A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
 

Program Membasmikan Kemiskinan di Negeri Sarawak

Di bawah PPRT, peruntukan disediakan bagi membaiki dan membina rumah-rumah golongan terbabit.

Mengikut Kajian Kemiskinan di Negeri Sarawak pada tahun 1993, fenomena kemiskinan di Negeri ini secara amnya berlaku di luar bandar.

Oleh yang demikian kejayaan usaha pembasmian kemiskinan adalah bergantung kepada usaha membangunkan kawasan luar bandar.

Dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru (1970 - 1990) banyak usaha telah dilakukan untuk membasmi kemiskinan termasuk pelaksanaan Program Pembangunan Rakyat Termsikin (PPRT) - (di dalam RMK8, PPRT dikenali sebagai Program Kesejahteraan Rakyat) yang dimulakan pada tahun 1989.

PPRT dirangka berikutan dengan Kajian Semula Separuh Penggal RMK5 atas kesedaran masih terdapat golongan masyarakat yang tercicir dari arus pembangunan negara.

PPRT telah dirangka berlandaskan prinsip membantu golongan termiskin membantu diri sendiri. Program ini dilanjutkan dalam RMK6 dan telah dipergiatkan lagi pelaksanaannya dalam RMK7 untuk mencapai sasaran pengurangan kadar rakyat termiskin di seluruh negara kepada 0.5% pada tahun 2000.

Di Sarawak, Jabatan Pem-bangunan Negeri (JPN) adalah agensi yang dipertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan program/projek PPRT yang dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia (KPLB).

JPN yang penubuhannya telah diisytiharkan melalui surat pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 18 Ogos 1983, adalah berperanan sebagai pengantara di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri khasnya dalam aspek penyelarasan pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri ini “supaya rentak dan tempo pembangunan dapat dikendali dengan lebih teliti serta diperluaskan secara menyeluruh. Ini diharap dapat menentukan supaya program-program dan pelan-pelan pembangunan yang telah diatur bagi faedah dan kemajuan negeri ini dapat dilaksanakan dengan sempurna”.

Pencapaian Pembasmian Kemiskinan Di Sarawak

Berasaskan kepada Kajise-didik Pendapatan Isirumah, pada keseluruhannya kadar kemiskinan di Negeri Sarawak telah dapat dikurangkan hampir tiga kali ganda dari 21% pada tahun 1990 kepada 7.5% pada tahun 1997.

Pembinaan jalan simen di kampung-kampung juga merupakan antara pembangunan yang dibawakan bagi kemudahan penduduk luar bandar.

Mengikut Kajian Kemiskinan di Negeri Sarawak pada tahun 1993, fenomena kemiskinan di Negeri ini secara amnya berlaku di luar bandar.

Manakala kadar rakyat termiskin telah dikurangkan dari 3.3% pada tahun 1990 kepada 0.7% pada tahun 1997 iaitu merupakan pengurangan sebanyak 2.6%.

Strategi Pelaksanaan PPRT Negeri Sarawak

Strategi dan pendekatan PPRT telah dirangka seperti berikut:

a. Pendekatan Bersepadu Ber-asaskan Kampung/Penempatan

Strategi ini penting untuk memudahkan pelaksanaan dan pengesanan impak setiap bantuan yang diberi. Ia juga selaras dengan strategi Kerajaan Negeri yang menekankan pembangunan kampung secara bersepadu (VIDP).

b. Penubuhan Jawatankuasa Pe-mandu Pembasmian Kemiskinan.

Jawatankuasa ini

... bersambung

 
 
 
      Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998