|
 |
Pangkalan
Data, Sistem Pengesanan
dan Pendaftaran Fail Berkomputer
terbukti berkesan. |
Sistem dan perlaksanaan program penambahbaikan termasuk penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini diakui bukan sahaja mampu menangani
masalah beban kerja yang semakin bertambah malah mampu meningkatkan tahap kecekapan
sesebuah organisasi.
Sekumpulan 12 pegawai dari Unit Pengurusan,Kastam DiRaja Malaysia (KDRM), Limbang
melalui Kumpulan INTIM telah mengambil inisiatif dengan memanfaatkan projek
mereka (Kategori Pengurusan) dalam Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja
(KMK) yang lepas (2004) bagi meningkatkan produktiviti unit mereka.
Hasilnya mereka telah membangunkan satu sistem pangkalan data bagi kegunaan
Unit Pengurusan,yang memberikan mereka kelebihan untuk membuat rujukan secara
berkomputer.
Projek mereka,Sistem Pengesanan dan Pendaftaran Fail Berkomputer (sebuah pangkalan
data)dilengkapi dengan Sistem Pelabelan Kabinet kini berjaya mengatasi masalah
kesukaran pencarian fail dan maklumat di Unit Pengurusan,KDRM Limbang.
Pembangun sistem berkenaan,Cik Aloha Bt Zain berkata peralihan penggunaan ICT
penting kerana beban tugas yang bertambah menuntut kepada perlunya satu sistem
pangkalan data yang berkesan untuk menangani masalah pengurusan rekod (yang
kini terlalu bergantung kepada kaedah manual iaitu merujuk Buku Panduan Sistem
Pendaftaran Fail). “Idea ini datangnya daripada perbincangan ahli Kumpulan
KMK INTIM yang diketengahkan melalui projek KMK
“Kerumitan Pengesan Fail Yang Disimpan ” pada konvensyen tahun lepas,”
jelas Aloha Jelasnya lagi,walaupun ia hanya satu sistem yang ringkas namun ia
berupaya menjimatkan masa untuk mencari maklumat. Mencerita lebih terperinci
pangkalan data tersebut,ia mempunyai dua komponen utama iaitu Sistem Pengesanan
dan Pendaftaran Fail Berkomputer (pangkalan data) disokong dengan Pelabelan
Kabinet (nombor dilabel di kabinet yang diselaraskan dengan nombor rujukan di
pangkalan data).
Sistem pangkalan data yang menggunakan sepenuhnya perisian Microsoft Access
,ini mudah untuk dikendalikan. Pengguna hanya perlu menaip rujukan berdasarkan
huruf,kod, perkara,tajuk fail,malah nama pegawai. Ia berupaya mengatasi masalah
untuk menghafal setiap nombor rujukan kerana sistem ini memberi pilihan bagi
pengguna sistem selain daripada terlalu bergantung kepada nombor rujukan fail.
Ia berupaya mempercepatkan proses pencarian fail dengan memendekkan waktu pencarian.
Secara amnya,dengan kaedah yang baru ini,maklumat akan diperolehi dengan cepat
dengan masa pencarian tidak sampai 2.5 minit setelah melalui proses rujuk sistem
fail berkomputer (30 saat),Kesan Fail
(30 saat),Kenalpasti Kandungan Fail (30 saat)dan Tahap Tindakan (1 minit).
 |
Cik Aloha Bt Zain, pembangun sistem |
| Mudah, Pantas dan Selamat - Mohd Azlimin B. Kadir sedang
menunjukkan cara menggunakan pangkalan data |
 |
 |
Sistem Kabinet turut diperkenalkan bersama dengan sistem
pangkalan data |
| Ahli Kumpulan INTIM bergambar bersama Rombongan Rakan Sarawak
(barisan ke-empat dan ke-enam dari kiri) |
 |
Lolita Perait,salah seorang ahli Kumpulan INTIM berkata projek ini tepat pada
masanya. Menurutnya Kumpulan INTIM telah mendapati salah satu masalah yang dikenalpasti
membantutkan kelancaran di Unit Pengurusan ketika itu adalah berkaitan rujukan
sistem fail yang masih menggunakan kaedah lama.
Lolita mengakui projek tersebut berupaya memperbaiki imej Kastam dan yang paling
utama adalah kepuasan pelanggan,yang inginkan perkhidmatan terbaik dengan meminimumkan
masa menunggu. “Pengurusan fail yang cekap, sistematik dan teratur boleh
mengelakkan sebarang kelewatan sesuatu proses kerja,” jelasnya..
“Dahulu Unit Pengurusan bergantung sepenuhnya kepada Buku Panduan Sistem
Pendaftaran Fail (Perintah Am Jabatan Bilangan 12)yang mereka dapati mengambil
masa yang terlalu lama untuk mendapatkan sesuatu rujukan tetapi kini tidak lagi.”
“Kalau hendak menghafal nombor rujukan menggunakan kaedah lama tersebut
ia mungkin mengambil sedikit masa untuk mendapatkan hasil rujukan seperti itu
juga untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki kadangkala kurang tepat,”
jelas Aloha.. Aloha berkata jangkamasa selama setahun diambil daripada mengemukakan
idea dan perbincangan sehinggalah siapnya sistem berkenaan.Dia memberi jaminan
bahawa sistem ini mudah untuk diguna malah sebarang perubahan boleh dilakukan
dengan pantas.
Antara kelebihan lain projek tersebut adalah ia tidak menggubahkan sebarang
prosedur kerja kerana masih menggunakan rujukan Sistem Pendaftaran Fail (Perintah
Am Jabatan Bilangan 12)di samping proses pencarian menjadi lebih cepat dan mudah.
Setakat ini semua data (kod rujukan sebanyak 966 buah fail berkaitan jabatan
tersebut-Limbang dan Lawas) dan sejumlah 87 buah fail pegawai) disimpan ke dalam
sistem ini.
Mohd Azlimin B.Kadir,salah seorang pengawai yang dipertanggungjawab terhadap
pengendalian sistem berkenaan, menyifatkan sistem ini mudah untuk digunakan
di samping keselamatan data dan maklumat adalah terjamin. Bagi meningkatkan
ciri-ciri keselamatan,hanya sebuah komputer digunakan bagi
tujuan tersebut.
Bukan itu sahaja jelas Azlimin,dia bersama dengan seorang pembantu dapat melaksanakan
tugas pejabat yang lain kerana banyak masa dapat dijimatkan.
Jelas Azlimin lagi,keadaan bilik Unit Fail juga berada dalam keadaan yang teratur
melalui Sistem Kabinet yang diperkenalkan bersama dengan sistem pangkalan data
ini. Setelah mengakses sistem berkenaan,tidak pun sampai sepuluh saat paparan
maklumat tersebut boleh diperolehi yang memudahkan tugas membuat rujukan dan
pemeriksaan fail berkaitan.
Apa yang menarik,selain sistem pangkalan data ini ia tidak melibatkan kos yang
besar dengan hanya memanfaatkan sebuah komputer yang sedia ada serta melakukan
sedikit penambahbaikan kepada sistem nombor di Kabinet ia sedia untuk digunakan
Kini sistem ini telahpun diseragamkan ke dalam Sistem Kerja di Unit Pengurusan,
KDRM Limbang berkuatkuasa pada 1 Mei 2005
|