PROJEK EG-HRMIS
(Human Resource Management Information System) Bahagian 3
Artikel sumbangan Jabatan Ketua Menteri
Pada keluaran Januari 2002 yang lalu, telah disiarkan maklumat tentang Ciri-ciri Unik EG-HRMIS. Pada keluaran kali ini disiarkan pula tentang Model Dan Fungsi Pengurusan Sumber Manusia Dalam EG-HRMIS
4.0 Model Dan Fungsi Pengurusan Sumber Manusia Dalam EG-HRMIS
4.1 Model Pengurusan Sumber Manusia Dalam EG-HRMIS
Berdasarkan penemuan kajian fungsi Pengurusan Sumber Manusia (PSM) sedia ada, Amalan Terbaik, Panduan Strategik Sumber Manusia dan Visi Sumber Manusia, 27 fungsi-fungsi Pengurusan Sumber Manusia yang sedia ada telah dirombak dan disusun semula menjadi sepuluh fungsi sumber manusia yang bersepadu dan lebih mantap seperti gambarajah 1.
4.2 Fungsi-Fungsi Pengurusan Sumber Manusia Dalam EG-HRMIS
a. Formulasi dan Penilaian Strategi :
Berkaitan dengan strategi organisasi
Menghuraikan nilai-nilai yang diwujudkan oleh fungsi sumber manusia melalui visi, misi, gaya pemikiran, dll
Membentuk fungsi sumber manusia melalui penetapan deliverables/outcomes
Mempunyai mekanisma maklumbalas bagi menilai kekesanan strategi sumber manusia
b. Perolehan Sumber Manusia
Membolehkan sesebuah organisasi menyelaraskan strategi dan aktiviti fungsi-fungsi dalam :
i. Pengurusan Sumber Manusia seperti Pengambilan
ii. Pertukaran dan Penetapan Tugas
iii. Pembanguna, Pengurusan Kerjaya
iv. Pelan Penggantian
Tujuan utama fungsi-fungsi itu ialah untuk agensi mengenalpasti dan mengisi keperluan manusia untuk jangka pendek dan juga jangka panjang.
Agensi boleh membuat perancangan sumber manusia yang sistematik (systematic forecasting) dengan menggunakan peralatan perancangan dan pemilihan yang sesuai.
Fungsi ini dibangunkan bagi membolehkan pengguna melaksanakan perkara-perkara berikut:
i. Menentukan Keperluan Tenaga Kerja Jangka Pendek
ii. Menggubal Pelan Tindakan Perolehan
iii. Pengambilan para pekerja Perkhidmatan Awam
iv. Menukar tugas para pekerja Perkhidmatan Awam
c. Pembangunan
Memberikan peluang kepada pekerja dan pengurus untuk merancang
memilih, serta menilai program pembangunan pekerja untuk memperolehi kompetensi baru atau sebagai kemajuan kerjaya
Menyediakan panduan untuk program pembangunan yang bersesuaian bagi pekerja
Memastikan program pembangunan pekerja selari dengan keperluan matlamat organisasi keseluruhan
d. Pengurusan Kerjaya
Fungsi ini membolehkan para pekerja mengendalikan secara elektronik proses-proses Pelan Penggantian dan Pelan Kerjaya Individu dalam sesebuah organisasi kerajaan
Proses Pelan Penggantian membolehkan organisasi mengenalpasti dan menyediakan calon-calon bagi sesuatu jawatan strategik secara sistematik
Proses Kerjaya Individu pula memberi peluang setiap pekerja Perkhidmatan Awam merancang secara sistematik laluan dan pembangunan kerjaya mereka
e. Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran
Menyediakan sistem yang adil dan selari dengan cita-cita organisasi ke arah membangunkan keupayaan intelektual, menggalakkan pengekalan pekerja dan mempertingkatkan prestasi
Aktiviti Operasi
Mentadbir rekod-rekod saraan pekerja untuk penyediaan proses gaji misalnya naik pangkat, cuti, penilaian prestasi, perubahan skim perkhidmatan, dll
Mentadbir rekod-rekod seperti pinjaman, kesihatan, tuntutan, biasiswa, bonus, dll
Mentadbir rekod-rekod gaji
Aktiviti Pengurusan
Penggubalan polisi, prosedur dan Panduan Saraan, Faedah dan Pengurusan Ganjaran
Penambahbaikan berterusan Saraan, Faedah dan Pengurusan Ganjaran mengikut strategi sumber manusia pihak kerajaan
Mengendalikan penyemakan pengurusan ganjaran yang telah dijadualkan seperti penyemakan skim gaji
Mengenal pasti kenaikan gaji tahunan, peruntukan gaji tahunan untuk pekerja sektor awam
f. Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja
Mewujudkan kerjasama optima dan harmonis di antara pengurusan dan pekerja
Meningkatkan intangibles yang wujud di dalam organisasi seperti kepercayaan, etika, moral, keadilan, resolusi konflik, dll
g. Pengurusan Prestasi
Membantu pengurusan prestasi individu dan kumpulan di dalam sesuatu organisasi
Membantu perancangan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktiviti pengurusan prestasi
h. Penilaian Kompetensi
Membolehkan pengguna memilih kaedah yang terbaik untuk menilai tahap kompetensi dirinya atau kumpulan dengan jawatan yang disandang
Membolehkan individu dan organisasi menggunakan teknik dan proses yang teratur dan diterima sebagai amalan terbaik bagi menilai pencapaian prestasi
Mengukur, mendokumentasi serta menganalisa tahap kompetensi individu atau berkumpulan. Fungsi berkenaan boleh memberikan teknik dan kaedah penilaian kompetensi yang objektif, telah diterimapakai, serta boleh digunakan dalam membuat keputusan seperti untuk Pelan Penggantian
i. Pengurusan Rekod Peribadi
Memuatkan maklumat peribadi anggota Perkhidmatan Awam seperti maklumat:
i. Keluarga
ii. Pendidikan
iii. Persatuan
iv. Sejarah Perubatan
v. Anugerah
vi. Lain-lain maklumat
yang berkaitan
j. Penamatan Perkhidmatan
Pengurusan penamatan perkhidmatan pekerja atas sebab pesaraan wajib, pesaraan awal, letakan jawatan, kematian dan sebagainya
Menyediakan pendekatan yang teratur bagi memastikan peralihan yang dilalui oleh para pekerja yang akan memegang peranan baru berjalan dengan lancar
|