Rangkaian Khidmat Awan Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Transformasi Kepimpinan Perkhimatan Awam

Menjelang akhir abad ke-20, kita telah menyaksikan pelbagai perubahan yang telah mempengaruhi cara hidup kita. Antara perubahan itu ialah aliran yang memberi lebih tumpuan kepada melahirkan masyarakat yang berteraskan ICT, cabaran getir dari era globalisasai, liberalisasi ekonomi dan tuntutan yang semakin tinggi ke atas penawaran perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Perubahan ini turut dirasai tempiasnya oleh Perkhidmatan Awam kita. Sejak awal dekad 1980an, Perkhidmatan Awam kita telah berubah daripada organisasi pentadbiran semata-mata kepada organisasi yang menekankan kepada pentadbiran yang mengamalkan pendekatan baru yang berorientasikan hasil (result orientation) serta penekanan kepada perkhidmatan yang cekap.

Perubahan-perubahan ini turut menjadi penyuntik peluang kepada pengurusan sumber manusia yang lebih responsif dengan keperluan semasa dalam Perkhidmatan Awam kita. Ini dilakukan dengan harapan anggota Perkhidmatan Awam kita lebih bersedia dan memiliki ilmu dan kemahiran yang perlu untuk persekitaran yang sentiasa berubah ini.

Persekitran yang dinamik ini menuntut kita semua (anggota Perkhidmatan Awam – sama ada yang berada di dalam Perkhidmatan Awam Negeri mahu pun Persekutuan) untuk melakukan atau menjalani tranformasi terutamanya tranformasi dari segi kepimpinan iaitu kepimpinan yang mampu memberikan panduan-panduan yang strategik serta mampu menterjemahkan visi dan misi organisasi kita menjadi realiti.

Ini penting bagi tujuan memastikan Perkhidmatan Awam kita berupaya bukan sahaja menangani segala cabaran yang wujud malah dapat mengenal pasti dan seterusnya menjadikan peluang-peluang yang muncul itu sebagai kekuatan kita untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kita – masyarakat negeri dan negara ini

Sejajar dengan itu juga, Perkhidmatan Awam kita harus memiliki serta melatih secara berterusan anggotanya (yang merupakan aset terpenting) menjadi sumber manusia yang tinggi intektualnya yang kemudiannya akan menjadi pelengkap serta pelapis kepada usaha kepimpinan organisasi kita mencapai apa yang telah digariskan dalam visi dan misi organisasi dan juga kerajaan kita.

Perubahan yang perlu Perkhidmatan Awam lalui sebenarnya adalah suatu yang dinamik dan kompleks yang melibatkan anjakan paradigma pemikiran dan penukaran amalan yang selama ini menjadi budaya Perkhidmatan Awam kita. Penukaran amalan ini mungkin suatu yang positif dan mungkin juga sebaliknya.

Untuk itu kerangka pemikiran kita (anggota Perkhidmatan Awam) perlu melalui perubahan yang menyeluruh yang merangkumi juga pengamalan budaya kerja yang baik, sentiasa berusaha untuk mencari idea-idea baru bagi tujuan membaiki atau meningkatkan keupayaan penawaran perkhidmatan yang terbaik, mencari atau mengubal cara-cara baru dalam berfikir serta melaksanakan tugas, mengoptimumkan penggunaan ICT bagi meningkatkan kecekapan, serta menjalinkan hubungan yang lebih erat antara kakitangan peringkat rendah, peringkat penyelia dan atasan.

Dalam erti kata yang lain, anggota Perkhidmatan Awam kita kini perlu lebih inovatif, kreatif dan prihatin.

Bagi memastikan tranformasi ini menepati keperluan semasa, adalah perlu segala polisi, sistem kerja, prosedurnya dan peraturan yang ada dikaji semula malah mungkin ditukar bagi menjamin kelancaran pentadbiran serta pelaksanaan tugas dan pembangunan kerajaan.

Dalam masa yang sama usaha ini akan lebih mudah dilakukan dengan semua peringkat anggota Perkhidmatan Awam bersatu hati atau melaksanakan segala perubahan yang perlu itu sebagai satu pasukan yang harmoni.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998