perhubungan Awam masing-masing supaya dapat membantu dalam
menyelesai aduan awam secara lebih efisien dan efektif.
Seksyen Perhubungan Awam di bawah Unit Perhubungan Awam dan Korporat,
Jabatan Ketua Menteri (dulu dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Awam) telah menerima
sebanyak 106 aduan daripada orang awam sepanjang tahun 2002. Terdapat 48% adalah
dalam kategori personel termasuk terhadap pegawai kanan dalam perkhidmatan awam
manakala 52% merupakan aduan terhadap perkhidmatan yang disediakan.
Setiap aduan awam perlu ditangani secara cekap dan efisien bagi
meyakinkan orang ramai terhadap perkhidmatan awam dan kerajaan negeri. Aduan
awam secara positifnya boleh disifatkan sebagai satu cara penyertaan rakyat
dalam proses pembangunan negara. Aduan-aduan yang kita terima bukan hanya terhadap
orang perseorangan malah sehingga ke peringkat orang-orang kenamaan.
Untuk itu, Ketua-Ketua Jabatan perlu lebih sensitif dan komited
dalam menangani aduan-aduan awam yang menampakkan bahawa expec-tations rakyat
adalah semakin tinggi terhadap pentadbiran kerajaan; atas dasar ketelusan pentadbiran
perkhidmatan awam. Kepada Ketua-ketua Jabatan yang komited dalam menangani aduan
awam, saya ucapkan terima kasih dan usaha ini perlu diteruskan lagi supaya rakyat
akan lebih memahami cara pentadbiran kerajaan dilaksanakan dan peka terhadap
masalah-masalah pelaksanaan.
Ketua-ketua Jabatan dan juga pegawai perhubungan awam perlu bekerjasama dengan
agensi-agensi kerajaan lain dalam menangani dan menyelesaikan isu-isu atau aduan
awam yang melibatkan jabatan masing-masing yang semakin bertambah.
Kerajaan Negeri Sarawak senantiasa bekerjasama dengan Biro Pengaduan
Awam (BPA) dalam menangani aduan awam dari masa ke masa.
Secara keseluruhannya perkhidmatan awam negeri tidak menghadapi
masalah disiplin yang serius. Meskipun begitu, semua Ketua Jabatan/Agensi diingatkan
supaya mengambil inisiatif bagi meningkatkan disiplin di kalangan kakitangan
agensi masing-masing. Inisiatif-initiatif seperti mengadakan ceramah mengenai
disiplin adalah penting. Selaku Ketua Jabatan/Agensi adalah mustahak untuk menilai
disiplin kendiri dan seterusnya menjadi role model kepada kakitangan bawahan.
Justeru itu, kakitangan akan dapat memberi perkhidmatan tanpa fear and favour
kepada rakyat.
6. Mempertingkatkan Perkhidmatan Berasaskan Kehendak Pelanggan
Meskipun secara keseluruhannya saya berpuas hati di atas mutu
perkhidmatan yang telah ditunjukkan oleh semua agensi kerajaan Negeri, namun
saya percaya ia masih boleh dipertingkatkan lagi. Fokus kita adlah untuk memberi
perkhidmatan yang betul-betul diperlukan oleh pelanggan kita. Oleh itu, selain
daripada menyediakan perkhidmatan kaunter yang berkualiti dan mengurangkan red-tape,
semua agensi kerajaan Negeri juga digalakkan untuk melak-sanakan Program
Hari Bertemu Pelanggan.
Melalui program ini, usaha Kerajaan untuk memberikan perkhidmatan
yang terbaik dan pengamalan konsep mesra rakyat akan dapat dicapai. Jabatan
Ketua Menteri, Bahagian Pentadbiran Am dan Sumber Manusia (PASMA) mulai pada
tahun ini akan mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan bersama-sama
dengan Pejabat Residen dan Daerah di setiap bahagian. Program tersebut telahpun
bermula di Kapit pada 23 Januari 2003 yang lepas. Usaha ini bertujuan untuk
memberi peluang kepada rakyat/orang awam di luar Kuching mengenali dan mendapatkan
perkhidmatan yang berkaitan secara terus daripada Jabatan Ketua Menteri amnya
dan PASMA khususnya.
Di samping itu juga, semua Ketua Jabatan diingatkan supaya menyediakan
buku-buku panduan yang mempunyai nilai-tambah (seperti memasukkannya di laman
web) mengenai tugas dan proses kerja masing-masing untuk kemudahan pelanggan
dan orang ramai ketika berurusan dengan mereka. Semua agensi diminta untuk memulakan
projek ini jika mereka belum berbuat demikian tahun ini.
7. Meningkat dan Memperkemas Peranan JKKK
Sejak tahun 1998 kerajaan telahpun meluluskan garis paduan penubuhan
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru untuk memperkemaskan
dan memantapkan lagi fungsi dan peranan JKKK di negeri Sarawak. Selaras dengan
keputusan tersebut saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan Residen
dan Pegawai Daerah supaya terus memantau dan berdampingan dengan JKKK terutamanya
dalam usaha untuk memajukan kampung, daerah dan bahagian masing-masing. JKKK
adalah suatu institusi yang menjadi sebahagian daripada jentera pentadbiran
kerajaan yang paling bawah, iaitu di peringkat rumah panjang dan kampung. Oleh
itu, Institusi JKKK di Sarawak perlu diperkuat dan dimantapkan untuk mengerakkan
pemimpin-pemimpin di peringkat kampung dan rumah panjang supaya lebih berdaya
saing dan berdaya maju dalam mengharungi cabaran wawasan 2020.
JKKK perlu dijadikan badan perhubungan antara orang-orang kampung
dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dari segi pemahaman
tentang dasar Kerajaan dan cara pelaksanaannya.
8. Membangun Pegawai yang berfikir dan berkebolehan untuk Penganalisaan
Dasar
Pegawai Perkhidmatan Awam perlu melalui proses pembelajaran berterusan
dari mula iaitu dari hari ia memasuki Perkhidmatan Awam sampailah ia keluar
dari perkhidmatan. Dia mestilah membangun kapasiti untuk berfikir secara strategik,
berfikir dengan lebih dalam (at a higher level) dan berfikir kelabu (think grey).
Pembangunan kebolehan berfikir ini akan diusahakan dengan program
asas bagi pegawai kanan dengan mengadakan workshop, case studies dan seminar.
Pegawai juga akan ditempatkan di agensi atau syarikat swasta (kerajaan
dan bukan kerajaan) seperti Shell dan Petronas supaya mereka boleh belajar cara-cara
membuat keputusan dan yang penting untuk membangun cara berfikir yang lebih
baik.
Pegawai juga akan digalakkan untuk mempelajari kebolehan lain
supaya mereka menjadi multi skilled. Ini penting bagi pegawai d peringkat bawahan
supaya masa dan kebolehan mereka akan dapat digunakan sepenuhnya (driver/messenger/clerk/mechanics).
Ganjaran dan hadiah yang sesuai diberi untuk mereka yang menunjukkan
inovasi dan yang dapat mereka sesuatu yang boleh menjimatkan perbelanjaan, mempercepatkan
proses dan menambah hasil pendapatan.
Kementerian dan agensi juga digalakkan untuk memper-tingkatkan
keupayaan untuk perancangan, analisa dan pembentukan dasar, (policy planning,
analysis and formulations). Kerajaan akan melatih dan mengambil pegawai pakar
yang mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan kajian dan penganalisaan
untuk membuat keputusan yang lebih baik dan berkesan, terutama sekali dalam
bidang pelaburan (investments) dan penilaian projek.
Kerajaan juga akan membuat hubungan dengan institusi kajian, universiti
dan badan berkecuali (NGO) dan sektor swasta untuk menjalan kan kajian yang
sesuai.
9. Mempertingkatkan keselamatan dalam Perkhidmatan Awam
Dari segi keselamatan pula, semua Ketua Jabatan adalah diingatkan
supaya sentiasa meningkatkan aspek keselamatan pejabat. Ini penting bagi mengelakkan
berlakunya kes-kes seperti kehilangan kereta Kerajaan dan pencerobohan pejabat.
Ketua Jabatan/Agensi juga diarahkan supaya mem-pertingkatkan keselamatan maklumat
kerajaan yang terdapat di dalam sistem komputer. Aspek kese-lamatan seperti
penjagaan kata laluan hendaklah dianggap sebagai sesuatu yang amat penting bagi
mengelakkan ia disalah-gunakan oleh mana-mana pihak yang tidak ber-tanggungjawab.
Keselamatan adalah penting bagi kesejahteraan aktiviti ekonomi,
sosial, budaya dan politik. Dan jika dilihat kepada apa yang berlaku hari ini,
keselamatan merupakan suatu juadah atau komoditi yang kritikal di dalam pembangunan
negara.
Keselamatan tidak boleh diketepikan, tidak boleh dianggap remeh
atau datang sendiri bergolek. Keselamatan harus disusun dengan penentuan polisi-polisi
yang mantap dan legal, serta sikap ber-tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi
oleh semua yang terlibat termasuk kita semua. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri
telah mewujudkan unit keselamatan yang diketuai oleh seorang Pengarah di Jabatan
Ketua Menteri bagi melaksana, mentadbir, menilai dan mengaudit, dan mengurus
penukaran arus keselamatan supaya semua jalinan-jalinan sistem yang mengendalikan
soal-soal ke-selamatan sentiasa berada di tahap yang tinggi.
Keselamatan yang tinggi dan terjamin akan menambahkan aktiviti
perniagaan dan juga bagi pencapaian kehidupan yang lebih berkualiti.
Program-program yang dijangka diambil oleh unit ini antara lainnya
termasuklah kajian tentang keselamatan dan mengwujudkan laman web yang dipanggil
SARAWAKSAFE bagi tujuan menyebar matlamat dan nasihat tentang keselamatan dan
juga memain peranan consultative menjawab sebahagian besar pertanyaan yang berhubungkait
dengan keselamatan.
Adalah difikirkan di zaman ICT ini banyak ancaman-acaman yang
disalurkan melalui komputer termasuk jenayah komputer, penipuan dan penyebaran
matlumat palsu serta scandalous. Matlumat scandalous bertujuan untuk menjatuhkan
maruah sesesorang atau organisasi atau kerajaan yang memerintah. Sudah tentu
semua mangsa kepada ancaman ini perlu diberi suatu pembelaan samada melalui
criminal remedies atau pun civil remedies. Oleh yang demikian, unit keselamatan
bersama dengan SAINS akan mengwujudkan satu jawayankuasa yang dipanggil CYBERSPACE
COMMITTEE bagi tujuan menyemak dan mengenalpasti sumber-sumber matlumat tersebut
dan membuat penilaiaan serta tindakan-tindakan yang diperlukan.
10. Mempertingkatkan Peranan Audit Dalam
Setakat itu, Unit Audit Dalam telah berjaya dalam usaha untuk
menjalankan pelbagai aktiviti dan melaksanakan pelbagai projek tanpa mengalami
apa-apa risiko yang ada kesan atau impak yang sangat serius dari segi kewangan,
keselamatan dan imej Kerajaan. Aktiviti-aktiviti itu adalah seperti pengurusan
kewangan, pengurusan sistem maklumat perakauanan, pengurusan aset kerajaan,
pengurusan operasi penyelenggaraan, pengurusan operasi stor, pengurusan operasi
prosesan maklumat, pengurusan pangkalan data dan sebagainya. Kejayaan kita mungkin
kita bernasib baik sebab risiko atau kejadian yang tidak diingini yang mungkin
berlaku tidak terjadi.
Pada pendapat saya, kita tidak boleh sentiasa bergantung atas
nasib sama sekali. Kita mesti bersedia untuk menghadapi semua jenis risiko yang
mungkin akan berlaku supaya kita tidak terperanjat jika ia berlaku dan bersedia
mengambil tindakan yang wajar dan rasional. Kita perlu juga mengambil tindakan
yang wajar bagi mencegah risiko-risiko berkenaan dengan setiap aktiviti atau
projek berlaku.
Soalan yang timbul sekarang adalah bilakah tindakan berkaitan
dengan pengurusan risiko bermula dan siapakah yang bertanggungjawab?
Ia sepatutnya bermula pada masa setiap aktiviti atau projek dirancangkan.
Ini bermakna perancangan bagi perlaksanaan aktiviti-aktiviti dan projek-projek
serta pencapaian ciri-ciri kualiti output yang diingini tidak boleh menumpukan
ke atas perkara Apa, Mengapa, Bila, Di Mana, Siapa dan Bagaimana sahaja. Pengkenalpastian
risiko-risiko yang mungkin akan berlaku semasa setiap aktiviti dijalankan atau
projek dilaksanakan, penilaian ke atas kesan atau impak jika ianya berlaku dan
tindakan yang perlu diambil untuk mencegah ia berlaku atau mengurangkan kesan
atau impak jika ianya berlaku perlu dibuat pada peringkat perancangan. Permulaan
tindakan pengurusan risiko pada peringkat setiap aktiviti atau projek dirancang
adalah mustahak kerana perlaksanaan tindakan pengurusan risiko akan melibatkan
kos. Dalam keadaan itu, Anggaran Belanjawan yang disediakan bagi setiap aktiviti
atau projek akan menjadi anggaran yang lebih lengkap.
Oleh yang demikian, setiap Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun
dan Kuasa Tempatan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa
Pengurusan Risiko. Ahli-ahli Jawatankuasa mesti terdiri daripada pegawai kanan
yang mempunyai banyak pengalaman dalam pengurusan aktiviti atau perlaksanaan
projek. Tugas Jawatankuasa itu adalah untuk:
i. mengenal pasti semua jenis risiko yang mungkin akan berlaku
berhubungan dengan setiap jenis aktiviti atau projek berkenaan
ii. menilai kesan setiap risiko dan kebarangkalian ianya berlaku
iii. mencadangkan tindakan wajar yang perlu diambil untuk mencegah
risiko berlaku atau mengurangkan kesan atau impak jika ianya berlaku
iv. menyemak tahap risiko serta kewajaran tindakan pencegahan
yang telah diambil dari semasa ke semasa.
11. Peningkatan Tahap Kesihatan di dalam Perkhidmatan Awam
Kesihatan pegawai adalah perkara yang penting untuk pembangunan
Perkhidmatan Awam yang efisien dan berkualiti. Pembangunan pegawai yang boleh
berfikir juga memerlukan pegawai yang bukan sahaja sihat tetapi yang dapat memahami
bahawa kesihatan itu merangkumi seluruh aspek kehidupan. Pegawai yang tidak
sihat tidak akan dapat bekerja dengan baik atau optima. Kerajaan juga perlu
berbelanja berjuta ringgit kerana membayar bil-bil dari klinik. Selain dari
itu banyak masa yang terbuang oleh kerana pegawai tidak sihat dan memerlukan
rawatan.
Oleh itu adalah penting semua pegawai memahami tentang pentingnya
budaya hidup sihat dan cuba untuk mempraktikkannya. Wellness atau kesihatan,
adalah dianggapkan satu pekara yang penting di dalam kehidupan manusia, mungkin
yang paling penting.
Kesihatan tubuh badan kita bergantung dengan sejauh mana kita
menjaga diri kita sendiri. Ini merupakan kunci kepada kesihatan (wellness).
Tidak ada program kerajaan atau initiative sektor swasta yang dapat memberi
kesihatan kepada rakyat. Penubuhan klinik dan pusat perubatan, hanya boleh meningkatkan
perkhidmatan kesihatan tidak dapat menjamin kesihatan seseorang. Sebenarnya
kita sebagai individu yang boleh menentukan keadaan kesihatan diri kita, bukan
doktor dan ubat.
Total wellness merupakan integrasi jasmani, keadaan rohani dan
perasaan jiwa kita.
Wellness is the full integration of our physical self, our mental
capacity and our spiritual instincts, the body, mind and soul. Ianya ialah kesedaran
bahawa apa yang kita buat, fikir, rasa dan percaya mempunyai kesan (impact)
kepada sikap dan keadaan kesihatan. (attitude and our well being).
Wellness merupakan satu pilihan. Satu pilihan dalam perjalanan
hidup kepada kehidupan yang lebih bahagia. Wellness is a process - a journey
- satu proses yang tidak ada penghujung. Kesihatan dan kebahgian boleh didapati
sekarang pada masa ini.
Wellness ialah satu cara hidup satu lifestyle yang responsif kepada
kehendak badan, minda dan jiwa kita (the needs of the body, the mind and the
soul). Ia merupakan satu cara kita mahu hidup dan untuk mencapai potensi kita.
Oleh itu semua pegawai kerajaan hendaklah cuba untuk mencapai
satu standard baru dalam hidup kita. Apa saja keadaan fisikal kita, yang penting
ialah kita mesti mencari pembaikan yang berterusan dan perubahan di dalam semua
aspek kehidupan kita. Ianya lebih daripada penjagaan diri kita dari dihinggapi
sakit. Ianya mencari tingkat kecemerlangan yang baru untuk keadaan kesihatan
badan, minda dan jiwa kita. (It is a search for new levels of excellence in
our physical, mental and spiritual health).
Kebanyakaan orang berfikir asas kesihatan ialah menjaga kesihatan
kita dengan makanan yang baik, dan dengan membuat exercise pada waktu yang tertentu.
Tetapi total wellness, adalah lebih dari itu. Objektif utama wellness ialah
keupayaan kita untuk memperbaharui hidup kita dengan berterusan dan keupayaan
untuk hidup dengan merasa ke-bahgiaan. True wellness ialah kebolehan kita untuk
menjanakan satu keadaan kebahgiaan di dalam hidup kita, hari demi hari, minggu
demi minggu dan tahun demi tahun.
Apalah ertinya kualiti hidup kita jika ianya satu pertarungan
yang tidak berkesudahan menentang perut yang semakin besar (battle of the bulge),
jika ianya merupakan satu program dieting dan exercise yang mem-bebankan diri
kita. Di dalam hidup kita mahu merasa ketenangan, merasa kepuasan. Kita mahu
menjadi seorang yang kreatif dan bijaksana dan dengan berbuat demikian kita
akan mengecapi kenikmatan dalam semua aspek kehidupan, badan, minda dan jiwa,
dan hubungan dan pembangunan diri.
Wellness is measured by the joy we derive from live, the quality
of live we lead, and not the length of life we have.
Wellness adalah penting bukan saja kepada pembangunan diri seseorang tetapi
juga untuk organisasi. Dengan selalu mencari untuk mencapai tahap wellness akan
memberi rangsangan untuk pekerja menjadi lebih inspired and creative. Mereka
yang mendapat keseronokan di dalam hidup mereka akan menjadi lebih produktif
kerana mereka memperolehi keseronokan dan kepuasan dari kerja mereka. Dan mereka
sedar bahawa dengan memberi khidmat kepada orang lain mereka akan mememui tujuan
hidup yang sebenarnya.
Wellness ialah menentukan satu tahap yang tinggi dalam hidup,
untuk bercinta, untuk kreativiti dan pembangunan akal fikiran. Jika harapan
kita di dalam perkara in rendah kita tidak akan dapat merasa total wellness
yang sebenar-benarnya. Setting high standard makes everyday worth living and
tomorrow worth looking forward to.
Program total wellness akan diperbaiki dan diperluaskan untuk
semua pegawai di dalam Perkhidmatan Awam Negeri. Dengan pemahaman mendalam mengenai
apa yang dikehendaki untuk pencapaiannya, kesihatan pegawai kita dari semua
aspek dapat dipertingkatkan.
b) Pengstrukturan Organisasi Perkhidmatan Awam
12. Ke Arah Struktur Organisasi Masa Hadapan
Semua agensi diminta untuk mengkaji semula fungsi jabatan dan
agensi dan peranan mereka dengan tujuan untuk membentuk satu perkhidmatan yang
lebih kecil (leaner) tetapi lebih efisien.
Pihak Kementerian hendaklah menubuh satu taskforce untuk membuat
kajian penstrukturan, dan memastikan supaya tidak ada pertindihan di dalam proses
kerja.
Kita juga perlu melihat sama ada fungsi atau perkhidmatan jabatan
dan agensi dapat dibuat oleh sebuah agensi sahaja. Kajian dibuat untuk melihat
sama ada one-stop-counter-service dapat dipertingkatkan lagi supaya ianya membolehkan
lebih banyak perkhidmatan agensi diuruskan di satu tempat dengan menggunakan
kiosk elektronik.
Agensi Kerajaan hendaklah mempertingkatkan kebolehan dan keupayaan
mereka kepada fungsi teras atau core functions sahaja. Kerja-kerja lain yang
lebih baik dibuat oleh pihak swasta bolehlah diberi kepada sektor swasta melalui
kontrak outsourcing atau privatisation. Kita juga perlu membuat hubungan rapat
dengan agensi persekutuan supaya pertindihan tidak berlaku.
Sekarang isu-isu dan masaalah yang dihadapi oleh pegawai kerajaan
sudah menjadi lebih kompleks dan ianya memerlukan organisasi dan pegawai yang
lebih fleksibel.
Langkah-langkah hendaklah diambil untuk mengatur struktur organisasi
dengan cara yang tidak formal iaitu dengan menubuhkan kumpulan atau tim yang
dipertanggungjawabkan untuk menjalankan sebauh projek dari mula sampai akhir.
Kumpulan ini hendaklah terdiri dar semua pegawai yang terlibat dan diberikuasa
untuk membuat keputusan diatas projek tersebut.
Tujuan kita ialah supaya budaya keja ini dapat diserapkan ke dalam
perkhidmatan awam negeri yang membolehkan organisasi fomal yang fleksible, lebih
mendatar (flat) dibangunkan supaya bureaucracy dan red tape akan dapat dihapuskan
dari perkhidmatan kita.
c) Proses Kerja
13. Proses Kerja yang lebih efisien
Kecekapan kerajaan dalam semua bidang akan dapat dipertingkatkan dengan pembaikan
proses kerja. Proses kerja boleh diperbaiki dan disingkatkan dengan penggunaan
IT. Pengunaan IT juga akan memberi perkhidmatan real time menerusi rangkaian
elektronik.
Perkhidmatan Awam perlu memupuk pemikiran di kalangan pegawai
supaya perkhidmatan cepat dan prestasi yang tinggi menjadi satu budaya kerja.
Budaya ini dengan sendirinya akan menggalakkan perubahan dan pembaikan yang
berterusan.
Kerja yang rutin dan berulang hendaklah dijalankan oleh mesin
(automation) kerana kerja tersebut lebih senang dan economic jika dibuat oleh
robot jika ada permintaan yang tinggi untuk produk tersebut. Begitu juga kerja
kerja yang berat dan berbahaya seboleh-boleh nya dijalankan oleh jentera berat.
Dengan pekerja yang lebih kompeten, mereka boleh dipertanggung-jawabkan
untuk membuat keputusan supaya keputusan boleh dibuat di tempat bekerja yang
akan melicinkan lagi jentera pentadbiran. Dengan ini, semua agensi dikehendaki
untuk menjalankan kajian atas proses kerja yang boleh diperbaiki.
14. Mempertingkatkan Proses Kawalan Kewangan
Dalam aspek pen-gurusan kewangan dan akaun, sukacita saya ingin
mengingatkan semua jabatan dan agensi supaya sentiasa meningkatkan kecekapan
di dalam pengurusan kewangan dan akaun masing-masing. Ini untuk memastikan semua
urusan yang berkaitan dengan kewangan dan akaun diurus dengan baik. Amalan yang
tidak sihat serta membazir wang kerajaan perlu dihentikan.
Saya ingin menggesa agar kawalan pengurusan perlu diwujudkan bagi
memastikan arahan dan prosidur berkaitan dipatuhi supaya tanggungjawab kewangan
dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dari Laporan Ketua Audit Negara (bagi negeri
Sarawak, tahun 2001) beberapa kelemahan dari segi kawalan perbelanjaan pengurusan
hasil dan pengurusan harta modal dan inventori masih lagi terdapat di jabatan
negeri. Oleh itu, pelaksanaan kawalan dalaman seperti semakan harian, pemeriksaan
mengejut dan sebagainya harus dipertingkatkan khasnya di peringkat jabatan dan
perbendaharaan kecil.
Langkah untuk menambahbaik semua urusan kewangan perlulah diambil
supaya ia lebih efisien dan efektif. Jabatan Ketua Menteri contohnya, melalui
penstrukturan semula organisasinya telah memperkemaskan urusan kewangan dan
perakaunannya supaya ia lebih mantap dan berkesan.
Adalah disyorkan supaya Bahagian Akaun dan unit di semua Jabatan
dan agensi di pertingkatkan dan diberi tanggungjawab termasuk:
i) memastikan unit-unit di bawah kawalannya mematuhi semua peraturan
dan arahan yang termaktub dalam Akta Prosedur Kewangan, Arahan Perben-daharaan,
Pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa;
ii) menyelia, membimbing dan memberi bantuan untuk melengkapkan
pegawai dan kakitangan dengan kemahiran serta ilmu yang bersesuaian dalam bidang
perakaunan dan kewangan yang diperlukan oleh mereka; dan
iii) merancang dan seterusnya memantau semua urusan yang berkaitan
dengan perakaunan dan kewangan kerajaan di unit-unit ini.
Jabatan Ketua Menteri juga bercadang untuk memusatkan aktiviti
kewangan dan perakaunan di beberapa unit di bawahnya ke Unit Pentadbiran Am.
Pemusatan aktiviti-aktiviti kewangan ini juga patut di contohi oleh agensi-agensi
lain supaya perancangan dan pemantauan ke atas aktiviti perakaunan dan kewangan
bagi unit-unit ini dapat diperkemas dan dipermudahkan; Ianya juga akan membolehkan
penyelarasan proses penghantaran laporan kewangan kepada Pejabat Perbendaharaan
Negeri pada setiap bulan dan proses ini boleh dipercepatkan lagi. Pemusatan
juga membolehkan transaksi perbelanjaan harian unit-unit yang terlibat dapat
dirancang serta dipantau dengan lebih teratur dan berkesan.
d) Pembangunan ICT
15. Pembangunan ICT Bersapadu yang lebih Pesat
Penyeragaman Produk dan teknologi
Semenjak penubuhan SITC atau Majlis Teknologi Maklumat Negeri
(sekarang SITRC) dalam tahun 1993, fokus utamanya ialah kepada pelaksanaan ICT
di Kementerian dan Jabatan. Selain pihak berkuasa tempatan yang besar, semua
pihak bekuasa tempatan dan badan berkanun Kerajaan Negeri telah membangunkan
program ICT sendiri. Ini merupakan peraturan sementara oleh kerana SITRC mempunyai
bidang kuasa di atas pembangunan dan pengurusan ITC di semua Agensi kerajaan
Negeri. Semua Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah dikehendaki
dari sekarang untuk mengemukakan ran-cangan, program dan pembelian untuk kelulusan
SITRC. Dengan ini semua hardware and software yang digunapakai oleh Perkhidmatan
Awam Negeri termasuk Badan Berkanaun dan Pihak Berkuasa Tempatan dapat diseragamkan.
Penggunaan Open Source Software
Untuk menjimatkan kos, Kerajaan Negeri telah bersetuju
untuk menggunakan open source software di mana boleh. Kerajaan telah bersetuju
dengan pengunaan Star Office version 6 sebagai office automation (OA) software
yang baru. Pengunaan dan pembelian of other OA software yang lain hanya akan
dibenar jika betul-betul ada keperluan.
Pembayaran secara elektronik
Semua agensi pengeluar bil dikehendaki untuk menghantar bil mereka
dan menerima bayaran dengan menggunakan system electronic bills presentment
and payment (EBPP). Mereka dikehendaki bekerjasama dengan Unit ICT. Sekarang
pembayaran bil kepada agensi bukan kerajaan Negeri boleh juga dibuat menerusi
sistem EBPP.
Semua pegawai kerajaan Negeri adalah digalakkan menggunakan EBPP
oleh kerana ia menjimatkan masa dan membolehkan bayaran dibuat pada masa tertentu.
16. Plan Strategik ICT untuk Perkhidmatan Awam Negeri
Semua agensi Kerajaan Negeri dikehendaki untuk menyemak Rancangan
ICT bagi tahun 2003 2007 sebagai sebahagian daripada pen-yelarasan tahunan.
Perancangan ini akan dipanjangkan ke daerah-daerah dalam tahun ini. Chief Information
Officers (CIOs) dari semua Pejabat Daerah akan dilantik dan diberi latihan mengenai
metodologi penyiapan plan ini.
Agensi-agensi yang telah kehilangan CIO mereka oleh kerana perpindahan
tempat kerja dikehendaki membuat saranan yang akan dipertimbangkan oleh Unit
ICT.
Untuk makluman, 57 projek ICT telah diluluskan untuk pelaksanaan
pada tahun 2003. Ini termasuk permohonan yang diterima pada tahun 2002.
Kerajaan juga telah bersetuju supaya semua borang yang tidak tertutup
termasuk borang permohonan pekerjaan mestilah dimasukkan ke dalam sistem komputer
yang boleh dipindahmuat (downloadable) dariapda internet. Semua agensi hendaklah
memberi sokongan kepada usaha ini.
Semua agensi perlu mengatur secara berterusan latihan yang diperlukan
oleh pegawai yang menjalankan kerja IT untuk mempertingkatkan kebolehan dan
pengetahuan mereka. Mereka ini termasuk: CIO (Chief Information Officer) IT
Focal Person, Pegawai keselamatan ICT dan Webmaster.
17. Peningkatan Penggunaan Bersama Data-Data Kerajaan
(Information Sharing)
Semua maklumat yang diambil, disimpan dan digunakan adalah hak
milik Kerajaan. Kecuali dokumen tersebut mengancam keselamatan dan ditanda sebagai
rahsia, ianya mestilah digunakan bersama-sama agensi lain yang memerlukannya.
Pengunaan bersama data yang ada pada kita adalah perlu jika kita
mahu mengurangkan pertindihan dan pembaziran. Dan memastikan keutuhan data dan
informasi untuk membuat keputusan.
Dengan adanya rangkaian Sarawaknet yang disambung ke semua agensi
termasuk badan berkanun dan kuasa-kuasa tempatan, penggunaan bersama data ini
akan dapat dibuat dengan lebih luas lagi.
Semua ketua jabatan dan agensi diminta untuk berkerjasama di dalam
pengendalian data mereka supaya dapat digunapakai oleh semua mereka yang memer-lukannya
melalui Sarawaknet.
Perancang Negeri
Tidak dapat dinafikan bahawa sebagai anggota perkhidmatan awam,
kita sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran lebih lebih lagi dalam hal-hal
pembangunan. Era IT dan globalisasi menghendaki kita untuk memperhebatkan kemahiran,
pengetahuan dan tahap profesionalisme kita. Aspirasi dan expectation rakyat
yang kian meningkat memerlukan agar kita lebih sensitif dan lebih bijak menangani
isu-isu semasa dan yang bakal muncul.
Kajian Separuh Penggal RMK8 (KSP-RMK8)
Sepertimana yang kita sedia maklum, kita telah pun memasuki tahun
ketiga Rancangan Malaysia Ke Lapan. Pada tahun ini, kita akan mengkaji semula
pencapaian projek-projek RMK8 yang telah dilaksanakan. Untuk itu, proses Kajian
Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke Lapan (KSP-RMK8) telah dimulakan.
KSP-RMK8 diadakan dengan tujuan untuk menilai kemajuan pembangunan
ekonomi negeri bagi tempoh dua tahun pertama 2001-2002, mengenalpasti halangan
yang dihadapi dan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi isu-isu yang
menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Kajian ini juga meneliti prospek bagi tempoh
akhir Rancangan serta mencadangkan strategi yang sesuai untuk mempercepatkan
pencapaian Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan status negeri maju menjelang
tahun 2020.
Pekeliling mengenai KSP-RMK8 bagi negeri Sarawak akan dikeluarkan
sebaik sahaja kita menerima pekeliling daripada pihak Unit Perancang Ekonomi
(UPE), Kuala Lumpur. Sejajar dengan ini, saya ingin mengesa semua Setiausaha
Tetap, Residen dan Ketua Jabatan meneliti dan memberi perhatian serius terhadap
penyemakan semula program dan projek pembangunan RMK8 dan bekerjasama dengan
Unit Perancang Negeri (SPU) dan Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Projek (PIMU).
Selaras dengan visi pencapaian 100% dalam pelaksanaan projek RMK8,
komitmen, sokongan dan kerjasama daripada semua pegawai dan kakitangan kerajaan
amatlah diperlukan. Memandangkan kepada kepentingan ini, proses penilaian KSP
yang bermula tahun ini, akan melibatkan perkara-perkara berikut:
a) Menyemak semula dan menentukan keutamaan projek-projek yang
telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia dan di mana perlu menyusun semula
termasuk menggugurkan projek-projek yang didapati tidak sesuai lagi.
b) Mengkaji dan menilai semula prospek perlaksanaan program/projek
pembangunan Rancangan Malaysia dan seterusnya mengenalpasti serta menge-mukakan
cadangan dan langkah-langkah yang perlu bagi mengatasi masalah-masalah yang
sedang dihadapi.
c) Menimbang cadangan-cadangan projek baru untuk dilaksanakan
dalam jangka masa 2003-2005.
d) Mengemukakan cadangan untuk memperbaiki kelemahan dalam pelaksanaan
projek
Untuk tujuan ini, beberapa kumpulan perancang antara agensi (IAPG)
dan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) akan dibentuk dan saya minta semua yang terlibat
supaya memberi sumbangan masing-masing dalam semangat kerja berpasukan (teamwork).
Pelan Strategik Bahagian (2003-2015)
Sebagai usaha untuk memantapkan lagi proses pembangunan pada tahun
ini, kita akan memberi perhatian khusus kepada perancangan pembangunan di peringkat
bahagian. Untuk itu, setiap bahagian akan menyediakan Pelan Strategik Bahagian
(Divisional Strategic Plan). Secara amnya, pelan ini memberi fokus kepada isu-isu
utama yang dihadapi oleh setiap bahagian dalam jangka masa 5 10 tahun
akan datang.
Kepentingan Pelan ini adalah :
Sebagai panduan untuk merangka pembangunan bahagian di
masa hadapan
Sebagai kerangka untuk menghubung aktiviti perancangan
dengan aktiviti pelaksanaan.
Untuk menjajarkan pelan pembangunan bahagian dengan objektif
pembangunan negeri secara keseluruhan.
Memastikan penyelarasan pembangunan bahagian secara menyeluruh
Saya ingin menyeru agar semua Residen memberi perhatian yang serius
terhadap pengubalan pelan strategik masing-masing.
Pelaksanaan & Pemantauan Projek
Salah satu tanggungjawab penting kebanyakan agensi kerajaan adalah
di dalam pelaksanaan projek pembangunan khususnya projek RMK8. Tanggungjawab
ini dijalankan sama ada selaku agensi klien ataupun agensi pelaksana. Namun
demikian matlamatnya adalah sama, iaitu untuk memastikan supaya semua projek
pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut jadual, kualiti dan kos
yang telah dirancang. Beban tanggungjawab ini menjadi semakin mencabar apabila
bilangan dan kos projek meningkat tetapi sumber (Kewangan dan kakitangan) tidak
banyak berubah. Di sinilah ukuran productivity menjadi kritikal, iaitu apakah
agensi kerajaan masih dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan cekap dan berkesan
untuk memenuhi kehendak pelanggan yang semakin meningkat.
Oleh yang demikian saya ingin menasihat semua agensi kerajaan
yang terlibat dalam projek pembangunan ini untuk mengkaji semula semua prosidur
dan proses mereka dalam melaksanakan sesuatu projek. Cara yang mudah ialah dengan
mendokumentasikan semua proses pelaksanaan dalam bentuk proses kerja (work process)
dan aliran kerja (work flow) dengan menentukan tempoh masa yang diambil bagi
setiap proses. Dengan berbuat demikian, agensi akan dapat mengesan masa sebenar
yang diambil dalam setiap proses dan sama ada sesuatu proses itu ada memberi
nilai tambah atau sebaliknya. Sekiranya tidak, maka adalah penting untuk proses
tersebut dikaji semula supaya ia menjadi lebih mudah dan berkesan. Pemantauan
projek juga akan dapat dijalankan dengan lebih teratur kerana punca kelewatan
akan dapat diketahui dengan serta merta. Oleh yang demikian saya berharap agar
semua Ketua Jabatan memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini kerana
mendokumen-tasikan proses kerja bukan hanya bertujuan untuk mendapat Sijil ISO
tetapi yang lebih penting adalah untuk memperbaiki proses dan mutu kerja sesuatu
agensi.
Pada tahun ini Kerajaan Negeri akan menganjurkan Persidangan Residen,
Timbalan Residen dan Pegawai Daerah Negeri Sarawak pada 7 dan 8 April 2003 yang
mana juga adalah bersempena dengan Perayaan Ulang Tahun ke- 40 Kemerdekaan Sarawak
Dalam Malaysia. Dalam hal ini saya ingin menasihatkan semua Residen supaya dapat
menyiapkan Profail Bahagian masing-masing dengan segera kerana Profail Bahagian
merupakan keperluan penting (building blocks) di dalam penyediaan Pelan Perspektif
Bahagian. Saya juga ingin menasihatkan semua agensi kerajaan supaya dapat memberi
kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak Residen di dalam menjayakan penyediaan
Profail Bahagian masing-masing.
Pada tahun lepas Kerajaan Negeri telah diperuntukkan sejumlah
hampir RM195 juta dengan bilangan projek sebanyak 4,149 bagi melaksanakan Projek
Kecil (Peringkat Parlimen) PKPP. Prestasi pelaksanaan sehingga 10 Januari
2003 adalah memuaskan di mana hanya 9 projek tidak dapat dilaksanakan dan pencapaian
kewangan adalah sebanyak 81.5%. Walaupun berhadapan dengan kekangan masa (kurang
dari 3 bulan) dan pelbagai isu lain, Pejabat Residen dan Daerah sekali lagi
dapat menjalankan tugas ini dengan baik. Kejayaan ini dapat dicapai kerana adanya
komitmen dan kerjasama yang jitu antara agensi di peringkat Bahagian dan Daerah.
Syabas saya ucapkan.
Program Tahun 2003
Kita sedia maklum bahawa tahun 2003 ini menjanjikan lebih banyak
kesibukan yang menanti semua kakitangan awam kerana tahun ini telah diisytiharkan
sebagai Tahun Pelancongan Sarawak dan Tahun Sambutan Jubli Delima 40 tahun Sarawak
Merdeka. Saya berharap semua kakitangan awam yang terlibat nanti menyumbang
dan mengembeleng tenaga, berusaha dengan semangat kerja berpasukan bagi menjayakan
hasrat dan cita-cita kerajaan dan rakyat Sarawak dalam semua program perayaan
ini.
Sebagai tuan rumah dan penganjur beberapa persidangan, mesyuarat
dan sambutan perayaan di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan negeri tidak
dapat dinafikan peranan dan penglibatan Jabatan dan Agensi kerajaan serta pegawai
dan anggota perkhidmatan awam menjadi amat mustahak dan kritikal dalam upacara
perayaan dan sambutan yang berpanjangan seperti ini. Kita haruslah bersedia
dan komited ke arah menjana kecemerlangan dalam usaha-usaha murni ini.
Sebagai penutupnya, sekali lagi saya ingin merakamkan terima kasih kepada
semua yang hadir pagi ini.
Pagi ini, kita akan melancarkan versi baru laman web saya
ia itu SS Corner, dan untuk pertama kalinya, akan kita letakkan di Internet.
Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai kakitangan awam
terutama rakan-rakan kita yang berkhidmat di bawah Jabatan Persekutuan untuk
melayari laman web ini. Saya ingin menjemput semua untuk melanggan kepada laman
web ini agar memudahkan penyaluran maklumat dari pejabat saya kepada semua.
Semua ucapan, kertas kerja, bahan taklimat dan berita-berita semasa yang dipetik
daripada akhbar-akhbar mengenai majlis yang bersangkutan dengan saya akan dimasukkan
serta merta dalam laman web ini. Dengan cara melanggan dengan laman web ini,
bahan-bahan tersebut akan dihantar secara automatik kepada semua. Ini adalah
selaras dengan usaha kita untuk menyampaikan dan menyalurkankan maklumat secara
pantas dan efisien. Inilah antara yang kita maksudkan selama ini sebagai information
and knowledge sharing. Saya boleh memberi jaminan bahawa laman web saya sentiasa
dikemaskini, hampir setiap hari. Bahkan ucapan saya pada sebelah pagi akan terus
dipamerkan di laman web saya pada sebelah petangnya. Begitu juga dengan email-email
yang dihantar, kita akan berusaha untuk response atau mengambil
tindakan dengan segera.
|