A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
 
dari muka surat 2

Mengusahakan industri kecil dan sederhana seperti membuat roti boleh meningkatkan ekonomi masyarakat miskin.
menyelaras perancangan dan pelaksanaan program-program pembasmian kemiskinan oleh semua Jabatan dan Kementerian.

Projek/Program Di Bawah PPRT

1. Program Pemulihan Rumah (PPR)

Program ini bertujuan untuk membantu rakyat termiskin yang tidak mampu membina atau membaiki rumah yang berada dalam keadaan daif, usang dan tidak selamat didiami.

Program ini dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan terbahagi kepada dua bahagian :

a. Bantuan Membina Semula Rumah

Bantuan sebanyak RM6,900/- untuk bekalan bahan-bahan asas membina rumah yang tidak selamat didiami atau tidak dapat dibaiki lagi.

b. Bantuan Membaiki Rumah

Bantuan sebanyak RM3,450/-untuk bekalan bahan-bahan binaan menggantikan bahagian rumah yang rosak.

Sepanjang tempoh RMK7 sebanyak RM13,411,480/- telah diperuntukkan untuk membantu seramai 2,566 keluarga termiskin memiliki rumah yang lebih selesa.

2. Program Peningkatan Ekonomi Kampung (PPEK)

Merupakan bantuan untuk aktiviti yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat termiskin dalam bidang pertanian, perusahaan dan perkhidmatan.

Program ini telah melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3,357,996 di sepanjang tempoh RMK7.

3. Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)

Program ini menekankan pembangunan bersepadu berasaskan kampung/penempatan merangkumi komponen pembangunan infrastruktur, ekonomi, dan pembangunan insan keluarga termiskin.

Dalam tempoh RMK7 Sebanyak RM16,822,311/- telah dibelanjakan untuk membangunkan kira-kira 60 kampung/penempatan.

4. Program Pemulihan Sikap Keluarga Termiskin (SIKAP)

Peruntukan berjumlah RM1,071,831/- telah disalurkan melalui JPN pada tahun 1998 untuk pelaksanaan program-program pembangunan insan untuk keluarga termiskin. Pada tahun-tahun berikutnya peruntukan bagi program ini telah disepadukan ke dalam Program PPMS.

5. Program Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)

Program ini melibatkan pembinaan bangunan TASKA dan bekalan peralatan seperti perabot, peralatan pembelajaran dan permainan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.

Sebanyak 16 TASKA yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 juta telah didirikan di sepanjang RMK7.

Usaha pembasmian kemiskinan khasnya di kalangan masyarakat luar bandar tidak seharusnya menjadi tanggungjawab Kerajaan semata-mata. Pihak-pihak lain seperti Badan-badan Bukan Kerajaan, Badan-badan Sukarela dan swasta harus juga memberi sumbangan masing-masing untuk bersama-sama berusaha meningkatkan taraf dan kualiti hidup masyarakat di luar bandar.

 
 
 
      Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998