|
Know Your Sub-District
Daerah Kecil Spaoh
Pemandangan di sekitar bangunan Pejabat Daerah Kecil Spaoh
Foto ehsan Pej. Daerah Kecil Spaoh
 |
Daerah Kecil Spaoh di Bahagian Sri Aman merupakan sebuah daerah kecil yang diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Betong. Dahulunya kawasan ini lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Daerah Saribas.
Kedudukan Daerah Kecil Spaoh ialah di antara Daerah Kecil Debak di sebelah utara/barat, Daerah Sri Aman di sebelah selatan dan Daerah Betong di sebelah timur.
Pusat pentadbiran dan pengurusan Daerah Kecil Spaoh terletak di Pekan Spaoh dan di bawah Pegawai Tadbir Sarawak, Spaoh, En. Hamdan Bin Hj. Katang. Sebelum ini, bangunan lama Pejabat Daerah Kecil Spaoh di Tg. Sebekut, Spaoh dikenali sebagai Kubu Spaoh di kalangan penduduk tempatan.
Pekan Spaoh boleh dihubungi melalui jalan raya, iaitu kira-kira 11 kilometer dari jalan utama (Lebuh Raya Borneo). Ia juga boleh dihubungi melalui jalan air (Sungai Saribas) atau pun menggunakan pengangkutan udara (helikopter).
Sementara itu, jarak dari Pekan Betong ke Pekan Spaoh ialah kira-kira 49 kilometer iaitu melalui jalan darat, Lebuh Raya Borneo.
Penyiapan Jambatan Gantung Tg. Sebekut, Spaoh ini pada tahun 2000 telah memberi keselesaan kepada penduduk sekitar
 |
Daerah Kecil Spaoh mempunyai keluasan 529.12 kilometer persegi dan mempunyai empat kawasan di bawah bidang pentadbirannya iaitu;
i. Pekan Spaoh dan kampung-kampung yang berhampiran, meliputi Kampung Hilir, Kampung Tengah, Kampung Hulu, Ng. Bangkit dan Kampung Kebun Cina.
ii. Kampung Paku Hulu
iii. Kawasan Paku Hilir
iv. Kawasan Hilir Perairan Sungai Saribas yang meliputi Kampung Balingan (di hulu Sungai Saribas), Kampung Bungin, Kampung Sebemban, Seruai, Kampung Tg. Assam, Terusan, Kampung Serembang, Kampung Manggut, Kampung Buda, Kampung Supa dan Kampung Medang (di hilir Sungai Saribas)
Jumlah penduduk di Daerah Kecil Spaoh ialah seramai 17,000 orang yang terdiri daripada kaum Melayu (65%), kaum Iban (30%) dan kaum Cina (5%).
Majoriti penduduk di kawasan ini bekerja sebagai petani, manakala selebihnya pula bekerja dalam sektor perkhidmatan awam dan berniaga.
Salah satu PPRT di Spaoh menunjukkan rumah sebelum (1999) dan selepas disiapkan (hujung 1999)
 |
Hari ini, Daerah Kecil Spaoh semakin pesat membangun hasil daripada pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dari masa ke masa.
Malah, peranan lima wakil rakyat yang mewakili lima kawasan pilihan raya iaitu tiga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua wakil rakyat daripada Ahli Parlimen (AP) juga memberi impak penting. Mereka ialah YB Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Alfred Jabu Ak. Numpang (N27-Layar), YB Dr. Hj. Wahbi B. Hj. Junaidi (N26-Saribas), YB Hj. Bolhassan B. Hj. Di (N21-Beting Maro), YB Datuk Douglas Uggah Ak. Embas (P178-Betong) dan YB Wan Junaidi Bin Tengku Jaafar (P175-Batang Lupar).
Tarikan pengunjung
Salah satu daya tarikan di daerah kecil ini ialah Bukit Saban Resort yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Pekan Spaoh. Di situ, pengunjung berpeluang menikmati keindahan air terjun serta melawat ke rumah-rumah panjang tradisi yang diuruskan oleh agen pelan-congan tem-patan.
Bagi yang ingin berkunjung lebih lama di sini juga ada disediakan chalet untuk pengunjung.
Namun, yang pastinya kunjungan ke sini akan lebih manis jika pengunjung dapat membeli beberapa kuih asli tempatan seperti kerepek, jala dan buahulu sebagai buah tangan.
Statistik Daerah Kecil Spaoh
| Keluasan |
529.12 km persegi |
| Kedudukan |
Di antara Daerah Kecil Debak (utara/barat), Daerah Sri Aman (selatan) dan Daerah Betong (timur) |
| Populasi |
17,000 orang: Melayu -11,050 orang (65%), Iban - 5,950 orang (30%) dan Cina - 850 orang (5%) |
| Aktiviti ekonomi |
Petani, pekerja awam dan peniaga |
| Jumlah kampung |
16 kampung (1,840 pintu), 36 rumah panjang |
| Perkhidmatan kerajaan |
P. Daerah Kecil Spaoh, J. Pertanian, J. Saliran & Pengairan, M. Daerah Betong, Balai Polis, Klinik Kesihatan, J. Pendaftaran Negara, J. Hal Ehwal Khas, Pos Malaysia, SESCo, JKR, Sekolah Menengah (1) dan Sekolah Rendah (13) |
| ADUN/Ahli Parlimen |
YB Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Alfred Jabu Ak. Numpang (N27-Layar), YB Dr. Hj. Wahbi B. Junaidi (N26-Saribas), YB Hj. Bolhassan B. Hj. Di (N21-Beting Maro), YB Datuk Douglas Uggah Ak. Embas (P178- Betong) dan YB Wan Junaidi Bin Tengku Jaafar (P175- Batang Lupar). |
Kronologi Pegawai Tadbir Sarawak yang Pernah Bertugas di Pejabat Daerah Kecil Spaoh
1. Haji Ibrahim B. Mohammad
hingga 30.05.1974 (tarikh mula tidak diketahui)
2. Abg. Kamaluddin Datuk Hakim
30.05.1974 - 02.01.1975
3. Jayl Langub Baru
02.01.1975 - 17.11.1977
4. Spawie Mustapha Hj. Shibli
17.11.1977 - 22.01.1981
5. Junaidi Hj. Piee
22.01.1981 - 28.01.1985
6. Julaihi B. Kadir
28.01.1985 - 21.01.1988
7. Ronnie Edward
15.06.1987 - 16.9.1987
8. Jonny Uloh @ Mohd. Firdaus
21.01.1988 - 01.12.1994
9. Baseri @ Jalil Hj. Jack
01.12.1994 - 02.01.1998
10. Hamdan B. Hj. Katang
02.01.1998 - sekarang
|
|