Rangkaian Khidmat Awan Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Sosial

Kemudahan Kesihatan Terus Ditingkatkan di Luar Bandar

Jururawat juga memainkan peranan bagi memastikan masyarakat di luar bandar sentiasa diberi informasi penjagaan kesihatan yang terkini
Kerajaan menyedari bahawa infrastruktur kesihatan yang sempurna dan perancangan berterusan untuk meningkatkan bilangan kakitangan Jabatan Kesihatan dari semasa ke semasa amat penting terutamanya bagi memastikan semua rakyat negeri ini dapat menikmati kemudahan kesihatan.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-8, Sarawak telah diperuntukkan sebanyak RM391,120,775 untuk membina 102 buah projek untuk pembangunan sektor kesihatan.

Antara pembangunan prasarana kesihatan yang telah diluluskan untuk negeri ini ialah pembinaan 5 buah hospital baru iaitu di Dalat, Sarikei, Lawas, Belaga dan Sri Aman yang melibatkan perbelanjaan RM600 juta di samping kelulusan pembinaan 34 buah klinik kesihatan.

Kebajikan masyarakat di kawasan yang sukar untuk dihubungi juga terus diberi perhatian apabila sejumlah RM5.1 juta setahun diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan untuk Perkhidmatan Doktor Udara yang memberi manfaat kepada 49,000 penduduk yang tinggal di 168 lokasi pedalaman di negeri ini.

Jururawat pelatih sentiasa diberikan latihan yang bersesuaikan dengan perubahan teknologi dalam bidang kesihatan
Menyedari peningkatan infrastruktur kesihatan terutamanya di kawasan luar bandar, pelbagai usaha dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan bagi melatih kakitangan kesihatan dalam pelbagai bidang terutamanya Jururawat di samping Pembantu Kesihatan dan Inspektor Kesihatan selaras dengan keperluan sumber manusia yang kian meningkat.

Ini kerana bilangan kakitangan yang mencukupi diperlukan untuk berkhidmat di 404 buah klinik, 21 buah hospital dan menyertai 154 pasukan kesihatan bergerak milik kerajaan yang sebahagian besarnya beroperasi di luar bandar negeri ini.

Ketika ini, Kolej Kejururawatan Kuching mampu melatih kira-kira 100 pelatih (Jururawat Terlatih) setahun dan Kolej Kejururawatan Sibu pula berupaya melatih kira-kira 30 pelatih setahun.

Sementara itu, Sekolah Kejururawatan Serian pula mampu melatih kira-kira 150 pelatih (Jururawat Masyarakat) setahun.

Pada masa ini, Jururawat merangkumi 16 peratus (3,000 orang) daripada keseluruhan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri yang mana 1,626 orang daripadanya adalah Jururawat Masyarakat.

Namun, usaha jabatan meningkatkan mutu dan jenis perkhidmatan di luar bandar masih memerlukan kira-kira 300 orang Jururawat ketika ini selaras dengan matlamat untuk menempatkan sekurang-kurangnya 2 orang Jururawat di setiap klinik di luar bandar.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998