Rangkaian Khidmat Awan Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Jabatan Pembangunan Koperasi:
Pemangkin ke Arah Peningkatan Sosio-Ekonomi Masyarakat

Kakitangan JPK Sarawak bersedia membantu menjadikan gerakan koperasi di negeri ini sebagai jentera pembangunan sosio-ekonomi
Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) Sarawak diwujudkan pada 1 Januari 1949 dan dikenali pada ketika itu sebagai Cooperatives Societies Department.

Pada tahun 1950 ianya telah ditukar nama kepada Cooperatives Development dan diketuai oleh seorang Commissioner.

Pesuruhjaya / Pendaftar yang pertama ialah seorang Pegawai Pemerintah British iaitu Mr. J.L Noakes M.B.E.

Jabatan ini diwujudkan dengan misi untuk menjadikan gerakan koperasi suatu jentera pembangunan sosio-ekonomi negara yang berkesan ke arah pengagihan kekayaan secara saksama.

Pengwujudannya mendokong dasar bagi menggalakkan satu rangka kerjasama (collaboration) di antara Gerakan Koperasi dengan kerajaan secara aktif dan meluas untuk mencapai misi tersebut.

JPK mempunyai objektif untuk membantu Gerakan Koperasi menjadi sebuah institusi sosio-ekonomi yang mapan dan berdikari serta berdaya saing ke arah membentuk masyarakat yang produktif dan berdaya tahan.

Selain itu, JPK akan memastikan Gerakan Koperasi mematuhi undang-undang dan prinsip-prinsip berkoperasi.

JPK juga akan menggalakkan pembentukan nilai-nilai etika dalam Gerakan Koperasi ke arah kesejahteraan masyarakat.

Antara fungsi JPK ialah:

• Membuat perancangan bagi membangunkan gerakan koperasi

• Memantau perjalanan koperasi dan menyediakan laporan-laporan yang berkaitan dengan koperasi yang diperlukan oleh Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

• Memberi bantuan pembangunan kepada koperasi

• Memastikan gerakan koperasi berkembang sejajar dengan pembangunan negara dalam keadaan yang berdaya maju dan terkawal berpandukan kepada seksyen 3(3) (c) Akta Koperasi 1993

• Menerapkan dan meningkatkan kualiti pengurusan jabatan

• Mewujudkan sumber tenaga manusia jabatan yang terlatih dalam bidang pembangunan koperasi dan lain-lain bidang yang berkaitan dengan kerjaya.

• Menyediakan khidmat sokongan dalam aspek pengendalian dan perkhidmatan kakitangan, latihan pegawai / kakitangan, urusan jawatan, kewangan dan keselamatan pejabat.

• Melaksanakan tugas statori berhubung dengan pendaftaran dan pembubaran koperasi selaras dengan kehendak undang-undang.

• Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasa seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Koperasi 1993.

• Bertanggungjawab dalam urusan pengauditan dan perakaunan koperasi

• Meningkatkan pemahaman tentang falsafah , konsep dan prinsip berkoperasi melalui pendidikan, pembelajaran dan penerangan.

Terdapat 8 bahagian dalam JPK iaitu :

1. Bahagian Pengurusan Sumber

2. Bahagian Perancang Korporat

3. Bahagian Pengawalan

4. Bahagian Audit Dan Akaun

5. Bahagian Pinjaman Dan Pelaburan

6. Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan

7. Bahagian Pengesanan

8. Bahagian Pengembangan

JPK Sarawak adalah sebuah agensi di bawah KTPK (Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi) yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin dan memajukan gerakan koperasi di Sarawak.

Antara perkhidmatan JPK ialah seperti:

i. Pendaftaran Koperasi

ii. Mengaudit akaun koperasi

iii. Memberi bantuan pem- bangunan kepada koperasi

iv. Menyediakan pinjaman kepada koperasi

v. Memberi kursus kepada koperator

Sumbangan JPKS terhadap pembangunan masyarakat ialah:

• Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat setempat

• Meninggikan pendapatan golongan yang berpendapatan rendah yang mempunyai kepentingan yang sama.

• Melibatkan pelajar-pelajar dalam gerakan koperasi di sekolah-sekolah bagi melatih mereka dalam pengurusan pentadbiran kewangan dan perniagaan di samping bekerjasama, tolong-menolong antara satu sama lain dan hidup sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, berdisiplin dan berdikari.

Perancangan masa depan JPKS ialah:

Jabatan sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku terhadap persekitaran ekonomi negara khususnya melibatkan keperluan semasa koperasi pada masa kini. Justeru itu, pihak jabatan telah mengambil langkah-langkah yang serius dalam menyediakan satu Dasar Koperasi Negara (DKN) dalam menentukan hala tuju gerakan koperasi serta objektifnya dan rancangan perlaksanaaan strategi bagi mencapai matlamat dasar tersebut.

JPK boleh dihubungi di alamat dan nombor telefon yang disenaraikan berikut :

Jabatan Pembangunan Koperasi, Negeri Sarawak,

Tingkat 10, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga,

Peti Surat 1368, 93728 Kuching, Sarawak.

Tel: 082-245233, 245234, 243970

Fax: 082-254068

Jabatan Pembangunan Koperasi Bahagian :

• Kuching / Samarahan, Tingkat 3, Wisma KOPERKASA, Jalan Simpang Tiga, Peti Surat 1368, 93728 Kuching, Sarawak

Tel: 082-207120, 207122
Fax: 082-418397

• Sibu / Kapit, Tingkat 2, Wisma Persekutuan Fasa III, Jalan Persiaran Brooke, Peti Surat 356, 96007 Sibu.

Tel: 084-313617, 313620
Fax: 084-340617

Sri Aman, Tingkat 3, Wisma Persekutuan, Jalan Abang Aing, 95700 Sri Aman.

Tel: 083-326200, 326204
Fax:083-325767

Miri / Bintulu, Tingkat 2, Blok B, Wisma Persekutuan II, Jalan Cahaya, Lopeng, Peti Surat 534, 98007 Miri.

Tel: 085-442400, 442404
Fax:085-434589

Sarikei, Tingkat 2, Wisma Persekutuan, Jalan Bangunan Persekutuan, Peti Surat 534, 96108 Sarikei.

Tel: 084-651590, 656090
Fax: 084-656090

Limbang, Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan, Peti Surat 95, 98707 Limbang.

Tel: 085-214900, 214904
Fax: 085-214905

Jabatan Pembangunan Koperasi Daerah :

• Serian
Tel: 082-874263
• Saratok
Tel: 083-436412
• Kapit
Tel: 084-796206
• Kanowit
Tel: 084-752472
• Bintulu
Tel: 086-331892
• Marudi
Tel: 085-755308
• Lawas
Tel: 085-285158
• Bintangor
Tel: 084-692635
• Julau
Tel: 084-734473

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998