A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
 

Generasi yang Harmonis Pembangun Tamadun Bangsa

Hasil renungan Encik Ardi bin Sa’ait

Kampung Muara Tebas, Kuching

Meneliti hasrat Falsafah Pendidikan Negara, iaitu ingin melahirkan generasi pelajar yang berketrampilan, berilmu, berakhlak dan berwibawa maka usaha ini adalah usaha murni yang memerlukan tanggung-jawab bersama.

Guru sebagai pendidik bertanggungjawab untuk merencana dan mencorakkan pelajar hari ini supaya generasi akan datang adalah generasi yang harmonis dan seimbang antara keperluan fizikal dan mental.

Negara memerlukan generasi yang mampu mengeksploitasi alam sekitar dan kurniaan Ilahi yang lain semaksima yang mungkin untuk keperluan insan seluruhnya.

Kita mahu generasi yang lahir nanti adalah generasi yang boleh menggunakan akal fikiran untuk memajukan alam sekelilingnya dan bukan memusnahkannya.

Lebih daripada itu, kalau boleh kita mahu mewujudkan insan yang melakukan sebarang pekerjaan di dunia sebagai satu ibadah atau bekalan hidupnya di akhirat kelak.

Dalam konteks yang universal, generasi insan yang kita idamkan ialah generasi yang memikirkan kesejehteraan alam sejagat lebih dari kepuasan diri sendiri sahaja.

Ia merasakan dirinya adalah sebahagian dari alam sejagat dan seandainya alam sejagat sempurna, maka berbahagialah dirinya. Tetapi sebaliknya kemusnahan dan kejelekan alam sejagat mencerminkan kerendahan tanggungjawabnya dalam merencana alam ini.

Jika sistem pendidikan kita mampu melahirkan generasi sebegini maka bolehlah kita tidur lena setiap malam. Tiada lagi insan yang cemburu tentang kemajuan dan kekayaan orang lain.

Begitu juga tiada lagi orang berilmu atau kaya yang hanya memikirkan bagaimana hendak menambah kekayaan masing-masing tanpa memikirkan masyarakat sekelilingnya.

Semuanya merasa mereka berada dalam satu masyarakat yang saling perlu memerlukan. Tiada kasta, tiada darjat.

Akhirnya manusia sama-sama memikirkan bagaimana hendak memajukan bangsa dan negara tanpa sebarang diskriminasi dan prasangka.

Begitulah unggulnya hasrat Falsafah Pendidikan Negara, sama ada tercapai atau tidak terletak di bahu guru sebagai pendidik dan perencana alam.

“Alam ini hanya mempunyai makna apabila manusia memberi makna kepadanya.”

 
 
 
      Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998