A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
 

Bario Pemangkin Pembangunan ICT di Luar Bandar Sarawak

Memperkenalkan teknologi maklumat (IT) di kalangan penduduk luar bandar negeri ini adalah cabaran terbesar serta aspek pembangunan terbaru yang diberi perhatian sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Dalam konteks ini kerajaan harus melaksanakan pelbagai program pembangunan bagi mengatasi masalah kekurangan infrastruktur seperti bekalan elektrik dan juga talian telefon terlebih dahulu.

Kerana hanya setelah prasarana berkaitan diwujudkan barulah usaha untuk merapatkan jurang digital serta melahirkan golongan celik IT di kalangan penduduk khususnya mereka yang tinggal di luar bandar dapat dilaksanakan dengan mudah.

Langkah awal bagi menjayakan usaha itu, sepasukan penyelidik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah berusaha menjalankan projek pengenalan kepada IT bagi penduduk di kawasan luar bandar iaitu di Bario.

Bario adalah kawasan tanah tinggi di utara Sarawak yang dihuni oleh kira-kira 1,000 orang penduduk dari etnik Kelabit.

Tempat terpencil yang terkenal dengan beras wanginya ini mempunyai 12 buah kampung yang hanya dihubungi mengguna-kan kapal terbang dari Miri atau Marudi.

Projek pengenalan IT yang lebih dikenali sebagai e-Bario ini mula dilaksanakan pada tahun 1999, bertujuan untuk membangunkan masyarakat den-gan pengguna-an teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Fasa perta-ma projek ber-kenaan telah pun dilaksana-kan iaitu usaha mendapatkan bantuan ke-wangan, di sam-ping menjalin-kan perhubun-gan dengan masyarakat setempat.

Fasa kedua projek itu pula akan menyentuh aspek pembangunan pusat komuniti yang juga boleh berfungsi sebagai pusat sumber maklumat masyarakat setempat. Ia akan membabitkan usaha pembinaan sebuah bangunan yang akan digunakan sebagai Pusat Komuniti Pel-bagai Guna.

Dalam per-kembangan ter-baru projek ini sebuah makmal komputer telah berjaya diwujud-kan di Sekolah Menengah Kera-jaan Bario. Selain itu penduduk tempatan juga telah diambil bekerja sebagai pembantu pen-yelidik untuk menjalankan Program Celik IT di situ.

Melalui program ini pelajar akan berpeluang belajar mengendalikan komputer menggunakan makmal berkenaan untuk satu tempoh masa tertentu setiap minggu. Selain itu masa operasi makmal itu juga akan dilanjutkan selepas waktu sekolah sebagai aktiviti kokurikulum bagi meningkatkan lagi bilangan pelajar yang membabitkan diri.

Projek pengenalan IT ini penting sebagai satu usaha permulaan pembangunan penggunaan ICT di luar bandar di Sarawak serta teras kepada usaha merapat jurang digital di kalangan penduduk di negara ini.

Usaha kerajaan ini selaras dengan Wawasan 2020, yang menyedari transisi daripada pertanian kepada industri dan ilmu pengetahuan sebagai asas kuasa dan kekayaan dalam Era Maklumat.

Masyarakat di luar bandar kini sama-sama dapat menikmati perkembangan ICT.

Sistem telekomunikasi yang moden yang dibekalkan di kawasan luar bandar membolehkan usaha membudayakan ICT di kawasan terlibat lebih mudah.

 
 
 
      Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998